E-mail: KimPutra.94@gmail.com

PROTON: Kereta Tin Milo?





PROTON diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1979 (Ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri) dan diluluskan oleh Kabinet melalui Projek Kereta Nasional pada 1982. Memiliki hampir 12,000 pekerja. Kilang pengeluaran utama ialah di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak.

Ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta, PROTON mula mengeluarkan model pertama iaitu Proton Saga (Nama diilhamkan oleh Ismail Jaafar, seorang tentera ketika itu) pada 1 Julai 1985 bagi tujuan komersial. Model Proton Saga secara rasmi dilancarkan pada 9 Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ketika itu).


Memasuki Januari 1986, iaitu bulan ke-7 pemasaran, PROTON berjaya mengeluar 10,000 unit model pertamanya. Pasaran luar negara yang pertama ialah di Singapura.

Pada 1987, PROTON mengeluarkan model berikutnya, iaitu Proton Saga 1.5L Sedan dan jenis Aeroback. Kemudiannya model ini mencatat pengeluaran dan jualan melebihi 50,000 unit dan dipasarkan di Bangladesh, Brunei, New Zealand, Malta dan Sri Lanka seterusnya memasuki pasaran di United Kingdom.

Pada 1988, PROTON memenangi anugerah berkaitan kualiti, gerabak/rangka dan ergonomik dalam British International Motorshow.

Mulai tahun 1992, beberapa model baru dilancarkan iaitu model Iswara, Wira, Tiara, Putra, Satria dan Perdana. Kemudian PROTON muncul dengan model-model terbaru seperti Waja, Juara, Arena (dikenali sebagai Jumbuck di UK dan Australia), Gen-2, Satria Neo, Persona, Exora, Inspira dan Preve.

PROTON mengeluarkan unit produknya yang ke-1 Million pada tahun 1996.

Mulai tahun 2000, PROTON melangkah setapak lagi dengan berkerjasama dengan syarikat Lotus di Norwich untuk menghasilkan enjin milik sendiri iaitu CamPro. Model pertama menggunakan enjin CamPro ialah Gen-2 pada tahun 2004.

Pada tahun 2008, unit ke-3 Million dikeluarkan dan PROTON melancarkan penggunaan logo yang baru. Model terbaru Saga adalah model pertama yang menggunakan logo ini.



Pada 2009, PROTON telah melancarkan model MPV (Multi-Purpose Vehicle) pertama buatan Malaysia iaitu Proton Exora. Model ini tersenarai sebagai "Top 10 Vehicles in Thailand" oleh akhbar Bangkok Post.





Pada 2010, PROTON menyertai Royal Automonile Club's Brighton to London Future Car Challenge dengan memperkenalkan dua model elektrik dan hibrid; Saga EV dan Exora Range-Extender Electric Vehicle (Exora REEV). Exora REEV dinobatkan sebagai "Best E-REEV Vehicle".

Pada 2011, Exora REEV dinobatkan sebagai "Best Overall Extender Range/Plug-in Hybrid Vehicle" dan "The Most Energy Efficient Multi-Purpose Car-Prototype" bersama model 2012 Toyota Prius plug-in petrol hydbrid.

Pada 2012, PROTON memperkenalkan variasi terbaru enjin buatannya, 1.6L CamPro Charge Fuel Efficiency (CFE) yang mula digunakan dalam model Exora Bold dan Exora Prime.

Pada 16 April 2012, model terbaru PROTON, iaitu Proton Preve telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia). Model ini merupakan model bertaraf global pertama ciptaan PROTON.
Pada Februari 2013, Proton Preve berjaya mencapai 5/5 bintang dalam Australia New Car Assessment Program (ANCAP).





Model ciptaan terhad merangkumi model Proton Satria Neo R3 bagi tujuan Lotus Racing dan Proton PERT(Petronas-EON Racing Team).

Kereta konsep milik PROTON ialah Proton Emas, MPX, Tuah (Espire), Jebat (Fury), Lekir (Exivo), Lekiu (X-Active) dan Kasturi (Pure).





Setakat ini, pada 17 Ogos 2013 sebuah model baru telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu model Proton Suprima S, iaitu model 'hatchback' bagi Proton Preve.




p/s: Katanya ini kereta Tin Milo. Rosak sana rosak sini. Kemek sana kemek sini. 
Apa, kalau naik Ferrari, Honda, Hyundai, BMW, Mercedes dan lain-lain tu tak boleh rosak dan kemek? Kalau reti jaga, insyaAllah elok saja. HAHA 



Sumber:

1) http://corporate.proton.com/en/About/Brand/History.aspx
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_(syarikat)

0 comments: