E-mail: KimPutra.94@gmail.com

TAPIR: One of Endangered Species of Fauna



April 27th : World Tapir Day 

Tapir is been categorized under kingdom of Animalia, phylum of Chordata, class of Mammalia, order of Perissodactyla, superfamily of Tapiroidea, family of Tapiridea and genus of Tapirus.

In fact, there are nine species of Tapir which is five of them have been extinct for a long time ago. 


The four genus remain exist:
1) Tapirus indicus (Malayan tapir)
2) Tapirus bairdii (Baurd's tapir)
3) Tapirus terrestris (Brazilian tapir) 
4) Tapirus pinchaque (Mountain tapir)

The genus that extinct are:
1) Tapirus californicus 
2) Tapirus copei 
3) Tapirus merriami 
4) Tapirus polkensis 
5) Tapirus veroensis


1.  Tapirus bairdii (Baird’s tapir)

The size of this species can up to 1.5m (±5ft) long and weight of 250kg (±550 pounds). It has thick and tough skin, particularly on its hindquarters. The species eats the twigs and growing tips of vegetation, a large number of fruits, and aquatic vegetation. Its coat is dark red-brown to black and have white ear fringes. Its calve has coat of brown with white-striped on its body. Baird’s tapir is classified as endangered species. They are also known as danta (Spanish), mountain cow (Belize) and macho del monte (Columbia and Costa Rica).

 




2.  Tapirus terrestris (Brazilian tapir or Lowland tapir)

Brazilian tapir can grow up to 1.8m (±6ft) long and weight of 225kg (±550 pounds). They are in size of pony and produce galloping sound when running. The special appearance is the large stiff mane from its shoulder to forehead. They have large teeth that help to grinding seeds and plants. This species is active during night and being passive during day to rest. Its coat is dark to black on its back and lighter on the underside. Its calve has coat of lighter color with white-striped pattern on its body. Brazilian tapir is listed as vulnerable species. They also knew as danta (Spanish), anta (Brazil), maypouri (Quichua), danta de tierras bajas o amazónica (Spanish), sachavaca and huagra (Peru), and gran bestia (Columbia and Ecuador).



3.  Tapirus indicus (Malayan tapir)

Malayan tapir can grow up to 1.8m (±6ft) long and weight of 350kg (±720 pounds). They are the biggest and oldest species of Tapir that remain exist. As the Baird’s tapir, it also has thick and tough skin, particularly on its hindquarters. It has a vicious bite. Malayan tapir are has dark-black coat with a white and saddle-marking on its back. It calve has coat of dark-black color with white-striped pattern on its body. This species is classified as endangered species. They also knew as Asian tapir, badak (Malaysia and Indonesia) and som-set (Thailand).

 



4 . Tapirus pinchaque (Mountain tapir)

Mountain tapir can grow up to 1.8m (±6ft) long and weight of between 150kg to 250kg (±450 pound to ±550 pounds). They are the smallest and furriest from other species of tapir. They are eating a large quantity of fruits and plants; which most preferred the plants from the genus Lupinus, Gynoxys, Gunnera sp., Oreopanax and Chusques sp. They are nocturnal and active during low temperature. This species is classified as endangered species. Mountain tapir has brownish to black coat with long hair, and a white line around the lips. Their calve has brown coat with white-striped pattern on its body. They also knew as Tapir de montaña, danta conga, danta de páramo and danta lanuda.






General Appearances and Characteristics
In general, Tapir is similar in shape to a pig; with have a short and prehensile snout or trunk. It is uses to grab any branches, to clean them from leaves and help to pluck the fruits.

Size of tapir is depends on the type of species. Most of the tapirs are 2m (±7ft) long and can stand about 1m (±3ft) at the shoulder. Their weight can reach between 130kg to 300 kg (±330-700 lb).

They have a short coat, an oval and white tipped-ears, rounded and protruding rumps with a stubby tail. They have hooves toes, which four toes on front feet, and three toes on the hind feet.

They are range in reddish-brown to nearly black in color. Notes that, Malayan tapir are has a white and saddle-marking on its back. Mountain tapir have special future which is longer and wooly fur on its back.  They are communicating by a range of whistle of different pitch and duration.


       Behavior
       Even though they are densely built, tapirs spend most of their time in water; submerge and cool off. They are also wallow in mud to cool off and being free insects.

Tapir are herbivore. Their diet’s consist of fruits, berries and leaves; particularly young and tender ones. Tapir are largely nocturnal, which is active during night. Yet, Mountain tapir is active during day.

      Lifecycle
Tapir can reach maturity at ages between three to five years. Females are reach maturity early than male. A healthy female tapir can reproduce every two years, which an offspring is born after 13 month of gestation. The average lifespan of tapir is between 25 to 30 years.

      Habit
Every species of tapir can be found in different region. Most of the tapir can be found in Western, especially in America’s forest and in Asia.


*Collect from my assigment with tittle Endangered Species of Fauna: Tapir for FHP 3111 (Forest Ecology) in 2013.

0 comments:

PROTON: Kereta Tin Milo?





PROTON diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1979 (Ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri) dan diluluskan oleh Kabinet melalui Projek Kereta Nasional pada 1982. Memiliki hampir 12,000 pekerja. Kilang pengeluaran utama ialah di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak.

Ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta, PROTON mula mengeluarkan model pertama iaitu Proton Saga (Nama diilhamkan oleh Ismail Jaafar, seorang tentera ketika itu) pada 1 Julai 1985 bagi tujuan komersial. Model Proton Saga secara rasmi dilancarkan pada 9 Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ketika itu).


Memasuki Januari 1986, iaitu bulan ke-7 pemasaran, PROTON berjaya mengeluar 10,000 unit model pertamanya. Pasaran luar negara yang pertama ialah di Singapura.

Pada 1987, PROTON mengeluarkan model berikutnya, iaitu Proton Saga 1.5L Sedan dan jenis Aeroback. Kemudiannya model ini mencatat pengeluaran dan jualan melebihi 50,000 unit dan dipasarkan di Bangladesh, Brunei, New Zealand, Malta dan Sri Lanka seterusnya memasuki pasaran di United Kingdom.

Pada 1988, PROTON memenangi anugerah berkaitan kualiti, gerabak/rangka dan ergonomik dalam British International Motorshow.

Mulai tahun 1992, beberapa model baru dilancarkan iaitu model Iswara, Wira, Tiara, Putra, Satria dan Perdana. Kemudian PROTON muncul dengan model-model terbaru seperti Waja, Juara, Arena (dikenali sebagai Jumbuck di UK dan Australia), Gen-2, Satria Neo, Persona, Exora, Inspira dan Preve.

PROTON mengeluarkan unit produknya yang ke-1 Million pada tahun 1996.

Mulai tahun 2000, PROTON melangkah setapak lagi dengan berkerjasama dengan syarikat Lotus di Norwich untuk menghasilkan enjin milik sendiri iaitu CamPro. Model pertama menggunakan enjin CamPro ialah Gen-2 pada tahun 2004.

Pada tahun 2008, unit ke-3 Million dikeluarkan dan PROTON melancarkan penggunaan logo yang baru. Model terbaru Saga adalah model pertama yang menggunakan logo ini.



Pada 2009, PROTON telah melancarkan model MPV (Multi-Purpose Vehicle) pertama buatan Malaysia iaitu Proton Exora. Model ini tersenarai sebagai "Top 10 Vehicles in Thailand" oleh akhbar Bangkok Post.





Pada 2010, PROTON menyertai Royal Automonile Club's Brighton to London Future Car Challenge dengan memperkenalkan dua model elektrik dan hibrid; Saga EV dan Exora Range-Extender Electric Vehicle (Exora REEV). Exora REEV dinobatkan sebagai "Best E-REEV Vehicle".

Pada 2011, Exora REEV dinobatkan sebagai "Best Overall Extender Range/Plug-in Hybrid Vehicle" dan "The Most Energy Efficient Multi-Purpose Car-Prototype" bersama model 2012 Toyota Prius plug-in petrol hydbrid.

Pada 2012, PROTON memperkenalkan variasi terbaru enjin buatannya, 1.6L CamPro Charge Fuel Efficiency (CFE) yang mula digunakan dalam model Exora Bold dan Exora Prime.

Pada 16 April 2012, model terbaru PROTON, iaitu Proton Preve telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia). Model ini merupakan model bertaraf global pertama ciptaan PROTON.
Pada Februari 2013, Proton Preve berjaya mencapai 5/5 bintang dalam Australia New Car Assessment Program (ANCAP).





Model ciptaan terhad merangkumi model Proton Satria Neo R3 bagi tujuan Lotus Racing dan Proton PERT(Petronas-EON Racing Team).

Kereta konsep milik PROTON ialah Proton Emas, MPX, Tuah (Espire), Jebat (Fury), Lekir (Exivo), Lekiu (X-Active) dan Kasturi (Pure).





Setakat ini, pada 17 Ogos 2013 sebuah model baru telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu model Proton Suprima S, iaitu model 'hatchback' bagi Proton Preve.




p/s: Katanya ini kereta Tin Milo. Rosak sana rosak sini. Kemek sana kemek sini. 
Apa, kalau naik Ferrari, Honda, Hyundai, BMW, Mercedes dan lain-lain tu tak boleh rosak dan kemek? Kalau reti jaga, insyaAllah elok saja. HAHA 



Sumber:

1) http://corporate.proton.com/en/About/Brand/History.aspx
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_(syarikat)

0 comments:

Kenali Tugu Negara dan Tugu Peringatan


“Negara ini pusaka bangsa. Jagalah bersama-sama walau apa pun perbezaan fahaman politik. Inilah ibu pertiwi. Jangan biarkan negara ini diwarisi selain bangsa Melayu!”- Tan Sri Osman Aroff, mantan Menteri Besar Kedah ke-6 (1985-1996)

Sejak tahun 2010, sambutan Hari Pahlawan telah diadakan di Putrajaya. Keputusan ini bersesuaian dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 6-7 Oktober 1987 yang memutuskan bahawa upacara meletak kalungan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara adalah perbuatan syirik dan khurafat.

Monumen Peringatan Pahlawan: KOMPLEKS TUGU NEGARA
- Terletak berhampiran Parlimen dan Tasik Perdana.
- Cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
- Dibina sekitar tahun 1963-1966
- Merangkumi:
~ Tugu Peringatan (Cenotaph)
~ Tugu Negara
~ Kolam Air Pancut
~ Astaka
~ Taman Tambahan

1) Tugu Peringatan (Cenotaph) 

- Dibina pada 1920-1921 oleh pihak British bagi memperingati tentera-tentera British yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918).
- Lokasi asal ialah di Jalan Tugu (Bulatan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur)
- Asalnya tercatat ukiran "To Our Glorious Death" dan plate logam tertulis "1914 (FMS) 1918" dan diikuti senarai nama tentera British yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama.
- Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, terdapat tambahan ukiran yang menjadikan terukir "1914-1918" dan "1939-1945" (berturut ke bawah) dan tambahan senarai nama tentera British yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua.
- Kemudian, selepas tamat darurat, ditempa pula "1948-1960" oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada cenotaph tersebut.
- Kerajaan Malaysia pada 1963 mengambil keputusan untuk menempatkan cenotaph di Kompleks Tugu Negara memandangkan tugu ini mempunyai rekod peperangan yang melibatkan pendudukan Jepun dan darurat menentang komunis di Tanah Melayu selain memberi ruang pembinaan 'flyover' di tapak asal tugu berkenaan.
- Menjelang perasmian Komples Tugu Negara, ayat "Untok Mengingati Jasa Pahlawan-Pahlawan Yang Gugor" diatas "To Our Glorious Death".
- Kini cenotaph secara rasminya dikenali sebagai Tugu Peringatan.

2) Tugu Negara

- Idea pembinaan Tugu Negara dicetuskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra ketika mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat pada tahun 1961.
- Idea ini tercetus ketika lawatan Almarhum Tunku ke Tugu Peringatan Perang Iwo Jima.
- Felix de Weldon, pengukir Tugu Peringatan Perang Iwo Jima ditugaskan untuk mengukir Tugu Negara.
- Untuk tujuan tersebut, Tan Sri Osman Aroff (ketika itu merupakan Setiausaha Sulit kepada Menteri Luar, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan menuntut pengajian Diploma Sains Politik di Washington DC) diminta oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi model dan menggayakan beberapa aksi sebagai panduan untuk mengukir patung pada Tugu Negara.
- Tugu Negara merangkumi 7 biji patung gangsa; 5 askar Melayu dan 2 komunis.
- Patung gangsa yang berdiri dan mengibarkan bendera Malaysia merupakan satu-satunya patung yang menggunakan Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai model, manakala 6 patung yang lain menggunakan Tan Sri Osman Aroff sebagai model.

Tan Sri Osman Aroff

- Pembinaan tugu ini bagi memperingati perjuangan anggota keselamatan dan rakyat Malaysia dalam memerangi komunis.
- Bahagian segi empat tugu: Disebelah kiri terukir " Dedicated To The Heroic Fighters In The Cause of Peace and Freedom, May The Blessing of Allah Be Upon Them", ditengah-tengahnya jata negara dan dikanannya terukir dalam tulisan jawi "Memperingati Perwira-Perwira Yang Berjuang Untuk Menegakkan Keamanan dan Kebebasan. Moga-Moga Allah Cucurkan Rahmat Keatas Mereka."
- Pernah diletupkan oleh komunis pada 26 Ogos 1975 kira-kira jam 5.00 pagi.

* Isu tentang Tugu Negara pernah dibangkitkan di Parlimen Malaysia apabila seorang Ahli Parlimen membangkitkan isu bahawa patung-patung Tugu Negara diukir tidak mengikut paras askar Melayu. Tan Sri Ahmad Kamil yang menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat yang berada bersama Almarhum Tunku ketika sesi fotograsi aksi-aksi untuk Tugu Negara mendedahkan individu yang menjadi model ukiran Tugu Negara.

Sumber:
1) Tugu Negara dan Tugu Peringatan: http://xpressminda.wordpress.com/2011/09/05/tugu-negara-tugu-peringatan/
2) Akhirnya Rahsia Osman Terbongkar:
http://www.antalhaq.com/2012/08/akhirnya-rahsia-osman-terbongkar.html
3) Tugu Negara:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tugu_Negara

1 comments:

INDONESIA: Proklamasi Kemerdekaan, Presiden dan Perdana Menteri


Proklamasi Kemerdekaan Indonesia telah dibacakan oleh Ir. Soekarno pada Jumaat, 17 Ogos 1945 di Jalan Pegangsaan Timur 56-Jakarta Pusat.

Pembacaan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia oleh Ir. Soekarno


Naskah Proklamasi Klad yang disalin tangan oleh Ir. Soekarno:


Proklamasi
Kami bangsa Indonesia dengan ini menjatakan kemerdekaan Indonesia.
Hal2 jang mengenai pemindahan kekoeasaan d.l.l., diselenggarakan
dengan tjara seksama dan dalam tempoh jang sesingkat-singkatnja.
Djakarta, 17 - 8 - '05
Wakil2 bangsa Indonesia.
Naskah Proklamasi Otentik (Yang disalin semula dari naskah asal Proklamasi Klad):

                          
P R O K L A M A S I
Kami bangsa Indonesia dengan ini menjatakan kemerdekaan Indonesia.
Hal-hal jang mengenai pemindahan kekoeasaan d.l.l., diselenggarakan
dengan tjara seksama dan dalam tempo jang sesingkat-singkatnja.
Djakarta, hari 17 boelan 8 tahoen 05
Atas nama bangsa Indonesia.
Soekarno/Hatta.


PRESIDEN INDONESIA



1)
 

Nama: Dr. (HC) Ir. Soekarno (Sukarno)
Gelaran: Bung Karno
Hayat: 6 Jun 1901-21 Jun 1970
Pemerintahan: (18 Ogos 1945-19 Disember 1948) (13 Julai 1949-27 Disember 1949) (15 Ogos 1950-22 Februari 1967) 
Tempoh: 21 tahun
[http://id.wikipedia.org/wiki/Soekarno]

2) 

Nama: Jenderal Besar Tentera Nasional Indonesia Purnawirawan Haji Muhammad Soeharto (Suharto)
Gelaran: Pak HartoHayat: 8 Jun 1921-27 Januari 2008
Pemerintahan: 22 Februari 1967-21 Mei 1998
Tempoh: 31 tahun

[http://id.wikipedia.org/wiki/Soeharto]

3)

Nama: Profesor Dr. Bacharuddin Jusuf Habibie
Gelaran: B.J Habibie
Kelahiran: 25 Jun 1936
Pemerintahan: 21 Mei 1998-20 Oktober 1999
Tempoh: Setahun
[http://id.wikipedia.org/wiki/Bacharuddin_Jusuf_Habibie]

4)

Nama: Kiai Haji Abdurrahman Wahid 
Gelaran: Gus Dur
Hayat: 7 September 1940-30 Disember 2009
Pemerintahan: 20 Oktober 1999-23 Julai 2001
Tempoh: 2 tahun
[http://id.wikipedia.org/wiki/Abdurrahman_Wahid]

5)

Nama: Dyah Permata Megawati Setyawati Sukarnoputri
Gelaran: Mbak Mega
Kelahiran: 23 Januari 1947
Pemerintaha: 23 Julai 2001-20 Oktober 2004
Tempoh: 3 tahun

[http://id.wikipedia.org/wiki/Megawati_Soekarnoputri]

6)

Nama: Jenderal Tentera Nasional Indonesia (Purnawirawan) Dr. Haji Susilo Bambang Yudhoyono 
Gelar: SBY
Kelahiran: 9 September 1949
Pemerintahan: 20 Oktober 2004

[http://id.wikipedia.org/wiki/Susilo_Bambang_Yudhoyono]

PERDANA MENTERI INDONESIA 
(1945-1959)

1)

Nama: Sultan Syahrir (Soetan Sjahrir)
Hayat: 5 Mac 1909-9 April 1966

Pemerintahan: 14 November 1945-3 Julai 1947

[http://id.wikipedia.org/wiki/Sutan_Syahrir]

2)

Nama: Amir Sjarifoeddin Hararap (Amir Syarifuddin Hararap)Hayat: 27 April 1947-19 Disember 1948

Pemerintahan: 3 Julai 1947-29 januari 1948

[http://id.wikipedia.org/wiki/Amir_Sjarifuddin]
3)

Nama: Dr. Drs. H. Muhammad Hatta (Bung Hatta)
Hayat: 12 Ogos 1902-14 Mac 1980
Pemerintahan: 29 Januari 1948-5 September 1949

[http://id.wikipedia.org/wiki/Mohammad_Hatta]
* Dalam jawatan Perdana Menteri ketika pentadbiran dipimpin Pemangku Perdana Menteri Soesanto Triprodjo (20 Disember 1949-16 Januari 1950) dan Perdana Menteri Abdoel Halim 
4)

Nama: Abdoel Halim
Hayat: 27 Disember 1911-4 Julai 1987
Pemerintahan: 16 Januari 1950-5 September 1950

[http://id.wikipedia.org/wiki/Abdul_Halim]
5)

Nama: Mohammad Natsir
Hayat: 17 Julai 1908-6 Februari 1993
Pemerintahan: 5 September 1950-26 April 1951

[http://id.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Natsir]
6)

Nama: Soekiman Wirjosandjojo (Sukiman Wiryosanjoyo)
Hayat: 1898-1974
Pemerintahan: 26 April 1951-3 April 1952

[http://id.wikipedia.org/wiki/Sukiman_Wirjosandjojo]
7)

Nama: Wilopo
Hayat: 21 Oktober 1909-20 Januari 1981
Pemerintahan: 3 April 1952-30 Julai 1953

[http://id.wikipedia.org/wiki/Wilopo]
8)

Nama: Ali Sastroamidjojo (Ali Sastroamijoyo)
Hayat: 21 Mei 1903-13 Mac 1976
Pemerintahan: 30 Julai 1953-12 Ogos 1955 dan 24 Mac 1956-9 April 1957

[http://id.wikipedia.org/wiki/Ali_Sastroamidjojo]


9)


Nama: Boehanoeddin Harahap (Burhanuddin Harahap)
Hayat: 27 Disember 1917-14 Jun 1987
Pemerintahan: 12 Ogos 1955-24 Mac 1956

[http://id.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_Harahap]

10)

Nama: Ir. H. R. Djoeanda Kartawidjaja (Juanda Kartawijaya)
Hayat: 14 Januari 1911-7 November 1963
Pemerintahan: 9 April 1957- 9 Julai 1959

[http://id.wikipedia.org/wiki/Djuanda_Kartawidjaja]

Jawatan Perdana Menteri Indonesia dimansuhkan pada 9 Julai 1959.


Rujukan:
1) Proklamasi Kemerdekaan Indonesia:
http://id.wikipedia.org/wiki/Proklamasi_Kemerdekaan_Indonesia

2) Daftar Presiden Indonesia: 
http://id.wikipedia.org/wiki/Daftar_Presiden_Indonesia

3) Daftar Perdana Menteri Indonesia:http://id.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Indonesia

0 comments:

KHILAFAH: Nadi Ummah Yang Terhenti


KHILAFAH ISLAMIYYAH merangkumi empat fasa pemerintahan, iaitu:
1) Khulafa' Ar-Rasyidin
2) Khilafah Umayyah Damsyik
3) Khilafah Abbassiyyah (Baghdad dan Kaherah)
4) Khilafah Turki Uthmaniyyah



KHULAFA' AR-RASYIDIN 
1) Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A Bin Abi Quhafah Uthman (632-634)
2) Saiyidina Umar Al-Farouq R.A Bin Al-Khattab (634-644)
3) Saiyidina Uthman Zunnurain R.A Bin Affan (644-656)
4) Saiyidina Ali Abu Turab R.A Bin Abi Thalib (656-661)


KHILAFAH UMAYYAH 
]Khilafah Umayyah Damsyik telah berlangsung dari tahun 661M sehinggalah tahun 750M. Nama Umayyah diambil dari nama Umaiyah Bin Abdul Syams.

Khalifah Umayyah Damsyik:
1) Muawiyah Bin Abi Suffyan Bin Umayyah Bin Abdul Syams (661-681)
2) Yazid Bin Muawiyah (681-683)
3) Muawiyah Bin Yazid Bin Muawiyah (683-684)
4) Marwan Bin Al-Hakam Bin Abu Al-'As Bin Umayyah Bin Abdul Syams (684-685)
5) Abdul Malik Bin Marwan (685-705)
6) Al-Walid Bin Abdul Malik (705-715)
7) Sulaiman Bin Abdul Malik (715-717)
8) Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan (717-720)
9) Yazid Bin Abdul Malik (720-724)
10) Hisyam Bin Abdul Malik (724-743)
11) Al-Walid Bin Yazid Bin Abdul Malik (743-744)
12) Yazid Bin Al-Walid Bin Abdul Malik (744)
13) Ibrahim Bin Al-Walid Bin Abdul Malik (744-745)
14) Marwan Bin Muhammad Bin Marwan Bin Al-Hakam (745-750)

Selepas kejatuhan Khilafah Umayyah di Damsyik, anggota Bani Umayyah (Umawiyyun) diketuai oleh Abdul Rahman telah melarikan diri ke Sepanyol yang pernah berada dibawah naungan Khilafah Umayyah. Berikutan itu, Sepanyol memisahkan diri dari pemerintahan Abbassiah di Baghdad dan mendirikan Kekhalifahan Cordoba. Pemerintah Umayyah Cordoba menggunakan gelaran Amir (Emir).

Istana Alhambra

Amir Umayyah Cordoba:
1) Abd Ar-Rahman I Ad-Dakhil (756-788)
2) Hisham I (788-796)
3) Al-Hakam I (796-822)
4) Abd Ar-Rahman II (822-852)
5) Muhammad I (852-886)
6) Al-Mundhir (886-888)
7) Abdallah Bin Muhammad (888-912)
8) Abd Ar-Rahman III Bin Muhammad Bin Abdallah Bin Muhammad (912-961)
9) Al-Hakam II (961-976)
10) Hisham II (976-1008) (Menaiki takhta kali kedua: 1010-1012)
11) Muhammad II (1008-1009)
12) Sulaiman (1009-1010) (Menaiki takhta kali kedua: 1012-1017)
13) Abd Ar-Rahman IV (1021-1022)
14) Abd Ar-Rahman V (1022-1023)
15) Muhammad III (1023-1024)
16) Al-Hakam III (1027-1031)




KHILAFAH ABBASIYYAH
Khilafah Abbasiyah Baghdad berlangsung dari tahun 750 sehingga tahun 1258. Nama Abbasiyyah diambil dari nama Saiyidina Abbas Bin Abdul Muttalib R.A iaitu salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W

Khalifah Abbasiyyah Baghdad:
1) Abu Al-Abbas Al-Saffah (750-754)
2) Abu Ja'afar Abdullah Al-Mansur (754-775)
3) Al-Mahdi (775-785)
4) Al-Hadi (785-786)
5) Harun Ar-Rasyid (786-809)
6) Al-Amin (809-813)
7) Al-Makmun (813-833)
8) Al-Mu'tasim (833-842)
9) Al-Wathiq (842-847)
10) Al-Mutawakkil (847-861)
11) Al-Muntasir (861-862)
12) Al-Musta'in (862-866)
13) Al-Mu'tazz (866-869)
14) Al-Muhtadi (869-870)
15) Al-Mu'tamid (870-892)
16) Al-Mu'tadid (892-902)
17) Al-Mukhtafi (902-908)
18) Al-Muqtadir (908-932)
19) AL-Qahir (932-934)
20) Ar-Radi (934-940)
21) Al-Muttaqi (940-944)
22) Al-Mustakfi (944-946)
23) Al-Muti (946-974)
24) At-Ta'i (974-991)
25) Al-Qadir (991-1031)
26) Al-Qa'im (1031-1075)
27) Al-Muqtadi (1075-1094)
28) Al-Mustazhir (1094-1118)
29) Al-Murstarshid (1118-1135)
30) Ar-Rashid (1135-1136)
31) Al-Muqtafi (1136-1160)
32) Al-Mustanjid (1160-1170)
33) Al-Mustadi (1170-1180)
34) An-Nasir (1180-1225)
35) Az-Zahir (1225-1226)
36) Al-Mustansir I (1226-1242)
37) Al-Musta'sim (1242-1258)

Minaret of Samara Mosque
Dibina ketika pemerintahan Al-Mutawakkil I pada tahun 852M

Selepas serangan tentera Monggol pimpinan Hulagu Khan (cucu Genghis Khan), Baghdad akhirnya jatuh dan ditawan oleh tentera Monggol atas bantuan Umaiyuddin Muhammad Al-Aqami (Menteri Abbasiyah yang merupakan seorang Syiah), Khalifah Al-Musta'sim dibunuh dan mengakhiri Khilafah Abbasiyyah di Baghdad.

Segelintir ahli keluarga Bani Abbasiyyah (Abbasiyun) telah berjaya menyelamatkan diri ke Kaherah, Mesir dan mendirikan Khilafah Abbasiyyah Kaherah melalui Kesultanan Mamluk, Mesir.

Khalifah Abbasiyyah Kaherah:
1) Al-Mustansir II (1261-1262)
2) Al-Hakim I (1262-1302)
3) Al-Mustakfi I (1302-1340)
4) Al-Wathiq I (1340-1341)
5) Al-Hakim II (1341-1352)
6) Al-Mu'tadid I (1352-1362)
7) Al-Mutawakkil I (1362-1383) (Menaiki takhta kali kedua: 1389-1406)
8) Al-Wathiq II (1383-1386)
9) Al-Mu'tasim II (1386-1389)
10) Al-Musta'in (1406-1414)
11) Al-Mu'tadid II (1414-1441)
12) Al-Mustakfi II (1441-1451)
13) Al-Qa'im (1451-1455)
14) Al-Mustanjid (1455-1479)
15) Al-Mutawakkil II (1479-1497)
16) Al-Mustamsik (1497-1508) (Menaiki takhta kali kedua: 1516-1517)
17) Al-Mutawakkil III (1508-1516) (Menaiki takhta kali kedua: 1517)

TURKI UTHMANIYYAH
(Devlet-i Aliye-i Osmaniye/Osmanli Imparatorlugu/Ad-Dawlah Al-Uthmaniyyah)

Nama Uthmaniyyah diambil sempena nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman Bin Ertughrul.

Sultan Turki Uthmaniyyah:
1) Osman Ghazi Bin Ertughrul (1299-1324)
2) Orhan I Bin Osman Ghazi (1324-1361)
3) Murad I Bin Orhan I (1361-1389)
4) Bayezid I Bin Murad I (1389-1402)
- Kerajaan Peralihan (1402-1413)-
5) Mehmed I Bin Bayezid I (1413-1421)
6) Murad II Bin Mehmed I (1413-1444) (Menaiki takhta kali kedua: 1446-3 Februari 1451)
7) Mehmed II Bin Murad II
(1444-1446) (Menaiki takhta kali kedua: 3 Februari 1451-3 Mei 1481) 
[Muhammad Al-Fatih]
Muhammad Al-Fatih

8) Bayezid II Bin Mehmed II (19 Mei 1481-25 April 1512)

Sultan dan Khalifah Turki Uthmaniyyah:
9) Selim I Bin Bayezid II (25 April 1512-21 September 1520) 
[Menerima jabatan kekhalifahan dari Khalifah Al-Mutawakkil III bermula tahun 1517]

Khalifah Selim I

10) Suleiman I Bin Selim I (30 September 1520-7 September 1566)
11) Selim II Bin Suleiman I (29 September 1566-21 Disember 1574)
12) Murad III Bin Selim II (22 Disember 1574-16 Januari 1595)
13) Mehmed III Bin Murad III (27 Januari 1595-21 Disember 1603)
14) Ahmed I Bin Mehmed III (21 Disember 1603-22 November 1617)
15) Mustafa I Bin Mehmed III
      (22 November 1617-26 Februari 1618) (Menaiki takhta kali kedua:20 Mei 1622-10 September 1623)

16) Osman II Bin Ahmed I (26 Februari 1618-19 Mei 1622)
17) Murad IV Bin Ahmed I (10 September 1623-9 Februari 1640)
18) Ibrahim I Bin Ahmed I (9 Februari 1640-8 Ogos 1648)
19) Mehmed IV Bin Ibrahim I (8 Ogos 1648-8 November 1687)
20) Suleiman II Bin Ibrahim I (8 November 1687-22 Jun 1691)
21) Ahmed II Bin Ibrahim I (22 Jun 1691-6 Februari 1695)
22) Mustafa II Bin Mehmed IV (6 Februari 1695-22 Ogos 1703)
23) Ahmed III Bin Mehmed IV (22 Ogos 1703-2 Oktober 1730)
24) Mahmud I Bin Mustafa II (2 Oktober 1730-13 Disember 1754)
25) Osman III Bin Mustafa II (13 Disember 1754-30 Oktober 1757)
26) Mustafa III Bin Ahmed III (30 Oktober 1757-21 Januari 1774)
27) Abdul Hamid I Bin Ahmed III (21 Januari 1774-7 April 1789)
28) Selim III Bin Mustafa III (7 April 1789-29 Mei 1807)
29) Mustafa IV Bin Abdul Hamid I (29 Mei 1807-28 Julai 1808)
30) Mahmud II Bin Abdul Hamid I (28 Julai 1808-1 Julai 1839)
31) Abdul Mecid I Bin Mahmud II (1 Julai 1839-25 Jun 1861)
32) Abdul Aziz I Bin Mahmud II (25 Jun 1861-30 Mei 1876)
33) Murad V Bin Abdul Mecid I (30 Mei 1876-31 Ogos 1876)

34) Abdul Hamid II Bin Abdul Mecid I (31 Ogos 1875-27 April 1909)
[Diturunkan daripada takhta pada 27 April 1909 dan merupakan pemerintah terakhir memiliki kuasa dan berperanan sebagai Khalifah dan Sultan]
Sultan Abdul Hamid II

35) Mehmed V Bin Abdul Mecid I (27 April 1909-3 Julai 1918)
Mehmed V

36) Mehmed VI Bin Abdul Mecid I (4 Julai 1918-1 November 1922) 
[Kesultanan Turki Uthmaniyyah dihapuskan]
Mehmed VI

37) Abdul Mecid II Bin Abdul Aziz (18 November 1922-3 Mac 1924)
[Sistem Khilafah dihapuskan]
Abdul Mecid II

Pada 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1342H, sistem Daulah Khilafah Islamiah secara rasminya dimansuhkan.

Mustafa Kemal Ataturk

Pengusiran Abdul Mecid II


Dakwaan Dinasti Sebagai Khilafah

KHILAFAH SHARIF HASHIMIAH
Selepas Presiden Mustafa Kemal Ataturk menghapuskan Institusi Khilafah Islamiah, Sharif Hussein Bin Ali Al-Hashimi iaitu Raja Hijaz dan Sharif Makkah mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah Islamiah pada 11 Mac 1924 dan dakwaan ini berakhir pada 3 Oktober 1924 apabila ia menyerahkan pemerintahan kepada puteranya, Ali Bin Hussein Al-Hashimi yang tidak mahu menggunakan gelaran 'khalifah'. Ekoran kekalahan dalam serangan yang dilancarkan Ibnu Saud yang kemudiannya menubuhkan Arab Saudi, beliau terlepas kawasan Hijaz terutama Kota Makkah dan Madinah. Keturunannya menguasai Jordan.
Sharif Huseein Bin Ali Al-Hashimi

KHILAFAH ALMOHAD
Merangkumi kawasan Afrika Utara dan Iberia.

Khalifah Almohad:
1) Abd Al-Mu'min (1145-1163)
2) Abu Yaqub Yusuf I (1163-1184)
3) Yaqub Al-Mansur (1184-1199)
4) Muhammad An-Nasir (1199-1213)
5) Abu Yaqub Yusuf II (1213-1224)
6) Abd Al-Wahid I (1224)
7) Abdallah Al-Adil (1224-1227)
8) Yahya (1227-1235)
9) Idris I (1227-1232)
10) Abd Al-Wahid II (1232-1242)
11) Ali (1242-1248)
12) Umar (1248-1266)
13) Idris II (1266-1269)

KHILAFAH FATIMIYYAH
Merangkumi wilayah Syiria dan Mesir. Merupakan kekuasaan Syiah Ismailiah. Pemerintahan Fatimiyyah berakhir pada 1171 apabila Salahuddin Al-Ayyubi menawan Mesir dan mendirikan Kesultanan Ayyubiah.

Khalifah Fatimiyyah:
1) Al-Mahdi Billah (909-934)
2) Al-Qa'im Bi-Amrillah (934-946)
3) Al-Mansur Billah (946-953)
4) Al-Muizz Lideenillah (935-975) [Menguasai Mesir]
5) Al-Aziz Billah (975-996)
6) Al-Hakim Bi-Amrillah (996-1021)
7) Ali Az-Zahir (1021-1036)
8) Al-Muntasir Billah (1036-1094)
9) Al-Musta'li (1094-1101)
10) Al-Amir (1101-1130)
11) Al-Hafiz (1130-1149)
12) Al-Zafir (1149-1154)
13) Al-Faiz (1154-1160)
14) Al-Azid (1160-1171)


Rujukan:
1) List of Caliphs: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_caliphs
2) Kerajaan Bani Umayyah: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Umayyah
3) Kerajaan Bani Abbasiyyah: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Abbasiyyah
4) Senarai Sultan Empayar Uthmaniyyah:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_Sultan_Empayar_Uthmaniyyah














0 comments: