E-mail: KimPutra.94@gmail.com

Khabar Duka Dari Langit


Angin bertiup perlahan menyapa sebatang tubuh yang sedang menunggang unta itu. Lelaki itu baru usai mendirikan solat Asar. Di Padang Arafah itu, pada petang Jumaat yang tenang dalam musim Haji Wida' lelaki itu didatangi sahabatnya, si penghuni langit.
"..Pada hari ini telah Kami sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah kami cukupkan nikmat Kami kepada kamu, dan telah Kami redha Islam itu agama kamu.." (Al-Maidah:3)
Dia berasa kurang jelas. Ditariknya tali untanya, 'Adba. Perlahan-lahan ia turun dan bersandar pada untanya itu.
" Wahai Muhammad, pada hari ini telah disempurnakan urusan agama kamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan Allah dan begitu juga apa yang terlarang oleh-Nya. Kumpulkanlah para sahabatmu, sesungguhnya semakin dekat perpisahan aku denganmu di sini (dunia ini)." 
Muhammad S.A.W terdiam mendengar perkhabaran dari Jibrail A.S itu. Seusai itu, baginda bergegas pulang ke Makkah dan akhirnya menuju ke Madinah. Tiba di Madinah, para sahabat R.A dikumpulkan, dan baginda membacakan wahyu yang diterimanya itu. Mendengar itu, para sahabat berteriak kegembiraan.
" Agama kita telah sempurna! Agama kita telah sempurna!."
Bagaikan halilintar mendengar itu, jantung Abu Bakar R.A bagaikan mahu terhenti. Matanya berair. Cuba ditahan. Ia lantas berpaling dan bergegas pulang ke rumah. Pintu dikunci. Ia mengurung diri dalam kesedihan berlinang air mata. Kelakuannya memeranjatkan para sahabat. Demi itu, sebahagian sahabat berkumpul di hadapan rumahnya.
" Wahai Abu Bakar, apakah yang membuatkanmu berkeadaan sebegini? Seharusnya engkau berasa gembira kerana agama kita telah sempurna."
Abu Bakar diam. Lidahnya agak berat mahu mengkhabarkannya. Sebak menguasai diri.
" Wahai sahabatku sekalian, kamu semua tidak sedar tentang musibah yang melanda kamu. Apabila sesuatu itu telah sempurna, maka akan terlihat pula kekurangannya. Jika Islam telah sempurna, bererti makin hampir tibanya waktu untuk Rasulullah S.A.W meninggalkan kita. Hassan dan Hussin akan menjadi yatim, para isterinya akan menjadi janda."


Mereka tergamam. Bagaikan tidak percaya. Seketika kemudian, seorang demi seorang mula mengalirkan air mata. Tangisan mereka akhirnya menjadi kuat dan sampai kepada pengetahuan Rasulullah S.A.W lantas baginda bergegas menuju rumah Abu Bakar.
" Wahai sahabatku, apakah yang membuatkan kalian menangis?" Tanya baginda. Ali Ibnu Abi Thalib R.A segera menjawab. " Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan bahawa dengan turunya wahyu ini, maka mendekatlah waktu engkau untuk meninggalkan kami. Apakah benar ya Rasulullah?"
Riak wajah baginda tiba-tiba berubah. Lantas baginda menjawab, ''Ya benar. Apa yang diperkatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan masanya hampir tiba untuk aku meninggalkan kalian untuk selama-lamanya."

Sebaik mendengar pengakuan Rasulullah, lemah longlai lutut Abu Bakar. Ia kembali menangis sehingga akhirnya pengsan. Umar Ibnu Al-Khattab R.A terdiam. Bagaikan berhenti nadinya saat itu. Ia tertunduk tidak percaya. Uthman Ibnu Affan R.A terduduk. Mengalir air matanya mengenangkan apa yang bakal berlaku. Tubuh Ali menjadi kaku, lemah anggota tubuh mendengar kenyataan itu. Air mata bagaikan tidak mahu berhenti. Suasana menjadi hening. Masing-masing terdiam tanpa bicara. Tidak pasti dan enggan percaya pada sebuah pengakuan jujur dari mulut Sang Nabi.

Hari-hari yang dilalui kelam bagaikan cahaya mentari tidak sampai ke permukaan bumi Madinah ketika itu. Tiada senyuman terukir di wajah para penghuni Daulah Islamiah itu. Masing-masing khuatir dan tidak mahu waktu yang dijanjikan itu menjelma.


Suatu hari, usai solat berjemaah di masjidnya, Rasulullah S.A.W meminta agar para sahabat berkumpul.
Dengan langkah yang perlahan tetapi masih tampak ketegasan dan kewibawaannya, baginda melangkah menuju mimbar baginda. Baginda berhenti sejenak. Menatap tiap-tiap wajah yang berada di hadapan matanya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Dalam nada tenang tetapi cukup sempurna untuk didengar, baginda mula berucap.
" Segala puji bagi Allah, ya Muslimin. Sesungguhnya aku ini adalah seorang nabi yang diutus untuk menyeru manusia ke jalan yang lurus dengan izin-Nya. Aku ini adalah sebahagian dari kalian, bagaikan saudara kandung yang kasih sayangnya bagaikan kasih seorang ayah. Oleh itu, kalian mempunyai hak untuk menuntut daripadaku, sesiapa yang ingin berbuat demikian silalah bangun dan ke mari membalasi aku sebelum aku dituntut di akhirat nanti."
Baginda mengulangi seruan itu. Masing-masing tertunduk diam. Tiada yang mahu berdiri. Tidak sanggup rasanya hati untuk menuntut apa-apa dari baginda. Seruan diulang sekali lagi. Tiba-tiba, 'Ukasyah Bin Mushan bangkit berdiri. Setiap mata yang ada di situ tertumpu padanya. Masing-masing terkejut.
" Demi ayah dan ibuku ya Rasulullah, andai engkau tidak mengumumkan ini berkali-kali, nescaya aku tidak akan bangkit berdiri dan tidak ingin aku mengatakan hal ini pada hari ini. Sesungguhnya dalam Peperangan Badar, aku berada bersamamu ya Rasulullah. Pada waktu itu, aku mengikutimu dari belakang. Setelah hampir, aku lantas turun dan menghampirimu dengan maksud agar aku dapat mencium pehamu. Tetapi saat itu, engkau mencabut tongkatmu dan memukul untamu untuk berjalan cepat, tetapi engkau juga telah memukulku di bahagian rusukku. Aku mahu tahu wahai Rasulullah, adakah engkau sengaja memukul aku atau engkau sebenarnya mahu memukul unta itu?"
Hadirin terpampang. Terkejut dengan tindakan 'Ukasyah. Wajah baginda masih tenang dan tetap dengan senyuman yang ibarat tidak pernah lekang dari wajahnya itu. " 'Ukasyah, Rasulullah sengaja memukulmu." Ujar baginda. Wajah dialihkan menghadap Bilal Ibnu Rabbah R.A, pembantu setianya itu. " Bilal, pergi ke rumah puteriku Fatimah, dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal patuh. Ia menuju ke rumah Fatimah sambil tangannya berada di atas kepalanya. " Duhai, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqisas."

Setibanya di rumah Sayyidatina Fatimah R.A, beliau memberi salam dan menyatakan tentang perintah Rasulullah. Fatimah bertanya tentang tujuan kegunaan tongkat itu, tetapi Bilal tidak menjawab. Memahami itu, Fatimah menyerahkan tongkat ayahandanya kepada Bilal. Beliau lantas kembali ke masjid dan menyerahkan tongkat tersebut kepada Rasulullah. Baginda mengambilnya dan menyerahkan kepada 'Ukasyah.



Suasana gempar. Masjid Nabawi sedikit riuh. Masing-masing terkejut dengan apa yang bakal berlaku. Abu Bakar dan Umar yang menyaksikan itu segera bangun dan mendekati Rasulullah dan 'Ukasyah. " Wahai 'Ukasyah, usahlah engkau qisas Rasulullah, pukullah kami sebagai gantinya." Abu Bakar dan Umar berusaha menahan 'Ukasyah dan merelakan diri mereka sebagai gantinya. Namun Rasulullah melarang. " Wahai Abu Bakar dan Umar, duduklah. Allah telah menyediakan tempat buat kalian." Ujar baginda. Abu Bakar dan Umar akur. Terpaksa duduk.

 Ali yang sedari tadi mendiamkan diri kini bangun. " Wahai 'Ukasyah, engkau mengetahui bahawa aku sering berada di samping Rasulullah, oleh itu pukullah aku dan jangan qisas Rasulullah." Sekali lagi baginda melarang. " Wahai Ali, duduklah. Allah telah menetapkan tempatmu dan Dia mengetahui isi hatimu." Ali akur. Dipaksa diri untuk duduk.

Tiba-tiba Hassan dan Hussin, kedua-duanya putera Ali bangun ke hadapan. " Wahai 'Ukasyah, bukanlah engkau tidak mengetahui, sesungguhnya kami ini cucu Rasulullah. Qisaslah kami sekiranya kamu ingin mengqisas Rasulullah." Rasulullah memandang cucu-cucunya itu. " Wahai  putera buah hatiku, duduklah kalian." Baginda kembali berpaling menghadap 'Ukasyah. " Wahai 'Ukasyah, pukullah aku sekiranya kamu ingin memukul."

'Ukasyah memandang baginda. Lantas ia bersuara, " Rasulullah memukulku saat itu aku tidak memakai baju." Mendengar itu, Rasulullah segera menanggalkan bajunya. Melihat baginda berbuat demikian, air mata tidak dapat ditahan. Setiap mata yang ada saat itu tidak henti-henti mengalirkan air mata. Sedih membayangkan tubuh yang mulia itu akan dipukul dengan tongkatnya sendiri.

Tiba-tiba 'Ukasyah datang memeluk dan mencium Rasulullah. Sambil menangis ia berkata;
" Aku tebus dirimu dengan jiwaku ya Rasulullah. Siapakah yang sanggup memukulmu ya Rasulullah. Aku melakukan ini semata-mata kerana ingin menyentuh tubuhmu dengan tubuhku, dan aku mengharapkan agar Allah memelihara diriku kerana berkat kemuliaanmu ya Rasulullah."

Baginda tersenyum. Wajah dikalihkan menghadap para hadirin yang terkesima mendengar penjelasan 'Ukasyah. " Wahai Muslimin, sekiranya kalian ingin melihat ahli syurga, pandanglah wajah 'Ukasyah ini." Tersenyum-senyum baginda mengucapkan itu. Para sahabat tersenyum gembira. Masing-masing berdiri dan bersalaman dengan 'Ukasyah.
"Wahai 'Ukasyah, sungguh engkau benar-benar beruntung kerana memperolehi darjat yang tinggi dan mendapatkan teman paling mulia di syurga kelak, engkau memiliki Rasulullah sebagai temanmu di syurga."

0 comments:

Nasab Muhammad S.A.W

Nama : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin  Hashim Bin Abdul Manaf Bin Qusai Bin Kilab Bin Murrah Bin Ka'ab Bin Luay Bin Ghalib Bin Fahr Bin Malik Bin An-Nadr Bin Kinanah Bin Khuzaiman Bin Mudrikah Bin Elias Bin Mudar Bin Nizar Bin Ma'ad Bin Adnan Bin Add Bin Humaisi Bin Salaman Bin Aws Bin Buz Bin Qamwal Bin Ubai Bin Awwam Bin Nashid Bin Haza Bin Bildas Bin Yadlaf Bin Tabikh Bin Jahim Bin Nahish Bin Makhi Bin Ayd Bin Abqar Bin Ubayd Bin Ad-Daa Bin Hamdan Bin Sanbir Bin Yath Rabi Bin Yahzin Bin Yalhan Bin Arami Bin Ayd Bin Deshan Bin Aizar Bin Afnad Bin Aiham Bin Muksar Bin Nahith Bin Zarih Bin Sani Bin Wazzi Bin Adwa' Bin Aram Bin Haidir (Kedar) Bin Ismail A.S (Ishmael) Bin Ibrahim A.S (Abraham) Bin Azar

Bapa : Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim Bin Abdul Manaf Bin Qusai
Ibu : Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Qusai

Keputeraan: 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571M hari Isnin

0 comments:

MUAWIYAH: Insan Terpalit Fitnah


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;
" Islam itu ibarat sebuah kota yang dipagari tembok yang memiliki satu pintu. Fitnah tidak akan menimpa Islam selagi pintu itu masih tertutup, dan aku khuatir apabila pintu itu terbuka, fitnah akan menimpa Islam."
Umar Ibnu al-Khattab bertanyakan apakah pintu itu? Namun baginda tidak menjawab. Kemudiannya beliau menemui Ali Ibnu Abi Thalib bagi bertanyakan soalan yang sama. Ali Ibnu Abi Thalib kemudiannya menjawab: " Wahai Umar, engkaulah pintu itu! Terbukanya pintu itu adalah apabila engkau wafat."

Ternyata hadis baginda Rasulullah S.A.W benar-benar terjadi. Selepas Khalifah Umar Ibnu al-Khattab syahid, umat Islam dilanda keresahan dalam mencari pengganti sehinggalah Uthman Ibnu Affan dibai'ah sebagai khalifah seterusnya. Kemuncak fitnah berlaku pada enam tahun terakhir pemerintahan Khalifah Uthman sehingga membawa kepada pembunuhan beliau. Fitnah ini seterusnya menggelapkan sisi sejarah peribadi dua tokoh Bani Umayyah iaitu khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan dan Khalifah Yazid Bin Muawiyah.

ABU ABDURRAHMAN AL-UMAWI MUAWIYAH IBNU ABU SUFYAN
( 602-680 Masihi)
Khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan Bin Harb Bin Umaiyah Bin Abdul Manaf adalah Khalifah pertama Dinasti Umaiyah dan merupakan Khalifah kelima bagi umat Islam. Beliau merupakan putera kepada Abu Sufyan Bin Harb dan Hindun Binti Utbah. Muawiyah diriwayatkan telah memeluk Islam sebelum peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) tetapi menyorokkan keislamannya daripada pengetahuan Abu Sufyan.
Sayyidina Muawiyah Bin Abu Sufyan telah dilantik sebagai Gabenor Syiria bermula pada zaman Khalifah Umar Ibnu Khattab pada tahun 640M.
Menjelang tahun 647M, beliau telah berjaya membentuk armada laut yang mampu menahan serangan tentera Byzantine. Angkatan ini juga berjaya menakluk Cyprus (649M), Rhodes (654M) dan berjaya mengalahkan tentera Byzantine di Lycia pada tahun 655M.

Muawiyah merupakan pemberontak dan penderhaka, BENARKAH?

Kita sering dimomokkan bahawa Muawiyah merupakan seorang pemberontak dan menderhaka kepada Khalifah Ali Bin Abi Thalib R.A, benarkah segala tuduhan tersebut?
Pernahkah kita terfikir, mengapakah Sayyidina Muawiyah enggan membai'ah Sayyidina Ali sebagai khalifah?

1) Muawiyah sebagai Wali Darah.

~ Sayyidina Muawiyah mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Khalifah Uthman Bin Affan R.A. Khalifah Uthman Bin Affan R.A merupakan anggota Bani Umaiyah sebagaimana halnya Sayyidina Muawiyah. Selepas Khalifah Uthman Bin Affan R.A syahid dibunuh para pemberontak, Muawiyah merasakan dirinya bertanggungjawab untuk membela dan menuntut keadilah terhadap pembunuhan Khalifah Uthman. Hal ini kerana putera-putera Khalifah Uthman masih kecil dan Muawiyah sebagai anggota Bani Umaiyah yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran Islam meletakkannya untuk berada dibarisan hadapan sebagai Wali Darah, iaitu penuntut pembelaan terhadap pembunuhan khalifah.

2) Muawiyah menganggap pelantikan khalifah baru tidak boleh dilakukan sebelum hukuman terhadap pembunuh khalifah tidak dilakukan.

~ Sebagai Wali Darah terhadap pembunuhan khalifah, Muawiyah merasakan perlunya hukuman dijatuhkan keatas pembunuh khalifah sebelum pengganti khalifah dilantik. Pada pandangannya, perkara ini perlu bagi menegakkan keadilan terhadap pembunuhan khalifah.

      Namun, bagi pihak Sayyidina Ali, beliau menghadapi masalah dalam menjatuhkan hukuman terhadap para pemberontak yang menyerang Khalifah Uthman. Hal ini kerana jumlah pemberontak dan identiti mereka yang menceroboh dan menyerang Khalifah Uthman adalah samar-samar dan terdapat keraguan. Hal ini menyukarkan Sayyidina Ali dalam usahanya menyiasat dan mencari pembunuh sebenar khalifah. Pada waktu tersebut, beliau sendiri menghadapi masalah berhadapan dengan musuh dalam selimut yang berpura-pura mentaati beliau. Hal ini menyebabkan beliau sukar untuk menjatuhkan hukuman.

     Bagi Sayyidina Ali, perpecahan dalam kalangan umat Islam menyukarkan beliau mengadili kes pembunuhan Khalifah Uthman, sebaliknya beliau mengutamakan penyatuan ummah bagi memudahkan beliau mengadili kes tersebut.

         Sayyidina Ali sememangnya terkenal sebagai sahabat Rasulullah S.A.W yang cukup berhati-hati dalam mengadili sesuatu masalah. Tindakan beliau yang seolah-olah melambatkan hukuman keatas golongan pemberontak pada zaman Khalifah Uthman digunakan sebaik-baiknya oleh kaum Munafiqin untuk menghasut Sayyidina Muawiyah bagi menentang Sayyidina Ali.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali, puak Syiah yang memusuhi Islam semenjak kejatuhan Kekaisaran Parsi bertindak menjadi batu api memecahbelahkan umat Islam. Sebahagian mereka bertindak menjadi pengikut Sayyidina Ali dan sebahagian lain menyokong Sayyidina Muawiyah. Golongan pendukukung kedua-dua tokoh ini yang sebenarnya mereka-reka cerita sehingga membawa kepada peperangan antara kedua-dua sahabat Rasulullah S.A.W ini.


3) Muawiyah bukan pemberontak
Pemberontak seharusnya golongan yang bergerak menuju kepada pemimpin dan memerangi pemimpin tersebut.
~ Jika dikatakan bahawa Muawiyah merupakan pemberontak, seharusnya Muawiyah bergerak dari Syam menuju ke Kufah bagi memerangi Sayyidina Ali R.A. Namun, dalam rekod sejarah, Muawiyah secara jelas tidak memberi bai'ah dan tidak pula bergerak menuju ke Kufah bagi memerangi khalifah, sebaliknya menetap di Syam dan mendesak Sayyidina Ali untuk menjatuhkan hukuman keatas pembunuh Khalifah Uthman.

     Bagaimanapun, dalam kes ini Sayyidina Ali yang berkuasa menjadi Amirul Mukminin telah bertindak mempersiapkan pasukan tentera dan bergerak menuju ke Syam bagi memerangi Muawiyah sehingga tercetusnya Perang Siffin.

    Sejarah juga mencatatkan bahawa, selepas kewafatan Khalifah Ali, kekhalifahan beralih kepada puteranya, Hassan Bin Ali. Hanya untuk beberapa bulan, Khalifah Hassan Bin Ali telah menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah dengan syarat Muawiyah perlu memerintah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, Ahlul Bait perlulah diberi penghormatan yang sepatutnya dan jawatan khalifah perlu diserahkan kepada Hassan setelah Muawiyah wafat.

Jika Muawiyah pemberontak, mengapakah Sayyidina Hassan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah?

Mengapa Khalifah Ali membawa pasukan memerangi Muawiyah?
Perlu diingatkan bahawa pada waktu tersebut, perkhabaran yang disampaikan sering mengandungi fitnah dan pembohongan. Tindakan Sayyidina Ali ini perlu ditimbang berdasarkan faktor luaran dan dalaman yang mendorong berlakunya Perang Siffin.

Perang Siffin berakhir dengan perdamaian iaitu melalui Tahkim. Jika Muawiyah dilihat sebagai pemberontak yang menggugat ummah, seharusnya Khalifah Ali telah memerangi Muawiyah sehabis-habisnya. Tetapi tindakan sebaliknya telah terjadi.

Tindakan Khalifah Ali mengakhiri Perang Siffin melalui Tahkim menyaksikan terbentuknya satu golongan yang disebut sebagai Khawarij. Mereka terdiri daripada penyokong Khalifah Ali yang menentang Tahkim.

Persoalanya, mengapakah mereka menentang Tahkim sekiranya mereka menyokong khalifah? Mengapakah mereka menolak Tahkim yang dilihat sebagai langkah terawal menyatupadukan ummah?

Hal ini sudah tentu kerana mereka khuatir ummah akan bersatu setelah Khalifah Ali dan Sayyidina Muawiyah berdamai. Kaum Khawarij juga direkodkan telah melakukan kekacauan dan pemberontakan sebagai protes terhadap majlis Tahkim.
Makam Khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan

Keutamaan Sayyidina Muawiyah

Rasulullah S.A.W bersabda: " Tentera pertama umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.
Hadis Nabi ini berjaya direalisasikan oleh Muawiyah apabila mengetuai armada laut pertama umat Islam pada tahun 28H pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman Ibnu Affan R.A.

Baginda Khatimul Anbiya' juga pernah mendoakan Muawiyah dengan doa
"Ya Allah jadikanlah dia (Muawiyah) sebagai pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah (manusia) dengannya."
juga dengan doa ; " Ya Allah ajarlah dia dengan Kitab dan hisab dan jauhilah ia dari azab."

Muawiyah pernah dicela dihadapan Sayyidina Umar Ibnu al-Khattab R.A lantas Umar membelanya. Beliau berkata; " Jangalah kamu mencela pemuda Quraisy ini (Muawiyah). Dia adalah seorang yang boleh ketawa ketika marah. Janganlah diambil sesuatu padanya selain atas persetujuannya dan tidak boleh diambil apa-apa yang ada diatas kepalanya melainkan dari bawah kedua tapak kakinya."

Sayyidina Umar Ibnu al-Khattab juga sering berkata jika berjumpa dengan Muawiyah;
" Dialah Kaisar bangsa Arab."

 Sayyidina Ali Bin Abi Thalib pernah berkata;
" Janganlah kalian membenci (pemerintahan) Muawiyah. Seandainya kalian kehilangan dia, kalian akan menyaksikan beberapa kepala terlepas dari badannya (mati dibunuh)."

Akhirulkalam, biarpun artikel ini cuba membela Muawiyah daripada fitnah terhadap dirinya, saya tidak menafikan bahawa tetap ada pada diri Muawiyah itu beberapa khilaf sebagaimana layaknya seorang manusia itu melakukan kesilapan. Namun, harus diingatkan juga betapa beliau telah melakukan sumbangan yang besar terhadap peradaban dan Islam itu sendiri. Beliau juga berjaya menutup sementara pintu fitnah yang melanda umat Islam bermula kewafatan Khalifah Umar Ibnu al-Kattab sepanjang pemerintahannya.

0 comments:

KESULTANAN PERAK : Survival Warisan Parameswara




Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Mansur Shah merupakan Sultan Pahang yang pertama. Baginda dihantar untuk dirajakan di Pahang setelah baginda membunuh Tun Besar Bin Tun Perak gara-gara ketidaksengajaan Tun Besar menyepak bola raga sehingga menyebabkan destar Raja Muhammad jatuh. Atas permintaan Tun Perak, Raja Muhammad dihantar dan ditabalkan sebagai Sultan Pahang yang pertama.


1 comments:

MELAYU: Mukadimah Awal

Bangsa MELAYU?



~ Suatu bangsa besar yang terdiri daripada pelbagai suku. Secara kasar, suku Banjar, Jawa, Bugis, Minang, dan lain-lain lagi termasuk dalam keluarga Bangsa Melayu. 
~ Bangsa yang menduduki wilayah yang dikenali sebagai Nusantara ( Malaysia, Indonesia, Singapura, Borneo, Selatan Filipina, Champa, Kemboja, Selatan Vietnam, Wilayah Islam di selatan Thailand).
~ Melayu juga terdapat di Cape Town dan Madagascar ( Etnik Merina : telah dikristiankan) [Melayu Diaspora]
~ Kebanyakan catatan kuno yang merujuk kepada daerah petempatan Melayu ialah kawasan bergunung.
~ Ptolemy ( 90-158M) melakar sebuah peta dan terdapat sebuah tanjung bernama Maleu-kolon.
   Maleu-kolon diyakini berasal daripada perkataan Sanskrit; Malayakolam ataupun Malaikurram.
~ Teks agama Hindu; Vayu Purana (bab 48) menyebut tentang Malayadvipa ( Benua gunung-ganang) yang merujuk kawasan di Timur yang terdapat banyak emas dan perak. Terdapat gunung diberi nama Mahamalaya atau juga Malaya.
~ Catatan China juga menyebut tentang Kunlun (merujuk kepada banjaran gunung Tibet-India) yang merujuk kepada masyarakat sekitar Asia Tenggara.
~ Dalam catatan kuno, Semenanjung Tanah Melayu disebut sebagai Survanabhumi, Survadvipa dan Aurea Chersonesus yang bermaksud Semenanjung Emas. Nusantara juga dirujuk dengan nama Malay Achipelago.
~ cari lokasi Gunung Ledang dan Mount Ophir melalui aplikasi ''Google Maps", hasil carian merujuk gunung yang sama.
~ *Mount Ophir disebut didalam Kitab Bible sebagai kawasan punca kemewahan. King Solomon ( Nabi Sulaiman A.S) dikatakan mendapatkan bekalan emas dari Mount Ophir.
~ Terdapat beberapa kerajaan kuno di Semenanjung Tanah Melayu seperti Kedah Tua, Langkasuka, Pan Pan, serta Gangga Negara (dan Kerajaan Melayu Beruas).
~ Khalifah Muawiyah Bin Abi Sufyan pernah menghantar pendakwah Islam ke Tanah Jawa (Bumi Melayu)
~ Melaka ditubuhkan pada 1262M, asas kepada ketinggian tamadun Melayu.
~ Kerajaan-kerajaan Melayu yang terkenal : Melaka, Acheh, Kedah, Samudera-Pasai, Demak, Pattani dan banyak lagi.
~ Bertindak sebagai markas perkembangan Islam di Timur.
~ Kemunculan Wali Songo ( Wali Sembilan) di Jawa meningkatkan aktiviti dakwah dan keislaman warga Nusantara.
~ Penawanan Melaka oleh Portugis pada 1511 diibaratkan sebagai 'nakbah' (bencana) awal umat Melayu
~ Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 ( Persetiaan London 1824) merupakan punca pemecahan sempadan wilayah Melayu.
~ *Sejarah penjajahan dan layanan bangsa penjajah terhadap masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu berbeza dengan layanan terhadap bangsa lain di Asia Tenggara.





0 comments:

Kamu yang BERPURDAH tu!

"Berpurdah tidak menjadikan kamu sebagai seorang yang terasing,
tetapi menjadikan kamu sebagai seorang yang dipandang dan dihormati"
-
Azren Putra 

Walaupun terdapat khilaf tentang hukum pemakaian purdah (dikenali juga sebagai niqab), tapi tak salah sekiranya anda mahu berpurdah. Purdah pada asalnya hanyalah budaya pemakaian masyarakat Arab. Macam kita orang Melayu, budaya bersongkok, bersampin tu semua.

Kenapa berpurdah? Sebenarnya macam-macam alasan untuk seseorang itu berpurdah. Ada yang pakai sebab famili menggalakkan, adik-beradik pakai, dan macam-macam lagi.

Aku pun ada kawan-kawan yang berpurdah,walaupun bukan sejak dulu pakai purdah. Kawan-kawan aku tu ialah Farah Amani dan terbaru, Nur Amalina Amran yang baru je pakai purdah sejak masuk sem 2 hari tu. Mungkin pada asalnya dia pakai atas faktor kesihatan diri dia.
(dia ada masalah kulit jika terkena cahaya matahari,tapi bukan albino; tu yang dimaklumkanlah,wallahu'alam)

Nur Amalina Amran kata:
" Aku rasa selamat kot. Even aku duduk kat mana-mana, sorang-sorang pun, tak da orang nak pandang and kisah,macam lebih selamat. And aku rasa selesa kot, sedih kalau kena buka. Lagipun dengan berpurdah aku dapat control sikit adab aku, banding dengan dulu macam orang gila, sekarang makin okay."
"Purdah bukanlah satu dimensi yang memerangkap kebebasan wanita, tetapi bertindak sebagai pewujud dimensi yang membentuk akhlak dan budi melalui kesabaran dan ketabahan melalui pemakaiannya."  - Azren Putra 


Wanita Berpurdah
Berbalik pada isu purdah ni, aku suka sangat tengok orang yang berpurdah. Ni pandangan akulah kan, wanita berpurdah ni sangat berbeza. Bukan berbeza sebab nampak macam kuno, purba, ortodok sangat beragama,tak! Bukan tu maksud aku, mereka ni berbeza sebab mereka sangat BERANI!

BERANI:

Wanita berpurdah ni sangat berani sebenarnya. Berani mengambil risiko untuk mendapat kritikan dan pelbagai pandangan masyarakat. Rata-rata yang memakai purdah sering disindir sebagai "bajet alim"
(* Oi! Biarlah,kot-kot dia yang berpurdah tu memang alim!huhuhu..sorry,teremosional pulak) tapi mereka ni tetap nak berpurdah, tetap mahu menjaga kehormatan diri.

Bagi aku,wanita berpurdah ni EKSKLUSIF:

Ya, mereka ni aku pandang sebagai aset yang eksklusif. Sebab apa?
(biarlah aku nak pandang macam tu..haha)
Sebab, wajah dia hanya dilihat oleh kerabat dan sahabat wanita yang terdekat sahaja.
Yang paling penting, wajah dia hanya diperlihatkan kepada zaujnya sahaja, tidak kepada lelaki-lelaki yang lain.


Bukan tu je tau, wanita berpurdah ni bertindak sebagai PENYEJUK MATA dan HATI

ha, this is maybe just for me, tapi mungkin juga ramai lelaki nak sokong
(*sokonglah aku...janganlah biar aku je..uhuk uhuk :P )
Bagi akulah kan, sangat seronok bila terpandang perempuan yang berpurdah ni. Mereka nampak cool, tenang je.  Memanglah kita tak dapat tengok mereka senyum, tapi itulah keajaibannya.

Bak kata Nur Amalina Amran, berpurdah dapat membantu mengawal adab. Aku setuju dengan pandangan dia yang ni.
 Rata-rata (mungkin semua) memiliki adab yang baik dan disenangi oleh orang lain. Itu yang membuatkan golongan berpurdah ni sebagai golongan yang istimewa dan menarik.

Aku ada tanya kawan-kawan yang lain tentang pandangan mereka terhadap golongan berpurdah ni.
Syafiq Jahari cakap golongan ni berada pada satu level yang lebih tinggi daripada kita
 (kita tu merujuk aku,dia dan golongan yang masih bertatih dalam Islam )
Nabilah Rozaiman pula cakap dia sangat respect pada golongan ni.
Damya Talha pula cakap mereka ni nampak ayu kerana hanya nampak mata.*
Faisha Liyana pula kata dia suka lihat orang berpurdah kerana individu itu nampak terpelihara diri.
Kawan aku di UIAM, pula memberi pandangan yang cukup berbeza, Katanya;
"Pada pandangan aku, orang yang pakai purdah niat kerana Allah, dia adalah orang yang 

sangat bertuah..sebab Allah yang pakaikan dia purdah, Allah yang pilih dia untuk ditinggikan

darjatnya..Pada pandangan aku, orang yang pakai purdah niat kerana Allah, dia adalah 

orang yang sangat bertuah..Dan sebagai orang disekeliling mereka, kita sepatutnye hormat

dan terima apa yg dilakukan dan orang begitu sangat hebat nilainya..Mungkin betul macam 

kau kata, orang sebegini akan dapat pasangan sebaik mereka juga, tetapi andai jodoh mereka 

dengan orang yang kurang baik akhlaknya, yang tak mungkin dapat memimpin mereka, 

mereka harus fikir setiap yang Allah beri, ada hkmahnya..sepatutnye, kaum adam harus 

mengajak isteri-isteri mereka, anak-anak perempuan mereka, ibu merka, dan saudara-

saudara perempuan mereka melakukan perubahan yang lebih baik, dan mungkin juga

berpurdah..Nilai secebis kain itu mampu mengubah darjat seorang hamba disisi RABBnya.."

* NAMPAK AYU KERANA MATA 
Pandangan ini dilihat sebagai satu pandangan yang tidak matang. Tetapi menarik untuk dibincangkan bersama-sama. Rupa paras seseorang itu bukan dinilai berdasarkan matanya. Pandangan mata selalunya menipu kita. Bukankah ada istilah "dari mata jatuh ke hati" ?Kerana itu kita diajar untuk menjaga pandangan mata kita.
Terdapat satu kisah yang diriwayatkan mengatakan bahawa kisah ini berkaitan dengan seorang ahli sufi bernama Hassan al-Basri.

Dikisahkan dalam kitab berjudul Jawahirul Bukhari, bahawa pada zaman mudanya, Hassan al-Basri merupakan seorang lelaki yang tampan.
Pada suatu hari, beliau terpandang dan terpikat pada seorang wanita muda dan mengekori wanita itu. Menyedari itu, wanita tersebut wanita itu berkata kepadanya;
" Wahai pemuda, apakah kamu tidak malu? Malulah kepada Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang ada dalam hati."
Wanita itu terus berlalu pergi, tetapi Hassan al-Basri tetap mengekorinya. Wanita itu bertanya lagi;
"Mengapa engkau terus mengekori aku?''
Maka Hassan al-Basri menjawab;
"Aku terpesona dengan matamu yang cantik."
"Baiklah, oleh kerana kamu mencintai mataku ini, tunggulah sebentar di sini dan sebentar lagi aku akan berikan apa yang kamu kehendaki." Balas wanita itu dan terus memasuki rumahnya.
Tidak lama selepas itu, seorang pembantu keluar menemui Hassan al-Basri dan memberinya sebuah kotak yang tertutup. Beliau membukanya dan terkejut kerana dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata. Pembantu itu berkata;
" Tuan aku berkata bahawa dia  tidak memerlukan sepasang mata yang menyebabkan seseorang itu terpesona kerananya."
Ternyata, beberapa hari kemudian wanita itu meninggal dunia dan Hassan al-Basri bermimpi menemui wanita tersebut. Beliau memohon supaya wanita itu menghalalkan dan memaafkan kesalahannya.

Begitulah hebatnya kuasa mata dan fitnahnya. Sesungguhnya, wanita berpurdah bukanlah kerana mahu lelaki jatuh hati kepadanya hanya kerana mata mereka. Dan, golongan lelaki pula seharusnya tidak terus-menerus dihanyut desakan nafsu hanya kerana indahnya mata seseorang itu


Walau apapun pandangan orang terhadap golongan berpurdah, aku yakin mereka mempunyai ketabahan dan kesungguhan yang tinggi dalam diri. Sincerely, I'm respect them so much!
" Wanita berpurdah berada dalam satu lingkungan teratas dalam kalangan wanita. Mereka ini terdidik untuk menjaga adab dalam satu lingkaran kesabaran dan kerendahan diri apabila mereka seperti diabaikan, padahal mereka dijauhi bagi mengelakkan mereka menjadi rosak. Itu satu penghormatan yang wujud secara tidak langsung dalam diri seseorang apabila berhadapan dengan golongan ini. Mereka secara tidak langsung mengangkat pasangan mereka sebagai orang yang beruntung tika berdamping, didoakan dalam ucapan pujian. Sesungguhnya golongan ini ibarat mawar berduri yang cantik, sukar didekati tetapi merupakan penawar sebagaimana fitrah penciptaannya."  ( Azren Putra)

------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : Entry ni ditulis (ditaip :p ) selepas aku ditanya pendapat tentang wanita berpurdah oleh seorang teman lama. Bukan tu saja, aku tulis ni sebab isu pengharaman hijab di beberapa negara Eropah.
INI BUKAN PUJIAN TERHADAP SESEORANG INDIVIDU SECARA KHUSUS, TETAPI PUJIAN BUAT SEMUA WANITA YANG BERANI DAN EKSKLUSIF, IAITU WANITA BERPURDAH.
THIS IS MY OPINION; TAK SETUJU TAK APA,TAK PAKSA. INI PANDANGAN SAHAJA (^.^)


15 comments:

Itu Janji (Bahagian 2)


Prraannnggg!! Iem tersentak. Cemas dia berlari ke dapur. Kaca berderai dilantai.
“Mana Sal?” Hatinya berbisik cemas. “ Sal! Sal!” Tidak berjawab. Iem mula cemas.
“Sal! Sal!” Laungnya lagi. “ Ye awak..kenapa?” Sal tiba-tiba muncul dari belakangnya.
Iem menarik nafas lega. “Ermm..err..tak ada apa-apa. Saja je.” Iem cuba berhelah. Takut kerisauannya dihidu.
“Kalau awak lapar, makanlah kuih tu dulu. Saya tak sedar dah pukul 12 tengah hari.  Jap saya nak masak.” Selajur itu Sal pantas menuju ke rak. Periuk nasi dicapai. Sungguh,dia ralit mengemas barang-barang yang dibawa.Baru seminggu tinggal bersama, terasa sedikit lelah menguruskan rumah sendiri. Baru setapak kakinya melangkah, Iem bersuara.
“Tak apalah, hari ni kita makan dekat luar je lah.” Tangannya perlahan mengambil periuk nasi tadi dan diletakkan kembali ke tempat asal. “Awak nak makan tak? Cepat la siap.” Iem berpaling ke belakang apabila menyedari zaujahnya itu hanya berdiam diri, tidak bergerak.

Sal mengemas barang-barang yang masih tidak bersusun. Barang-barang milik zaujnya diasingkan dan dikumpulkan. Dia tidak berani untuk mengusik apa-apa, takut jika tersilap cara, lain pula jadinya.
Tiba-tiba sebuah kotak kayu sebesar kotak tisu terjatuh dari susunan barang-barang milik Iem. Penutupnya terbuka. Isi perut kotak isu berselerak di atas lantai. Matanya tertancap pada sekeping sampul surat berwarna merah. Hatinya berdegup kencang. Dia kenal benar dengan tulisan pada surat itu. Matanya terpandang satu lagi sampul berwarna ungu. “ Kepada : Saliha Hanis Binti Haji Idris?” Hatinya dihurung tanda tanya. Perlahan sampul itu dibuka, bahagian demi bahagian isi surat itu dibacanya. Sesekali dia menyeka manik-manik jernih yang menitis dari tubir matanya.
“ Assalamualaikum..Sal..Saya faham apa yang awak ingin katakan pada saya. Saya tak marah pada awak. Tapi saya cuma kecewa. Saya kecewa dengan apa yang telah awak buat pada saya. Saya tahu bahawa awak ingin mengejar redha Allah. Cuma satu yang saya ingin awak tahu, dalam mengejar redha Allah, hati sesama insan tetap perlu dipelihara. Terima kasih atas apa yang awak sudah buat. Cinta itu janji, dan InsyaAllah jika ada jodoh, kita bertemu."
                                                                                                                                                                                                       Yang Benar,
                                                                                                                                                                                Iem

“Assalamualaikum..” Sal menyeka air matanya. “ Wa’alaikumussalam. Kejap! Sal turun.”


“Awak..” Sal mula bersuara. Iem yang sudah baring di atas katil bangun duduk sambil bersandar di kepala katil. Sal berada di hujung kiri kakinya. Duduk sambil memandang lantai.
“ Kenapa?” Iem pula bersuara. Dipandang zaujahnya itu. “Dia rasa tak selesa dengan pernikahan ni ke?” Bisik hatinya. Risau juga.
Baby you light up my world like nobody else The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But you when smile at the ground it ain’t  hard to tell You don’t know You don’t know you’re beautiful
Alunan korus lagu What Makes You Beautiful nyanyian kumpulan One Direction dari telefon bimbit Iem mematikan perbualan mereka. Iem melihat nama pemanggil yang tertera di skrin. “ Umi?” Terkejut melihat nama Umi yang sedang menelefonnya pada waktu sebegini.
“ Assalamualaikum. Ada apa Umi?” Ada nada risau pada pertanyaan itu.
“Iem, esok cuti kan? Balik rumah Umi kejap ya. Ada perkara yang Abi nak katakan.” Lembut suara Umi dari talian sebelah sana.
“Emm..InsyaAllah Umi, pagi esok kami balik.” Panggilan dimatikan. Telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja sudut di tepi katil.
Dipandang Sal yang kini sudah terbaring di tepinya. Zaujahnya itu suda lena agaknya. Perlahan, bibirnya mengucup dahi zaujahnya itu. Wajah ayu tanpa sebarang mekap itu ditatap. “ Kalaulah awak tahu perkara sebenar, mesti kita tak jadi macam ni.” Hati kecil Iem mengeluh.
Matanya dipejam rapat. Tenang saat zaujnya itu mengucup dahinya. Dia tidak pernah merasai perasaan sebegini. Ini kali pertama selepas majlis pernikahan mereka. Air mata terharu mengalir .
“ Saya minta maaf awak.” Hatinya berasa amat bersalah saat ini. Merahsiakan segala-galanya hanya kerana keegoan amat menyakitkan.

“Iem, kamu ok tak ni?” Pertnyaan Abi mematikan lamunannya.
“ Eh, emm.. Ok je. Kenapa Abi?” Iem cuba mengawal reaksi terkejutnya.
“ Iem, jujur dengan Abi, kamu bernikah ni sebab Abi semata-mata, atau dengan rela?” Abi menggenggam erat tangan anak kesayangannya itu.  Sungguh, Haji Umar amat menyanyangi anak bongsunya itu. Bukan kerana dia anak yang paling kecil, tapi kerana sifat Iem yang selalu menurut kata dan kehendak Abi dan Uminya itu.
“Abi, Iem bernikah kerana Allah. Abi jangan risau, Allah telah tunjukkan pada Iem yang Saliha itu jodoh Iem.” Senyuman dibuat-buat bagi menenangkan hati Abinya itu.
“Iem, dalam pernikahan itu kita cuma perlukan keyakinan, bukan cinta. Kalau kita saling meyakini bahawa pasangan kita itu adalah anugerah terindah yang Allah beri, insyaAllah kamu akan bahagia Iem.”
Iem memandang wajah pucat Abi. Perlahan, bahu Abi dirangkul. Seperti zaman kanak-kanak dulu, Iem merindui pelukan Abi.


“ Awak tak patut sentuh kotak tu tanpa kebenaran saya!” Iem melenting. Kotak kayu yang menyimpan segala memori itu dirampas kasar dari pegangan Sal.
“Saya tahu pernikahan ni bukan atas kehendak awak kan? Tapi kenapa awak buat saya macam ni?”
Mengalir air mata Saliha tatkala terbaca surat cinta yang dihantar oleh seorang wanita kepada suaminya itu. Dia boleh terima kalau surat itu adalah kengan lama, tapi membaca tarikh surat itu ditulis menyakitkan hatinya. Surat itu ditulis kira-kira seminggu lalu.
“Itu bukan hak awak! Jangan campur urusan saya!” Suara Iem meninggi. Sememangnya dia benar-benar tidak suka barangnya diusik tanpa kebenaran, terutama sekali kotak itu. Kotak yang membuat dia tersenyum dan kecewa dengan pelbagai kenangan selama ini.
“Tapi saya isteri awak!” Sal masih tidak mengalah.
“Isteri? Dua bulan kita bernikah, saya belum sentuh awak tau?” Sinis Iem mengingatkat zaujahnya tentang sejauh mana hubungan mereka selama ini.
Dummm! Daun pintu kamar dihempas kasar.
Sal terduduk. Pedih saat mendengar ucapan sinis dari zaujnya sendiri. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Murahnya dia dengan air mata. Tidak pernah dia melalui saat sepedih ini.

“ Kepada zaujku, CINTA ITU JANJI. Dua bulan lalu awak dah lafazkan satu janji.”

Iem terpandang pada satu nota yang diselit di bawah daun pintu bilik tetamu yang didiaminya. Sejak tiga malam lalu dia tidur sendirian. Hatinya mula dihambat rasa bersalah. Nota itu dicapai.
“Cinta itu janji. Hmm.” Keluhan halus disembur. “ Dia pernah cakap dia tak cintakan aku, tapi kenapa nak kecoh pasal surat tu? Gelabah betul perempuan ni.” Hatinya tertanya-tanya.
Iem melangkah menuju ke kamar isterinya. Pintu dikuak. Kelihatan Sal sedang sujud. Kakinya berhenti menapak. Menanti Sal selesai beribadah, matanya tidak lepas dari merakam segala tingkah laku isterinya.
“ Ya Allah, Engkau telah menentukan dia sebagai teman hidupku. Engkau juga tahu bahawa aku menerima lamarannya atas nama-Mu, selamatkanlah pernikahan ini ya Rabbi.” Sayu hatinya tatkala bersungguh-sungguh meminta pada Ilahi.
Tanpa disedari, rintik-rintik mutiara jernih mengalir di pipi Iem. Sebak dan terharu mendengar rintihan zaujahnya itu. Perlahan, Iem melangkah merapati Sal yang sedang menyangkut kain telekung dan membelakanginya .
Sal tersentak tatkala pinggangnya dirangkul oleh sepasang tangan. Hatinya berdebar-debar. Terasa hangat nafas suaminya berhembus di tengkuknya.
“ Surat itu tidak membawa apa-apa makna pada saya. Surat itu hanyalah secebis kisah lama saya. Dia bukan kekasih saya. Wanita yang menjadi kekasih saya dari dulu hanya seorang, iaitu Sal.” Tenang dan lembut Iem menuturkan rahsia hatinya.
Sal memejam erat matanya. Air matanya tumpah lagi. Kali ini tanda keharuan. Tidak disangka suaminya selama ini tidak membencinya. Meskipun dia sendiri telah mencalar hubungan sebelum ini, dia sendiri turut terasa pedihnya.
“Sal minta maaf sebab kecewakan dan permainkan awak sebelum ni. Demi Allah, Sal menerima lamaran Iem kerana rasa yang sama dengan Iem. Sal cintakan Iem.”
Sal berpusing menghadap Iem. Mata mereka yang masih mengalirkan air mata saling berpandangan. Iem tersenyum. Dakapan dieratkan.
“Semoga Allah memberkahi dan menyelamatkan pernikahan ini.”


“ Sal ok tak ni? Kita pergi kliniklah ye?” Iem mulai risau melihat keadaan zaujahnya itu.
“Tak  apa awak. Ok je ni.” Sal menolak ajakan Iem untuk ke klinik.
Iem menggelengkan kepala. “ Degil juga isteri aku ni.” Iem mengomel dalam hati. Tangan Sal dipegang dan ditarik menuruni anak tangga rumah mereka. Dompet dan kunci kereta yang berada atas meja di ruang tamu dicapai.
“ Dah, masuk dalam kereta.” Iem mengarahkan isterinya. Sal tanpa banyak cakap hanya menuruti kata-kata Iem. Enjin kereta dihidupkan. Mobil itu perlahan-lahan meninggalkan perkarangan banglo dua tingkat itu.
“Macam mana isteri saya Doktor?” Iem terus menyoal Dr. Syaina yang memeriksa Sal.
“Isteri awak ok, tak  ada masalah, Cuma..” “ Cuma apa Doktor?” Belum sempat Dr. Syaina menghabiskan kata-katanya Iem telah memintas. Cemas.
“ Cuma saya nak ucapkan tahniah, isteri awak hamil dua bulan.” Dr.Syaina tersenyum manis.
Iem terkejut. Bibirnya terus mengukir senyuman tatkala matanya bertaut dengan pandangan mata isterinya. Seulas senyuman dibalas. Sal mengangguk perlahan. Hatinya terasa bahagia saat mendengar khabar gembira itu.
Usai sahaja segala urusan, Iem menggenggam tangan Sal. Erat. Mereka berpimpin tangan menuju ke kereta.


7 bulan telah berlalu, hari-hari yang dilalui terasa indah bagi mereka. Ralit menghitung hari, menunggu saat yang membahagiakan, saat penyeri hidup yang dinantikan lahir ke dunia.
“Awak, rehatlah dulu, dari tadi asyik bergerak je.” Iem menggamit zaujahnya agar menghampirinya yang sudah berbaring di atas katil.
“Jom, kita dengar lagu ni. Saya suka la lagu ni, saya nak awak dengar juga.” Seraya, sebelah earphone dihulurkan.
Punat ‘Play’ ditekan. Perlahan-lahan alunan muzik mula kedengaran.

Hanya Dirimu yang ku cinta Takkan membuat aku jatuh cinta lagi Aku merasa kau yang terbaik buat diriku

Iem memandang wajah Sal. Dia tersenyum. Jemarinya membelai rambut Sal. Sal merapatkan mukanya ke dada Iem. Terasa hangat. Matanya dipejamkan. Lagu Tuhan Jagakan Dia nyayian Motif Band itu dihayati.

Walauku tahu kau tak sempurna takkan membuat aku jauh darimu Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Iemmerapatkan wajahnya merapati ubun-ubun zaujahnya. Tangannya erat merangkul bahu Sal. Matanya turut terpejam.

Tuhan jagakan dia Dia kekasihku,kan tetap milikku Aku sungguh mencintai Sungguh menyanyangi setulus hatiku





“Awak, sakitlah.” Perlahan-lahan Sal menapak menghampiri Iem yang sedang menonton siaran televisyen. Iem segera menoleh. Wajahnya bertukar cemas. Wajah Sal berombak menahan sakit.
Iem segera mendapatkan Sal. Kain yang dipakai zaujahnya kelihatan basah berwarna merah. Cemas.
Rintik-rintik peluh mula menerbit di wajah Sal. Iem mempercepatkan langkahnya seiringan dengan stretcher.
Kakinya tidak berhenti dari menapak. Dia mundar-mandir dihadapan pintu dewan bersalin. Haji Umar, Haji Idris, Hajah Aminah dan Hajah Faridah hanya memerhatikan gelagatnya.
Baru punggungnya hendak berlabuh di kerusi, pintu dewan bersalin dikuak dari dalam. Cepat-cepat Iem melangkah mendekati Dr. Syaina yang baru melangkah keluar.
Dr.Syaina tersenyum memandang wajah Iem.
“Tahniah, isteri encik selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik,  cuma isteri encik masih lemah dan perlu berehat.” Ujarnya sambil tersenyum menyerlahkan sikap profesionalnya itu.


Wajah Iem kelihatan lesu dan pucat. Mungkin kerana tidak cukup rehat. Hajah Aminah dan Hajah Faridah tersenyum melihat raut wajah kegembiraan pasangan muda itu.
“ Ha Iem, cepatlah azankan budak tu,bila lagi kamu nak tunggu?” Tegur Haji Umar tersenyum.
Iem tersenyum malu. Gembira menimang zuriat pertama sehingga terlupa tanggungjawabnya itu. Bayi kecil itu diambil dan dibawa melangkah ke sebuah tingkap. Bibirnya didekatkan di telinga kanan pewarisnya itu.
“Allahuakbar Allahuakbar..” Perlahan dia mengalunkan azan di telinga bayi itu. Seusai azan dan iqamat, Iem berjalan menuju ke katil isterinya.
“Saya nak namakan anak kita ni dengan nama Muhammad Aish Akalil - Mahkota Kehidupan Yang Terpuji, setuju?” Iem menyatakan hasratnya sambil tersenyum.
Sal hanya mengangguk lemah sambil tersenyum. Sungguh, dia juga setuju dan menyukai nama itu.
“Saya nak pergi solat Subuh kejap.” Iem mengucup dahi Sal, kemudian beralih mengucup bayi mereka.
Iem menapak perlahan. Matanya tiba-tiba kabur. Mulutnya tidak henti-henti menyebut nama Allah, Tuhan Yang Menghidupkan dan Mematikan.
Pranggg!! Bertabur peralatan perubatan yang tersusun di atas troli. Kelihatan Iem terbaring bersebelahan troli yang terbalik itu. Darah merah segar mengalir dari hidungnya.
Haji Umar dan Haji Idris bergegas mendapatkan Iem yang terbaring kaku. Hajah Faridah Dan Hajah Aminah segera ke arah yang sama.

Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Kelihatan beberapa orang saudara terdekat dan kenalan meninggalkan tanah kubur yang masih merah itu.
Hajah Aminah masih duduk di tepi kubur itu. Hajah Faridah turut bersamanya saat itu. Dari jauh kelihatan Saliha Hanis bersama bayinya yang berusia 5 bulan menuju ke arah ibu dan ibu mertuanya itu.
“Umi, kita balik ye?” Sal berusaha memujuk Hajah Aminah.
“Sal, beratnya ujian Allah pada Umi.” Hajah Aminah meluahkan rasa dukanya.
“Umi, sabarlah ya? Allah pasti menyayangi Umi.” Sal tetap berfikiran positif. Dia tahu apa yang dirasakan Hajah Aminah saat ini. Bahkan pastinya lebih menyeksakan.
Tiba di rumah, Hajah Aminah terus masuk ke kamar tidurnya. Dia menangis teresak-esak persis anak kecil yang dimarahi orang tuanya.
Sal dan Hajah Faridah memasuki kamar itu. Hajah Aminah cuba ditenangkan.
“ Sal, baru 5 bulan arwah Iem tinggalkan Umi, sekarang Abi pula tinggalkan Umi.” Hajah Aminah dibasahi air matanya sendiri. Dia tidak betah diuji sedemikian rupa.
“Umi,semua ini ujian Allah, sabarlah ya, semua ini mesti ada hikmahnya.” Sal tetap berusaha menenangkan ibu mertuanya itu. Hatinya turut dihambat pilu saat nama Iem disebut.
Iem pergi meninggalkan dia dan Aish hanya beberapa jam selepas putera tunggal mereka itu dilahirkan. Doktor mengesahkan bahawa Iem meninggal akibat barah otak yang dihidapinya sejak dua tahun lalu. Seorangpun tidak tahu hakikat yang disembunyikan oleh Iem.
“Sal,janji pada Umi yang Sal takkan pisahkan Umi dengan Aish ya?” Hajah Aminah meminta satu janji.Lagaknya seperti anak kecil.
“Insya-Allah Umi, Sal takkan sekejam tu. Aish sebahagian dari Umi juga.” Sal berusaha menenangkan Hajah Aminah.
Kelihatan Sal sedang berteleku diatas sejadah. Air matanya mengalir lagi saat terkenangkan arwah zaujnya yang talh pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu. Dia tertidur diatas sejadah itu.
“Tuhan Jagakan Dia.” Telinganya menangkap suara yang amat dirinduinya itu. Iem berjubah putih tersenyum padanya.
“Kita jumpa disana, tak lama lagi.” Iem tersenyum seraya menapak pergi.

0 comments:

Itu Janji (Bahagian 1)

"Kau ni kenapa Iem? Tak senang duduk aku tengok kau?" Teguran Afi mematikan langkahnya.
Pening kepalanya melihat si Iem ni.Petang ini dia nekad untuk mengetahui masalah sahabatnya itu.
"Perlu ke aku cerita pada dia?" Hatinya berbisik.
" Dah seminggu aku tengok kau macam ni. Bila kau online Facebook je mesti kau macam ni?Kenapa?" 
Afi tetap bertanya.Dia mahu tahu punca keresahan sahabatnya itu.Bukan baru sebulan dua,ataupun setahun dua,sudah 14 tahun mereka kenal.Sejak dibangku sekolah menengah lagi sampailah mereka bersama-sama di menara gading,dan kini tinggal serumah dalam berkerjaya ragam si Iem ni sudah hadam olehnya.
 "Aku..aku nak kahwin.." teragak-agak Iem meluahkan juga isi hatinya. Afi tergamam.Tidak disangka sahabatnya ini dah nak berkahwin.Setahunya, sahabatnya ini tidak bercinta.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hai,banyak skandal kau ye? Untung jadi hotstuff." Usik Afi sebaik melangkah masuk ke dalam bilik.
"Banyaklah kau punya skandal.Tu semua kawan aku lah.Yang dua orang budak batch lain tu adik-adik angkat aku lah." Tutur Iem menafikan.
"Mula-mula adik angkat,lama-lama terangkat kau nanti..hahaha." Galak Afi mengusik Iem.
"Sudah-sudah,jangan nak mengusik aku sangat nanti aku hebohkan satu kampus yang kau dengan Nina syok sakan berchenta chentun baru kau tau!" Iem tersengeh memberi amaran.Afi terdiam.
"Kurang ajaq hang! Ok, aku tak cakap dah pasal skandal ni semua.Ala bro,jangan marah ye.Aku tau la kau ni bukan jenis yang suka bercinta ni semua,kan?" Afi akhirnya mengalah."Iem,jangan risaulah,aku main-main je,tapi kan,kenapa kau takut bercinta ea?Dulu bukan main lagi,baru Tingkatan Dua kau dah bercouple.hehehe." Teringin juga  Afi mahu tahu puncanya. 
Iem sememangnya tidak suka dalam hal percintaan ini. Bukan kerana hatinya tidak terpaut pada mana-mana wanita,tetapi pengalaman lalu menjadikannya begini.
"Kau nak tahu juga ke?Tapi jangan cerita pada sesiapa tau?Janji?" Iem ingin janji diikat supaya rahsianya selama ini tetap tersimpan rapi."Okay,trust me,sahabat kan?" Afi mengikat janji.
"Semuanya sebab peristiwa dua tahun lepas..'' Iem mula membuka rahsianya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Iem tersenyum melihat seorang kawan perempuannya datang.Sudah pasti ada sesuatu yang dikirim dari wanita yang dipujanya.Macam bercinta zaman dulu-dulu pulak,main berkirim-kirim dekat orang.Mana taknya,masing-masing duduk berjauhan,tidak boleh bertemu.Nasib baiklah Iqa mempunyai rakan yang satu sekolah dengan wanita idamanya itu.
"Iem,nah surat dari dia.Apalah korang ni,zaman moden pun main bersurat-surat lagi.Hahaha." galak Iqa ketawa mengusik Iem.
"Alah,nak buat macam mana,aku pun tak tau dia nak bagi surat,selalu contact guna handphone je,aku pun pelik ni." Jujur,Iem sendiri tidak tahu mengapa kali ini surat yang dikirim.
"Hmm..yelah tu.Ok lah,aku pergi dulu tau,ada hal ni." Ujar Iqa dan berlalu pergi.
Iem menatap sepucuk surat bersampul merah.Tertera namanya sebagai penerima warkah itu.
Kepada: Muhammad Al-Hakiem Bin Haji Umar 
             " Assalamualaikum.. Akhi, pertama sekali ana ingin memohon maaf andai warkah ini akan membuatkan anta kecewa dan memarahi ana. Akhi, ana minta maaf kerana selama ini mempermainkan hati anta,bukan niat ana ingin melukakan hati anta. Akhi, sebenarnya ana tidak mencintai anta. Selama ini ana hanya berpura-pura sahaja. Ana minta maaf, tapi kita kena akhiri semua ini.Ana mahu berjaya,dan semestinya anta juga sebegitu,tapi ana tak rasa apa yang kita lakukan ini berada dalam keredhaan Allah. Akhi, sebuah kejayaan itu perlu ada keredhaan Allah. Akhi, CINTA ITU JANJI. Ana harap anta memahami apa yang ana ingin sampaikan. Mohon maaf.
                                                                                                           yang benar,
                                                                                                            Sal. "


Air mata bertakung di tubir mata. Nyaris air mata jantannya tumpah. Kecewa dengan apa yang berlaku.Dia tidak marah,cuma kecewa diperlakukan sebegitu rupa. Dia redha jika cintanya ditolak,tetapi dia tidak dapat menerima bahawa dia diperlakukan sedemikian rupa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
"Kau nak kahwin? Biar betul?" Afi seakan tidak percaya.Ya,Iem telah jatuh cinta,"Siapa perempuan tu?" Afi teruja ingin tahu.
"Ya,.Semalam mak aku telefon aku,dia nak aku kahwin cepat."Iem bercerita lagi.
"Hah?? Kau biar betul? Dengan siapa kau nak kahwin? " Terlopong mulut Afi mendengarnya. Ok,yang ni memang tahap serius,gila apa ni?!
"Next week,family aku akan masuk meminang. Perkahwinan yang diatur. Macam dalam novel kan?Nak tak nak,aku kena ikut jugak. Pilihan Abi aku." 
Iem melemparkan pandangannya ke halaman luar. Abi..air hangat mengalir dipipinya.Abi disahkan menghidap barah hati tahap akhir sejak setahun lalu. Iem sememangnya anak yang paling rapat dengan Abinya itu. Menolak permintaan Abi supaya dia mengahwini wanita yang tidak dikenalinya itu ternyata amat sukar.
"Oh, I see. I hope you can make a best decision. Iem, aku tak tahu nak cakap macam mana. Nah, dengar lagu ni."
     MP3 jenama Sony itu bertukar tangan. Earphone disumbat kedalam telinga. Punat "PLAY" ditekan lembut. Perlahan melodi menerjah ketelinga. Lagu Permata Yang Dicari nyanyian Dehearty mula dihayati.
Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi..Hatinya tiba-tiba terasa sesuatu.Sukar digambarkan. 
    Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku mendekatinya Kesopanannya memikat dihati Mendamaikan jiwaku yang resah ini. Benar,saat melihat dan mengenangkan kesopanan tutur bicaranya,hatinya terpaut.Tenang dan damai saat itu. Ya Allah jika dia benar milikku Dekatkanlah hatiku dengan hatinya Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.
     Iem tiba-tiba tersentak. Lirik ini seperti mengajarnya sesuatu. Dialah permata yang dicari selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia akanku miliki. Hatinya tiba-tiba tersentap. Benar,dia tidak mengetahui rencana Ilahi. Dia tidak tahu apa yang Allah sedang rencanakan dalam perkahwinan yang  diatur itu.
------------------------------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum. Ni saya tunang awak." Talian disebelah sana hanya menjawab salam dan kembali diam.
"Saya mahu tanya, awak betul-betul ke mahukan pernikahan ni?" Soal Iem tidak berlengah-lengah.
Dia tidak mahu kemudian hari dia akan berlaku zalim terhadap bakal isterinya itu. Dia tidak mahu jika bakal zaujahnya itu perlu mengorbankan cintanya pada lelaki lain.
"Tak apa,saya setuju dan rela dengan pernikahan ni. Awak jangan risau." Lembut tutur dari talian disebelah sana. Iem memejamkan matanya.
"Kalau macam tu, terima kasih.Assalamualaikum." Talian dimatikan. 
"Dia" memejamkan matanya."Betulkah keputusan aku ni?" Hatinya berbisik.Satu keluhan halus terhembus.
"Dia" teringat kisah lalu yang sekian lama tersimpan rapi dalam diari hidupnya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya.Tapi, tindakannya saat itu adalah wajar demi menjaga hubungan dengan Allah. Hatinya gundah.
Kaki dipaksa melangkah ke bilik air. Selang dua minit kemudian "dia" melangkah keluar. Telekung dicapai dan sejadah dibentang. " Allahuakbar.." perlahan dia mengangkat takbir, tapi masih boleh didengari dek telinganya.
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Maaf sebab saya tak beritahu tentang kedatangan saya ni." Iem mula membuka bicara. Dia nekad untuk melakukannya.
"Tak apa, tak jadi masalah pun. Tetamu, apa yang nak dikecohkan." Tersenyum Haji Idris memandang Iem.
Hajah Faridah melangkah masuk sambil menatang dulang berisi seteko air, tiga biji gelas dan sepiring kuih sebagai kudapan buat tetamunya.
"Pakcik,Makcik..sebenarnya saya.." Diam.Lidahnya tiba-tiba kelu.Haji Idris dan Hajah Faridah hanya tersenyum.Sabar menanti anak muda itu menghabiskan ayatnya.
"Saya ingin melamar anak Pakcik dan Makcik. Demi Allah, izinkan saya menikahinya meskipun kami saling tidak mengenali hati budi kami." Terluah jua. Hatinya kini lega. Dia yakin dengan pilihan Allah.
     Haji Idris dan Hajah Faridah saling berpandangan. Senyuman terukir dibibir masing-masing. Syarat yang anak gadis mereka tetapkan agar Iem sendiri datang melamarnya telah dipenuhi.

     Terlopong dirinya saat Hajah Faridah menelefon sebentar tadi. Sungguh tak disangka tunangnya itu sanggup datang berjumpa Ayah dan Ibunya. Benar, mereka telah bertunang, tapi dia hanya bersetuju untuk mengahwini Iem sekiranya Iem sendiri datang melamarnya, dan kini dia serba salah. Dalam tempoh dua bulan lagi mereka akan bernikah. Bernikah walaupun masing-masing menyimpan rasa yang berbeza.
----------------------------------------------------------------------------------------
     Pagi itu, semua sibuk menyediakan kelengkapan. Barang-barang dimasukkan kedalam but kereta.
Iem yang segak berbaju Melayu putih,bersampin benang perak hanya mendiamkan diri. Dia seolah patung bernyawa. Hanya membiarkan abang dan kakaknya membetulkan pakaiannya.
Punggung dilabuhkan kedalam kereta. " Bismillahilazi sakhorolana haza wamakunnalahu mukrinin wainnaila rabbana lamunqalibun." Doa diaminkan.
     Satu demi satu kereta dari sebelah pihak lelaki memasuki perkarangan masjid. Iem yang sememangnya telah berwudhuk sedari rumah terus melangkah masuk ke dalam masjid.Kakinya menapak ke satu sudut yang agak terceruk. "Allahuakbar.." Takbir diangkat.
Sepasang mata leka memerhati gelagat Iem. Seusai solat sunat memasuki masjid, Iem sekali lagi mendirikan solat sunat dua raka'at. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
"Assalamualaikum..awak yakin nak bernikah dengan saya? Belum terlambat untuk membatalkannya."
"Wa'alaikumussalam..saya yakin akan pernikahan ini. Awak datang melamar saya atas nama Allah, dan saya menerima awak juga atas nama Allah." 
Iem memandang bakal zaujahnya di belakang."Subhanallah! Cantik. Dengan sepasang baju kurung biasa berwarna putih,  bakal zaujahnya itu benar-benar kelihatan ayu.
"Aku terima nikahnya Saliha Hanis Binti Haji Idris dengan mas kahwinnya 500 Ringgit tunai."
Dengan sekali lafaz, mereka kini sah bergelar suami isteri. Iem mendekati zaujahnya itu. Sebentuk cincin dikeluarkan. Jari manis zaujahnya dicapai dan cincin disarungkan. Tenang hatinya saat Sal mencium tangannya. Spontan, bibirnya mengucup dahi zaujahnya itu.
" Saya tahu pernikahan ini atas kehendak keluarga, dan kita menerimanya atas nama Allah. Jika dalam hati tiada cinta, saya harap kita dapat menjaga hubunngan ini dihadapan semua orang."Bisik Iem memimpin zaujahnya itu melangkah keluar masjid.
"Awak telah melafaz satu janji tadi, kita cuba untuk penuhi janji itu. Awak, cinta itu janji." Balas Sal dan menapak menuju ke kereta. Iem terdiam. 
"Cinta itu janji.." Bisik hatinya.
  


6 comments:

"Ni pergi dulu.."

            "Weh,kami balik dululah ye dah nak masuk waktu Maghrib ni..Esok kita main lagi." Ucap Zirah sambil melangkah pulang seiring langkah kaki kakaknya,Dayah.
"Ok! Esok datang lagi tau!" Laung Kim sambil menutup pintu.
"Weh Kim! Kau tutup pintu tu buat apa? Muni nak masuklah.Kau tinggal je akak kau kat luar?" Jerit Zirah sedikit berang melihat gelagat Kim yang tidak menghiraukan kakaknya yang masih berada di luar rumah.
Pintu masih  terkatup rapi.Tiada sebarang reaksi.
Tangannya dipaut dari belakang. "Zirah,kau tak tahu ke aku dah pindah? Aku tak duduk dalam rumah ni dah." Tiba-tiba Muni menyapa dari belakang. " Eh? Bila kau pindah? tak tahu pun?" Terpinga-pinga Zirah apabila Muni kata begitu.
Matanya redup.Sayu memandang wajah temannya itu."Aku dah pindah belakang masjid.Datanglah ziarah aku."Senyum tawar menghiasi bibir pucat itu.
        " Astarghfirullahal'azim!"  Zirah mengucap panjang sebaik tersedar dari tidur.Rintik-rintik peluh di dahinya disapu."Ya Allah,mimpi ni lagi." Satu keluhan halus dilepaskan."Muni.." Air matanya menitik lagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mak datang tau hari selasa nanti. Ni nak mak ada waktu Ni nak exam."Ujarnya tatkala melabuhkan punggung ke dalam kereta.
"Ye,mak datang nanti..Mak datang dengan Abah petang tu." Senyuman mengiringi tatkala janji diutarakan.
Kereta Kia Citra hitam itu lantas bergerak meninggalkan teratak yang mula didiami kira-kira 19 tahun lalu.
Pandangan mata tua mereka akhirnya berkalih memandang sesama sendiri.Terasa sunyi petang Aidiladha itu apabila anak-anak telah pulang.
              Keesokan harinya, seusai solat Juma'at,Anum dan keluarganya bersiap-siap untuk pulang ke kampung suaminya di Kelantan.Beg-beg pakaian disumbat kedalam buntut kereta.Segala barang keperluan disiapkan dan disimpan.Khuatir tertinggal.Enjin kereta dihidupkan.Mobil itu mengundur kebelakang,dan menjadikan rumah teres dua tingkat itu di kirinya.Kepingan cermin disebelah penumpang diturunkan perlahan.Anum memandang adik-adiknya yang sedari tadi setia membantunya.
       "Jaga rumah elok-elok tau.Selasa nanti mak datang,jangan bergaduh pulak.Kalau ada apa-apa telefon Kak Num tau?" Bersungguh-sungguh Anum berpesan kepada adik-adiknya.
         Muni dan Kim hanya diam.Sesekali kepala dianggukkan.Senyuman tidak lekang dari wajah kedua-dua beradik itu. "Eh? Comel je aku tengok si Muni ni.Sebelum-sebelum ni biasa je?" Bisik hati kecil Anum.Hatinya sedikit pelik pada apa yang dilihatnya.Namun semua itu dibiarkan terbang ditiup angin.
         "Kim,jom buat kek lapis?Kamu bancuh macam biasa,nanti Ni kukuskan,boleh?" soalan diaju sebaik kaki melangkah masuk."Kek lapis?boleh je.'' lampu hijau diberikan.Peralatan dan keperluan yang dibawa dari rumah emak dikeluarkan.Plastik tepung digunting.Adunan diputar dengan tekun.
          "Muni! dah siap!" Laungan nyaring dari ruang tamu menyentap lamunan si gadis itu.Penat menyediakan bahan-bahan perwarna dan alatan mengukus tadi,tidak sedar jauh benar dia berkhayal.
          " Ala Kim,warna kuning dah habislah,nak buat macam mana ni?" Berkerut dahinya apabila bahan pewarna kuning telah habis."Emm..kita tak ada pewarna lain ke?" soal Kim teragak-agak.Muni lantas menuju ke kabinet dapur.satu per satu daun pintu dikuak.Tiba-tiba pandangan matanya tertancap pada satu botol berdekatan sinki.
           "Kim!ni ada la.Perwarna perisa keladi,warna ungu,ok tak?"Kim hanya mengangguk.''Boleh juga,kita cuba tengok best tak warna kek kita nanti.Hahaha."Ujar kim teruja."Tapi tak pelik ke nanti kek ni?" Kim akhirnya bersuara apabila bancuhan telah siap diwarna dengan empat warna berbeza dalam empat mangkuk bersaiz sederhana."Tak apa,ni kek kita,biar je.hahaha" Balas Muni sambil tertawa kecil.
Detik-detik berlalu menyaksikan Muni sibuk mengukus kek di dapur.Kim pula sedang sibuk melayari laman sosial "Facebook" diruang tamu."Kim,kamu nak makan apa malam ni?Kita beli je la ye?Ni penat la nak masak.Sat lagi ni keluar dengan kawan Ni,terus je pergi beli.kamu nak apa?"."Apa yang ada kat kedai tu?" soalan dijawab dengan soalan."Emm..burger ada,nak try laksam mee tak? Ni suka laksam mee kat kedai tu,sedap! Nanti Ni bawa kamu makan kat situ." Soalan dijawab bersungguh-sungguh."Ye ke?Emm..Tak nak laksam mee lah kalau macam tu..hahaha..tunggu Muni bawa Kim je nanti baru nak try..hehe..malam ni nak burger je..daging tau!haha." Dalam menjawab sempat lagi mengusik.

         Buku-buku yang bertaburan di ruang tamu itu dikemas semula.Rakan-rakanya akan tiba sebentar lagi.Akim masih menghadapkan wajahnya pada skrin komputer riba."Khusyuknya adik aku ni dengan laptop tu..ish,fikir nak STPM je minggu depan." Monolog sendiri tanpa ada yang mendengari.Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman.Lucu agaknya melihat adiknya itu.
         "Assalamualaikum!" Lamunannya terhenti apabila salam diberi.Bergegas ia membuka pintu.Seulas senyuman dihadiahkan buat para tetamu.Teman-teman yang dinanti telah tiba.Hatinya berbunga-bunga dikunjungi rakan-rakan baiknya itu.Kek lapis dikeluarkan dan dipotong-potong."Hmm..makan le ye,jangan tengok je..ni le kek yang aku janjikan dulu,tapi tak berapa sedap pulak kali ni." Dalam menjemput terdengar sedikit keluhan."Ish Muni ni,asyik tak sedap je,dari semalam bila masak kata tak sedap." Kim bermonolog sendirian.
        "Kim,nak ikut tak?Kami nak pergi pasar malam ni."Muni bertanya sambil bersiap-siap."Tak nak lah,macam le tak tahu yang Kim ni tak suka berjalan-jalan." Kim hanya tersengih-sengih menolak ajakan kakaknya itu.Muni mula merungut dengan perangai Kim.Untuk seketika Kim terpaksa mendengar leteran kakaknya itu.
"Ni tak ada jangan nak main api pulak tau.Tak payah nak masak apa-apa,Ni beli dekat pasar malam je nanti." Beriya-iya Muni berpesan.
"Alahai Muni,pesan macam apa je.Adik kau ni bukannya budak kecil lagi la."Ard bersuara sambil ketawa.Lucu melihat gelagat kawan baiknya itu.
"Eh,kecil tak kecil,aku sayang adik aku ni.Dia ni suka sangat masak Maggi la,goreng telur la."
"Ye Muni,Kim tak main api.Kim duduk depan TV ni je." Kim menjawab bagi meredakan kerisauan hati kakaknya saat itu.Seketika kemudian,bunyi enjin kereta kedengaran meluncur keluar dari tempat parkir kereta.
"Kim,bagi Ni online kejap.Asyik kamu je.Bolehlah,nanti kamu online je le." Ni bersungguh-sungguh mahukan adiknya memberi ruang untuk dia online Facebook.Lama benar rasanya dia tidak online.Komputer riba bertukar tangan.Jari jemari pantas menekan-nekan papan kekunci.
''exam dh tgl shari je lg....luse dh nk exam...arap2 dpt la jwb....x la aq blerrr....''
Status posted.Cepat-cepat  butang logout ditekan.Komputer riba diserah kembali."Kim,malam ni bagi Ni tidur atas tilam kuning tu.Malam ni je.Last,please?" Mintanya sambil sengih dibuat-buat."Emm..ambil le.."
Entah apa mood malam tu,Kim hanya menurut kehendak Muni.Selalunya mereka jarang bertolak ansur.Masing-masing mahu menang.

22 November 2010 :

      "Kim,jangan bangun lambat sangat tau, Ayah Ngah nak datang ambil barang-barang Iepi tau."
Dalam kelewatan untuk ke kelas tambahan,Muni masih sempat berpesan kepada adiknya yang masih nyenyak diulit mimpi.
      "Kalau Ni habis awal,Ni balik cepat,Ni pun nak jumpa Ayah Ngah." Mulutnya masih lancar berkata-kata walaupun Kim tidak membalas."Ayah Ngah sampai mesej Ni tau!" Masih lagi berpesan.
     
"Ayah Ngah sampai dah" -- Message Sent
New Message: ''Ni tengah kelas,kalau habis awal Ni balik cepat.Ni nak jumpa Ayah Ngah"
             "Assalamu'alaikum..Ayah Ngah balik dah ke?"Soalan terus diaju sebaik kaki melangkah masuk.
    "A'ah,Ayah Ngah nak balik awal,takut sampai lambat kat Kelantan nanti." Terlihat riak kehampaan diwajahnya.
           "Hmm..tak pe lah..Ni nak keluar dengan Kak Fatihah,nak pergi beli barang untuk exam esok tau.Jaga rumah elok-elok."Muni kelihatan kelam kabut pagi itu.Beg diletak dan sebungkus keropok dihulur.
           "Kamu habisakan ye,makan ni dulu.Nanti Ni balik Ni masak.Ni pergi dulu tau!" Kim bergerak ke muka pintu.Ceria wajah Muni.

Dalam jam 1.00 tengah hari,telefon Kim berdering. "New number?" hatinya tertanya-tanya.

"Hello?"disapa dalam ragu-ragu.Talian disebelah sana kedengaran tidak jelas.
"Hello,Kim! Ni kak Fatihah ni.Dik kami eksiden ni.Muni.." Talian terputus.
Telefon berdering lagi.Kali ini nombor lain pula. "Hello?"
"Hello,Kim!Muni eksiden,cepat datang hospital!"
"Ish,orang sorang-sorang je dekat rumah ni,macam mana nak pergi?Mak dekat kampung." Hatinya mula kehairanan."Takkan lah eksiden biasa-biasa nak kena pergi juga?"Hatinya masih binggung.
"Tak pe,tunggu sana,Abang Azam ambil."Talian diputuskan.
"Mak,Muni eksiden,Kim nak pergi hospital ni,nanti apa-apa Kim telefon mak."

Hospital Seri Manjung:
      Kaki melangkah dengan pantas masuk ke wad kecemasan. Kim masih terpinga-pinga.Tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Kimtidak percaya dengan apa yang dilihat oleh matanya saat ni. Sekujur tubuh yang amat dikenalinya itu sedang terbaring di atas strecher.
    "Adik ni waris mangsa ke?Mak ayah tak ada ke?" Soal pegawai di situ. 
    "Mak ada dekat Beruas,kami tinggal berdua je.Mak on the way ke sini."
     "Okay,adik sign kat sini,bagi tau mak tak payah datang sini,terus ke Hospital Ipoh.Kami kena hantar kakak awk ke sana."Jantung Kim tersentap.Seakan-akan mahu berhenti.Tandatangan cepat-cepat diturunkan.
    Kakinya pantas mengekori strecher ke dalam ambulans.Anak tangga ambulans dipijak,badan dipaksa masuk ke dalam.Telinganya menangkap satu suara yang dikenali,wajah dipaling ke belakang. "Mat,Muni..." Suaranya terhenti.Mamat,abangnya yang tua setahun menjenguk keadaan kakak mereka.Matanya turut berkaca.Seketika kemudian,ambulans meluncur laju menuju ke Hospital Ipoh. Ketika di Seri Iskandar, Muni membuka matanya dan meraba bahagian belakang kepalanya.Hati Kim mula riang,tetapi hanya seketika.Muni memejamkan matanya kembali.

Dari jauh Kim sudah dapat melihat wajah sugul ibunya.Sambil ditenteramkan oleh Kak Liza,Mak setia menanti .Strecher diturunkan.Air mata mula membasahi pipi Mak.Ditahan stecher seketika.Pipi pucat Muni dicium dan dahinya diusap.
        "Ni bangun ye sayang,jangan tinggalkan mak.Mak sayang Ni.Mak datang dah,mak dah janji nak jumpa Ni kan?Kuat ye sayang." Air mata berlinangan.Kak Liza turut tidak dapat menahan sebak,air matanya turut tumpah."Kak,sabar Kak.Biar diorang rawat Muni dulu." Kak Liza sehabis mungkin menenangkan Mak.
Beberapa lama kemudian,Chu membawa Mak dan Abah berjumpa Doktor yang memeriksa keadaan Muni.
"Pak Cik,saya tak boleh nak beri harapan pada Pak Cik dan Mak Cik.Keadaan pesakit amat mendukacitakan.Sel-sel otaknya telah mati.Peluang untuk hidup amat tipis.Jika hiduppun,dia tak akan sama seperti dulu.Dia akan memerlukan penjagaan rapi,seperti orang yang tiada upaya,OKU.Kami perlu hantar dia semula ke Hospital Manjung."
Abah terjelupuk saat mendengar perkhabaran itu,Kak Liza memeluk Mak agar tidak tumbang.Kim bergegas keluar ke tempat menunggu.Air matanya tumpah lagi."Ya Allah! Dugaan apakah ini?" Rintihnya pada Allah.Kim memeluk erat Mak,ditenangkan."Kim ikut Muni ye,Mak naik kereta ikut dari belakang.Mak tak sanggup nak tengok Muni macam tu." Pinta Mak dengan air mata yang berderaian.
Tiba di Hospital Seri Manjung,pesakit dihantar ke wad di tingkat atas. “Wad biasa?ICU?” Acik ‘A bertanya kepada kawannya itu. “ICU penuh,jadi kena jugalah tempatkan di wad biasa.Maaf Sa’a,aku boleh tolong ni je untuk anak saudara kau.” Ujarnya meminta difahami.Peralatan perubatan dipasang.Berselirat wayar di tubuh Muni.Seketika kemudian Mak dan Abah yang ditemani saudara terdekat memasuki wad yang menempatkan Muni.Keadaan semakin hiba.Masing-masing kelihatan sugul.Kim yang seharian tidak menjamah makanan Cuma sekadar sekeping roti canai seolah-olah lupa akan kelaparannya saat ini.Adik-beradik yang lain masih belum tiba.Anum dan Zizi masing-masing dalam perjalanan. Yu tidak dapat balik,peperiksaan akhir sedang berlangsung.
“Bang,jom kita pergi makan dulu.Dah pukul berapa ni,Abang pun tak makan lagi dari tadi.” Tiba-tiba Cik Mail bersuara.Cuba memujuk Abah untuk makan,walaupun sekadar mengisi perut.Pujukan berhasil. “Sekadar mengisi perut.”Bisik hati Abah.

"Kim ikut abang balik ea,dari siang tadi kamu dah uruskan Muni,jom balik ikut abang. Pagi esok kita datang balik."Pujuk Zizi. Kim hanya menurut saja. Hatinya berat mahu meninggalkan Muni. Sesampai di rumah Anum, setelah siap mandi, Kim naik ke bilik dan tidur.

Imbas Kembali
                Signal ke kanan diberikan. Motor yang ditunggangi oleh Muni dan Fatihah bergerak ke bahu jalan disebelah kanan. Sebuah kereta Proton Satria berwarna merah yang dinaiki sepasang kekasih berbangsa Cina bergerak laju ke dari arah belakang.
Dummmm!!!! Kereta  Satria itu menghentam motor yang dinaiki dua anak gadis itu. Fatihah tercampak ke bahu jalan. Muni tercampak ke cermin kereta. Merah! Cermin kerata itu merah disimbahi darah. Muka Muni melekap pada cermin,darah tersembur keluar dari mulutnya.
Panik! Pasangan itu panik. Pedal minyak terus ditekan. Tubuh di atas cermin tidak dihiraukan. Sekujur tubuh itu melambung ke tepi jalan. Melihat keadaan Muni, Fatihah berusaha mengesot merapati kawannya itu. Umum disekitar bergegas   mendekati tempat kejadian.  Amukan  dalam jiwa memaksa rata-rata mata yang menyaksikan menggerakkan kaki mengejar  si durjana bangsat yang tidak berhati perut! Pedal minyak tetap dipijak memaksa kereta terus memecut melarikan diri daripada kesalahan.
Nasibnya benar-benar malang,lampu isyarat yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian menghalangnya.Tiada walau secebis ruang untuknya melarikan diri lagi.Pintu kereta dibuka dengan kasar.Kolar bajunya disentap dengan kuat.Gedebuk! Sebiji penumbuk melekat di wajahnya.Panas mukanya menahan pedih.Cecair merah mengalir keluar dari hidung.Dia kini dikerumuni orang ramai yang jelas terpancar kemarahan dalam mata mereka.
Pada masa yang sama,sebuah kereta berhenti.Kedua-dua tubuh yang terbaring di atas jalan diangkat masuk ke dalam kereta.Pedal minyak ditekan dan meluncur laju menuju ke hospital.Darah terus mengalir dari kepala Muni.Matanya terpejam.Tubuhnya kaku tidak bergerak.

23 November 2010 :
Sepulangannya dari kedai membeli sarapan,Kim dan Zizi terus bersiap-siap untuk ke hospital semula.Tidak mahu lambat-lambat untuk menjenguk Muni.Enjin kereta diseberang jalan dihidupkan.Sesampai di hospital,kelihatan ramai saudara mara dan sahabat handai menziarahi pesakit-pesakit di wad itu .Wajah sugul Mak masih setia menunggu di sisi katil.
“Ni baju yang Abang Din bagi.” Beg plastik berisi sepasang baju bertukar tangan. Anum yang tiba dari Kelantan terus sahaja ke hospital.Tidak mahu bertangguh untuk menjenguk adiknya itu. Anum lantas menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menukar pakaian.
Siang hari di wad itu,pelbagai wajah bersilih ganti melawat Muni.Tapi sekujur tubuh itu tetap kaku. “Kim pergi solat kejap.” Tuturnya berlalu pergi.Seusai solat fardhu Zohor empat raka’at itu,tangannya pantas diangkat memanjatkan doa pada Ilahi yang berkuasa dalam soal hidup dan mati.
“Ya Allah,Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sembuhkanlah kakakku ya Allah.Janganlah Engkau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami hadapi ya Rahman.Ya Rabb,jika sudah sampai perjanjian antara Engkau dengannya,ambillah dia dan jangan Engkau seksa dia sebegitu rupa.Tabahkan hati kami ini ya Allah.” Terasa sebak saat harapan itu dilafazkan.Bukan kerana tidak sayang,tetapi kerana sayang itu telah menidakkan hati untuk terus melihat Muni terseksa sebegitu rupa.
Suasana malam itu sedikit tegang gara-gara ketidak puasan hati beberapa orng waris pesakit terhadap sikap tidak professional yang ditunjukkan oleh seorang Doktor pelatih dan beberapa kakitangan.
“Apa susah sangat ke nak datang periksa orang tua ni?Kalau dia mati lepas kau periksa aku tak ralat la!” Tengking seorang lelaki dalam lingkungan 30-an kepada seorang Doktor pelatih. “Kalau yang tengah sakit ni bapa kau,dan Doktor tu buat benda yang sama,baru kau sedar ke ha?Aku panggil minta elok-elok periksa,yang kau sedap berbual bergelak ketawa!” Amuk lelaki itu.
Orang ramai hanya mendiamkan sendiri,sekadar menjadi pemerhati.Suasana pilu kembali menyelubungi ruang itu tatkala Doktor mengesahkan kematian pesakit tadi.Tidak lama kemudian,Yu tiba bersama-sama seorang saudara.Seusai memeluk Mak bersama linangan air mata,dia bergegas mengambil wuduk.Surah Yasin yang dimashafkan dicapai dan suaranya mula mengalunkan Kalamullah yang diwahyukan kepada Habibullah Muhammad S.A.W  melebihi 1400 tahun lampau.Suasana sepi menyelubungi wad.Alunan bacaan Yassin menjadi halwa telinga saat ini.
24 November 2011:
Seusai menunaikan solat fardhu subuh, Yu bergegas pulang ke kampus.Meskipun berat hati mahu meninggalkan,namun atas nasihat Mak,akhirnya dia akur.Peperiksaan akhir tetap perlu dihabiskan.
“Ayah Ngah dalam perjalanan.” Perkhabaran yang disampaikan oleh Ya sedikit melegakan hati Mak dan Abah.Ayah Ngah,adik Abah yang juga bapa angkat Muni sahaja masih belum tiba menjenguknya.
Kereta diparkir kemas.Enjin dimatikan dan pintu dibuka.Kakinya pantas menapak menuju ke wad.Isterinya dibiarkan menunggu anak mereka yang tidak sihat.
“Muni,Ayah Ngah datang ni.Bangun ye kuatkan semangat.”Kata-kata semangat dibisikkan di telinga.Sebaknya tertahan. “Sabar Yob,sabar.” Ujarnya sambil memeluk erat abangnya,Abah.
Jam menunjukkan waktu sudah menghampiri 3.10 petang. “Kim,ajar Muni mengucap.” Arah Mak.Tanpa banyak soal,Kim menuju ke katil pesaki.Mulutnya dihampirkan ke telinga Muni.
“Ikut Kim mengucap ye Ni, Asyhadual la Illah ha illallah,Muhammadur Rasulullah..” Sebak masih cuba ditahan lagi. “Asyhadual la Illah ha illallah,Muhammadur Rasulullah..”Kalimah suci itu diulang kembali.Air mata tertahan ditubir mata. “Asyhadual la Illah ha illallah,Muhammadur Rasulullah..”Kali ini dia kalah.Air matanya tumpah kembali.Tidak sanggup menahan sedih.
“Maaf,tolong beri laluan untuk kami periksa pesakit.Ahli keluarga diminta ke tepi.” Pinta Doktor untuk memeriksa pesakit.Tirai hijau ditarik dan menghalang pandangan setiap anak mata.
Sepi.Suara masing-masing terhenti.Apakah?Sebentar tadi  semua yang berhimpun bagaikan mahu tercabut jantung melihat kiraan degupan jantung Muni yang amat perlahan dan kerap terhenti.
“Emm.. Pak Cik..Mak Cik..saya harap dapat bertenang..Anak Pak Cik tak dapat diselamatkan.”
Kata-kata yang ibarat petir itu benar-benar meremukredamkan hati mereka. Mak terduduk dengan air mata yang tidak putus-putus berhenti.Wajah Abah benar-benar bagaikan putus nyawa.Anum kelihatan mahu pengsan.Ya tidak melepaskan pelukan suaminya,benar hatinya amat perit.Zizi menghadapkan wajah ke luar jendela.Air matanya cuba disembunyikan dari terlihat,ternyata tumpah jua.Kim memeluk erat Mak.Sungguh dia tidak dapat menerima berita ini.Kim,yang pertama menemui arwah mula-mula kemalangan,dan dia yang terakhir mengajar ucapan “Asyhadual la Illah ha illallah,Muhammadur Rasulullah”.Wajah anak-anak saudara yang masih kecil dipandang.Masing-masing menangis sepertinya memahami Achik mereka telah pergi buat selama-lamanya.Air mata anak-anak kecil it uterus mengalir.Wajah Ainna kelihatan berat menanggung pemergian Achiknya itu.Wajah kosong Naufal dengan untaian air mata memilukan hati.Begitu juga wajah sugul Alya dan wajah sepi Danny,seolah-olah mereka mengerti benar akan keperitan ini.
Suasana benar-benar pilu.Setiap mata yang berada saat itu bagaikan tidak henti-henti mengalirkan air mata.Setelah perbincangan selesai,kata sepakat diputuskan Mak dipapah menuju ke kereta. “Kita bawa balik.Kebumi dekat sana.Rindu-rindu apa-apa hal sengan Eli nak ziarah.” Putus Mak saat Abah meminta jawapan tentang tempat persemadian terakhir arwah.
“Kim nak uruskan sampai semua selesai! Alang-alang tangan ni yang mula uruskan dari mula,biar sampai selesai.” Tegas Kim saat disuruh pulang mengikuti Abah.Semua tidak membantah.Masing-masing tahu perasaan setiap yang terlibat.Zizi memahami.Diajak adik bongsunya itu ke rumah mayat untuk bersama-sama menguruskan jenazah.Mat yang turut berada di situ hanya mengekori sahaja.Mat kelihatan sugul.Kecewa mungkin kerana tidak dapat berada di sisi arwah buat kali terakhir.Bukan tidak sayangkan kakak,jika bukan kerana menduduki SPM sudah lama dia melekat di sisi katil itu.
Seusai pembedahan lanjutan,jenazah ditutupi semula dengan memakaikan baju sejuk milik Zizi.Itulah pakaian yang digunakan untuk menutup aurat jenazah.Sekujur tubuh yang kaku itu diangkat dan dimasukkan ke dalam van jenazah berwarna hijau itu.Beberapa ketika kemudian,van itu mula bergerak meninggalkan persekitaran rumah mayat.
Jarum jam menunjukkan telah hampir pukul 10.00 malam.Mat terpaksa memujuk hatinya untuk pulang ke asrama.Wajah murungnya dipaksa menghadiahkan sebuah senyuman kepada Mak.Wajah Muni dikucupi buat kali terakhir.

25 November 2011 :
Batang tubuh Kim yang terbaring bersebelahan jenazah digoyangkan.Tidak tersedar entah bila dirinya tertidur.Seingatnya sebentar tadi dia sedang membaca al-Quran,bertadarus bersama-sama Anum dan Yu.Terkebil-kebil matanya tersedar dari lena.Kehadiran Zirah lengkap berpakaian sekolah sedikit sebanyak membantu ia kembali kea lam nyata.Dengan pipi dibasahi air mata,wajah pucat Muni dikucupi. “Maafkan kami Muni,kami tak dapat nak tunggu lama.Kami kena pergi sekolah,SPM.” Bisik hati Zirah.Tubuhnya menghampiri mak.Dipeluk erat tanda turut berduka cita.
 “Kim,jom ikut abang,kita pergi beli barang.”Ajak Zizi.Kim hanya mengangguk.Wajah dicuci dan seluar panjang disarung.Tidak lama kemudian kereta WIra berwarna merah hati itu meluncur meninggalkan kawasan rumah.
“Hari tu abang ada bersembang dengan Doktor tu.Dia cakap kalau ikutkan dari keadaan,sepatutnya Muni tu dah meninggal hari dia kemalangan tu juga.Sebenarnya kita ni macam dah simpan mayat selama tiga hari.Janrung dia je yang berfungsi,yang lain semua dah mati.Badan dia pun dah mula mereput.”Hatinya tersentap saat kisah sebenar keadaan arwah diceritakan.Walaupun nada yang dituturkan Zizi amat sayu,perkhabaran itu benar-benar tidak disangka.
Setiba di rumah,kelihatan orang ramai telah mula memenuhi persekitaran.Kaki dilangkah memasuki bilik.Tuala dicapai dan menuju ke rumah jiran untuk menumpang mandi.
Meskipun bekalan elektrik terputus,pengurusan jenazah tetap perlu dijalankan.Rumah itu mulai sesak dek kunjungan orang ramai tanpa henti.Pelik,rumah itu tidak terasa panas dan sesak.Jenazah telahpun siap dimandikan dah telah dikafankan.Cuma bahagian wajah yang masih tidak ditutup untuk tatapan terakhir.Seorang demi seorang  adik-beradik mengucupi dahi Muni buat kali terakhir. “Eh,lain macam pulak wajah si Muni ni.Nampak berseri-seri pulak,lain dari selalu.”Bisik hati Cik Mail saat kaki melangkah masuk menziarah jenazah untuk kali terakhir.
Wajah pucat tapi nampak berseri-seri.Itulah gambaran keadaan Muni pada saat-saat terakhir.Wajah itu ditutup buat selama-lamanya.Perlahan-lahan pandangan mata dihalangi dek helaian kain putih.Siap semua,jenazah diangkat ke atas pengusung.Bacaan selawat dan puji-pujian terhadap Allah dan Rasul-Nya.Pengusung beroda perlahan-lahan ditolak menuju ke tanah perkuburan.Kim masih setia membantu menolak pengusung.Hatinya masih terasa pilu.Perjalanan dan menemani buat kali terakhir.Lamunannya terhenti saat tiba di Masjid Taufiqiah untuk mendirikan solat jenazah.
Saatnya makin hampir.Jenazah berbalut kain putih itu diangkat merapati lahad.Perlahan-lahan disemadikan di persemadian terakhir itu.Dengan penuh tertib dan berhati-hati tubuh itu dibaringkan menghadap ke arah Baitullahil Haram nun di Makkah.Potongan-potongan papan disusun menutupi jenazah.Perlahan-lahan tanah dikambus.Sedikit demi sedikit ruang itu kian tertutup.
“Bismillahhirrahmannirrahim.Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala..”


Bacaan talkin mula kedengaran sayu-sayu kedengaran.Seusai doa diaminkan,mereka anak beranak mula mendekati pusara yang masih merah itu.Air disiram  dan bunga ditabur.Berat rasa hati mahu menapak pergi.Akhirnya Mak mengalah.Mak akur untuk bergerak pulang.Walaupun air mata masih menitis,Mak mula menapak pulang. “Ni,mak balik dulu,esok mak datang balik jenguk Ni.”Air mata mengalir lagi saat janji itu diucapkan.Yang tinggal hanya Zizi dan Kim. Kim menanti Zizi untuk pulang bersama-sama. “Ni,esok abang datang lagi.” Seraya itu Zizi menunduk dan wajahnya mencium tanah perkuburan itu.Air matanya menyirami pusara itu buat kali terakhir.
Dalam melangkah pulang,Kim berpaling seketika memandang pusara baru itu.“Jangan lupakan Muni,dan jangan meratap pemergiannya.” Bisik hati kecilnya dan dia terus menapak pergi.


* Diolah daripada sebuah kisah benar.

6 comments: