E-mail: KimPutra.94@gmail.com

Kamu yang BERPURDAH tu!

"Berpurdah tidak menjadikan kamu sebagai seorang yang terasing,
tetapi menjadikan kamu sebagai seorang yang dipandang dan dihormati"
-
Azren Putra 

Walaupun terdapat khilaf tentang hukum pemakaian purdah (dikenali juga sebagai niqab), tapi tak salah sekiranya anda mahu berpurdah. Purdah pada asalnya hanyalah budaya pemakaian masyarakat Arab. Macam kita orang Melayu, budaya bersongkok, bersampin tu semua.

Kenapa berpurdah? Sebenarnya macam-macam alasan untuk seseorang itu berpurdah. Ada yang pakai sebab famili menggalakkan, adik-beradik pakai, dan macam-macam lagi.

Aku pun ada kawan-kawan yang berpurdah,walaupun bukan sejak dulu pakai purdah. Kawan-kawan aku tu ialah Farah Amani dan terbaru, Nur Amalina Amran yang baru je pakai purdah sejak masuk sem 2 hari tu. Mungkin pada asalnya dia pakai atas faktor kesihatan diri dia.
(dia ada masalah kulit jika terkena cahaya matahari,tapi bukan albino; tu yang dimaklumkanlah,wallahu'alam)

Nur Amalina Amran kata:
" Aku rasa selamat kot. Even aku duduk kat mana-mana, sorang-sorang pun, tak da orang nak pandang and kisah,macam lebih selamat. And aku rasa selesa kot, sedih kalau kena buka. Lagipun dengan berpurdah aku dapat control sikit adab aku, banding dengan dulu macam orang gila, sekarang makin okay."
"Purdah bukanlah satu dimensi yang memerangkap kebebasan wanita, tetapi bertindak sebagai pewujud dimensi yang membentuk akhlak dan budi melalui kesabaran dan ketabahan melalui pemakaiannya."  - Azren Putra 


Wanita Berpurdah
Berbalik pada isu purdah ni, aku suka sangat tengok orang yang berpurdah. Ni pandangan akulah kan, wanita berpurdah ni sangat berbeza. Bukan berbeza sebab nampak macam kuno, purba, ortodok sangat beragama,tak! Bukan tu maksud aku, mereka ni berbeza sebab mereka sangat BERANI!

BERANI:

Wanita berpurdah ni sangat berani sebenarnya. Berani mengambil risiko untuk mendapat kritikan dan pelbagai pandangan masyarakat. Rata-rata yang memakai purdah sering disindir sebagai "bajet alim"
(* Oi! Biarlah,kot-kot dia yang berpurdah tu memang alim!huhuhu..sorry,teremosional pulak) tapi mereka ni tetap nak berpurdah, tetap mahu menjaga kehormatan diri.

Bagi aku,wanita berpurdah ni EKSKLUSIF:

Ya, mereka ni aku pandang sebagai aset yang eksklusif. Sebab apa?
(biarlah aku nak pandang macam tu..haha)
Sebab, wajah dia hanya dilihat oleh kerabat dan sahabat wanita yang terdekat sahaja.
Yang paling penting, wajah dia hanya diperlihatkan kepada zaujnya sahaja, tidak kepada lelaki-lelaki yang lain.


Bukan tu je tau, wanita berpurdah ni bertindak sebagai PENYEJUK MATA dan HATI

ha, this is maybe just for me, tapi mungkin juga ramai lelaki nak sokong
(*sokonglah aku...janganlah biar aku je..uhuk uhuk :P )
Bagi akulah kan, sangat seronok bila terpandang perempuan yang berpurdah ni. Mereka nampak cool, tenang je.  Memanglah kita tak dapat tengok mereka senyum, tapi itulah keajaibannya.

Bak kata Nur Amalina Amran, berpurdah dapat membantu mengawal adab. Aku setuju dengan pandangan dia yang ni.
 Rata-rata (mungkin semua) memiliki adab yang baik dan disenangi oleh orang lain. Itu yang membuatkan golongan berpurdah ni sebagai golongan yang istimewa dan menarik.

Aku ada tanya kawan-kawan yang lain tentang pandangan mereka terhadap golongan berpurdah ni.
Syafiq Jahari cakap golongan ni berada pada satu level yang lebih tinggi daripada kita
 (kita tu merujuk aku,dia dan golongan yang masih bertatih dalam Islam )
Nabilah Rozaiman pula cakap dia sangat respect pada golongan ni.
Damya Talha pula cakap mereka ni nampak ayu kerana hanya nampak mata.*
Faisha Liyana pula kata dia suka lihat orang berpurdah kerana individu itu nampak terpelihara diri.
Kawan aku di UIAM, pula memberi pandangan yang cukup berbeza, Katanya;
"Pada pandangan aku, orang yang pakai purdah niat kerana Allah, dia adalah orang yang 

sangat bertuah..sebab Allah yang pakaikan dia purdah, Allah yang pilih dia untuk ditinggikan

darjatnya..Pada pandangan aku, orang yang pakai purdah niat kerana Allah, dia adalah 

orang yang sangat bertuah..Dan sebagai orang disekeliling mereka, kita sepatutnye hormat

dan terima apa yg dilakukan dan orang begitu sangat hebat nilainya..Mungkin betul macam 

kau kata, orang sebegini akan dapat pasangan sebaik mereka juga, tetapi andai jodoh mereka 

dengan orang yang kurang baik akhlaknya, yang tak mungkin dapat memimpin mereka, 

mereka harus fikir setiap yang Allah beri, ada hkmahnya..sepatutnye, kaum adam harus 

mengajak isteri-isteri mereka, anak-anak perempuan mereka, ibu merka, dan saudara-

saudara perempuan mereka melakukan perubahan yang lebih baik, dan mungkin juga

berpurdah..Nilai secebis kain itu mampu mengubah darjat seorang hamba disisi RABBnya.."

* NAMPAK AYU KERANA MATA 
Pandangan ini dilihat sebagai satu pandangan yang tidak matang. Tetapi menarik untuk dibincangkan bersama-sama. Rupa paras seseorang itu bukan dinilai berdasarkan matanya. Pandangan mata selalunya menipu kita. Bukankah ada istilah "dari mata jatuh ke hati" ?Kerana itu kita diajar untuk menjaga pandangan mata kita.
Terdapat satu kisah yang diriwayatkan mengatakan bahawa kisah ini berkaitan dengan seorang ahli sufi bernama Hassan al-Basri.

Dikisahkan dalam kitab berjudul Jawahirul Bukhari, bahawa pada zaman mudanya, Hassan al-Basri merupakan seorang lelaki yang tampan.
Pada suatu hari, beliau terpandang dan terpikat pada seorang wanita muda dan mengekori wanita itu. Menyedari itu, wanita tersebut wanita itu berkata kepadanya;
" Wahai pemuda, apakah kamu tidak malu? Malulah kepada Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang ada dalam hati."
Wanita itu terus berlalu pergi, tetapi Hassan al-Basri tetap mengekorinya. Wanita itu bertanya lagi;
"Mengapa engkau terus mengekori aku?''
Maka Hassan al-Basri menjawab;
"Aku terpesona dengan matamu yang cantik."
"Baiklah, oleh kerana kamu mencintai mataku ini, tunggulah sebentar di sini dan sebentar lagi aku akan berikan apa yang kamu kehendaki." Balas wanita itu dan terus memasuki rumahnya.
Tidak lama selepas itu, seorang pembantu keluar menemui Hassan al-Basri dan memberinya sebuah kotak yang tertutup. Beliau membukanya dan terkejut kerana dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata. Pembantu itu berkata;
" Tuan aku berkata bahawa dia  tidak memerlukan sepasang mata yang menyebabkan seseorang itu terpesona kerananya."
Ternyata, beberapa hari kemudian wanita itu meninggal dunia dan Hassan al-Basri bermimpi menemui wanita tersebut. Beliau memohon supaya wanita itu menghalalkan dan memaafkan kesalahannya.

Begitulah hebatnya kuasa mata dan fitnahnya. Sesungguhnya, wanita berpurdah bukanlah kerana mahu lelaki jatuh hati kepadanya hanya kerana mata mereka. Dan, golongan lelaki pula seharusnya tidak terus-menerus dihanyut desakan nafsu hanya kerana indahnya mata seseorang itu


Walau apapun pandangan orang terhadap golongan berpurdah, aku yakin mereka mempunyai ketabahan dan kesungguhan yang tinggi dalam diri. Sincerely, I'm respect them so much!
" Wanita berpurdah berada dalam satu lingkungan teratas dalam kalangan wanita. Mereka ini terdidik untuk menjaga adab dalam satu lingkaran kesabaran dan kerendahan diri apabila mereka seperti diabaikan, padahal mereka dijauhi bagi mengelakkan mereka menjadi rosak. Itu satu penghormatan yang wujud secara tidak langsung dalam diri seseorang apabila berhadapan dengan golongan ini. Mereka secara tidak langsung mengangkat pasangan mereka sebagai orang yang beruntung tika berdamping, didoakan dalam ucapan pujian. Sesungguhnya golongan ini ibarat mawar berduri yang cantik, sukar didekati tetapi merupakan penawar sebagaimana fitrah penciptaannya."  ( Azren Putra)

------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : Entry ni ditulis (ditaip :p ) selepas aku ditanya pendapat tentang wanita berpurdah oleh seorang teman lama. Bukan tu saja, aku tulis ni sebab isu pengharaman hijab di beberapa negara Eropah.
INI BUKAN PUJIAN TERHADAP SESEORANG INDIVIDU SECARA KHUSUS, TETAPI PUJIAN BUAT SEMUA WANITA YANG BERANI DAN EKSKLUSIF, IAITU WANITA BERPURDAH.
THIS IS MY OPINION; TAK SETUJU TAK APA,TAK PAKSA. INI PANDANGAN SAHAJA (^.^)


13 comments:

  1. nice one kim. keep it up! asenye lg best kalo ade selitkan ayat2 Qur'an. at least blh gak share2 en.... insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah lepas ni..kesuntukan masa :)

    ReplyDelete
  3. NICE one..tp kn..sy xstuju la ngan gambar yg last tuh..pkai purdah..tp nmpk lengan.. =.='
    *ooppss..terkomen plak..hee

    ReplyDelete
  4. ha'ah lah,okay i'll remove..TQ untuk teguran tu :)

    ReplyDelete
  5. kalo org arab yg abg jumpa kat genting,
    isteri pakai purdah,
    tetapi suaminya pakai t shirt nampak pusat dgn seluar jeans pendek koyak nampak lutut,
    jadi berfikirlah abg sejenak,
    purdah hanya fesyen rupanya.

    ReplyDelete
  6. maaf, memakai purdah bukan budaya arab. anda boleh baca di sini.
    http://insanbiasayglemah.blogspot.com/2012/03/purdah-niqab-perspektif-dari-4-mazhab.html?m=1

    ReplyDelete
  7. nice entry :) follow me back maybe?
    tq
    theazlinmisri.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Nurulain: oh ye ke?sebab pernah baca ttg pandangan Sheikhul Azhar berkaitan isu pengharaman purdah di France,beliau kata purdah budaya Arab (dlm mukadimah dia)

    ReplyDelete
  9. Purdah... kalau di UPM, mengikut peraturan, semasa peperiksaan akhir semester di larang memakai purdah.

    Saya tak kisah pun orang nak pakai purdah atau tak. Ia budaya bagi saya. Tapi saya tak suka apabila ada yang mengatakan pemakaian purdah wajib. Samalah kalau kita kata, "Hari Jumaat wajib pakai baju Melayu."

    Seriously kalau ada orang pakai purdah terus saya tak nak dekatinya. Sebab beranggapan dia tu minah Arab. =P

    ReplyDelete
  10. hahaha..agaklah.. ia budaya yg bukan kewajipan

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Entry yang menarik. :)
    Actually, I am the one who terbukak pintu hati nk berpurdah tp masih lg takut2. Sy hanya mmpu berdoa pd ALLAH supaya suatu hari nnt sy akan berpurdah. Amin. Ade jgk cuba2 memakai purdah dlm bilik asrama, al maklumlah uitm xbg student berpurdah dalam kampus. :)

    Haa, sy ade mndpt info yg pompuan arab memakai purdah sbb mereka golongan yg dekat dgn zaman nabi dan kt arab ade sihir yg dikenali sbg sihir ain iaitu sihir melalui mata. Lelaki arab yg kurang baik besenye mengamalkan sihir ini apabila berkenan terhadap wanita, jd wanita2 arab memakai purdah bg mengelakkan drp terkena sihir tersebut. Yelah, ble da pkai purdah mane lelaki tu nak tahu wanita tu cantek ke x, silap sihir yang xcantek menyesal ann.hihihi

    Btw, mohon curi gambar yg kt atas tu. Comel. Nak bt dp FB..hehe.Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas 3 tahun akhirnya baru baca komen ni hahaha..nampak sangat tak aktif blog aherherher

      Delete