E-mail: KimPutra.94@gmail.com

MELAYU SRIVIJAYA: Keagungan Sebuah Survival



SRIVIJAYA: Keagungan Melayu, Survival dan Undangan Islam ke Nusantara.


Srivijaya merupakan sebuah Empayar Melayu Purba yang wujud ratusan tahun lampau di Sumatera. Srivijaya dikenali dengan berbagai nama seperti Sanfotsi atau San Fo Qi oleh orang Cina, Yavadeh (Pali), Zabaq (Arab) dan Melayu (Khmer).

Srivijaya dipercayai diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa, seperti yang tercatat dalam Prasasti Kedukan Bukit bertarikh 605 saka (683 Masihi) bersama 20,000 angkatan tentera dari Minanga Tamwan ke Metayap.

Walaupun masih terdapat perdebatan, sejarawan umumnya meyakini bahawa Sri Jayanasa berasal dari Tanah Melayu dan Minanga Tamwan juga terletak di Tanah Melayu.

*(Atas persepakatan tersebut, membuktikan bahawa Parameswara bukanlah pelarian politik, sebaliknya pemerintah yang meninggalkan ibu kotanya ke kawasan taklukan yang lain, seperti Sultan Mahmud Shah yang meninggalkan Kota Melaka dan berundur ke Johor dan Kampar yang masih di bawa kuasa baginda)

Srivijaya merupakan empayar besar yang menguasai Sumatera, Tanah Melayu membawa ke Champa.

Srivijaya berkembang sebagai kuasa maritim yang menguasai perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.

Pusat bandar utama Srivijaya ialah Palembang, Muara Jambi, Kedah dan Chaiya.

Ketika era kegemilangannya, Srivijaya merangkumi 15 negeri iaitu
1) Chou-Ju-Kua; Pong-fong (Pahang)
2) Tong-ya-nung (Terengganu)
3) Ling-ya-si-kia (Langkasuka)
4) Kilan-tan (Kelantan)
5) Fo-lo-an (Dungun)
6) Ji-lo-t'ing (Cherating)
7) Ts'ien-mai (Semawe,Semenanjung)
8) Pa-t'a (Sungai Paka, Utara Semenanjung)
9) Ta-ma-ling (Tambralinga/Ligor/Nakhon Sri Thammarat)
9) Kia-lo-hi (Krabi)
10) Pa-lin-fong (Palembang)
11) Sin-t'o (Sunda)
12) Lan-wu-li (Lamuri di Aceh)
13) Kien-pi (Jambi)
14) Si-lan (Kemboja).

Pengaruh Srivijaya meluas sehingga berlaku penghijrahan masyarakat Melayu ke Madagascar, Borneo dan Filipina (Sulu dan Visayas).
Pada kurun ke-10, Kerajaan Tondo yang berada di bawah pengaruh Srivijaya ditubuhkan di Manila.

Candi Borobodor dan Universiti Nalanda yang merupakan pusat pengajian agama Buddha dibina ketika kegemilangan Empayar Srivijaya.

Kejatuhan Srivijaya bermula akibat serangan Rajendra Chola I pada 1025 yang menyebabkan ibu kota Srivijaya di Kadaram (Kedah) ditawan dan Maharaja Sri Sangrama Vijayatunggavarman ditawan.

Kekuasaan Srivijaya mulai melemah apabila banyak negeri taklukannya ditawan dan membebaskan diri lalu membentuk kekuasaan politik baru seperti Kediri dan Singhasari.

Menjelang tahun 1292, Kerajaan Srivijaya jatuh sepenuhnya dan menggugah tradisi pemerintahan Istana Melayu. Namun, pada 1324 seorang putera warisan Srivijaya bernama Sang Nila Utama telah mendirikan Kerajaan Temasek/ Singapura Lama.

Serangan Siam antara tahun 1330-1334 memaksa pewaris Sang Nila Utama, iaitu Parameswara untuk mengundur diri dan mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka tumbang setelah diserang oleh Portugis dari Barat dan mewariskan:

1) Kesultanan Johor
1528-kini: Bermula dari Sultan Alaudin Riayat Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Melaka, namun Sultan Mahmud Shah Ibni Sultan Ibrahim Shah merupakan Sultan terakhir dari keturunan Diraja Melaka yang mangkat pada 1699 tanpa waris.
Takhta diwarisi oleh Wangsa Bendahara bermula dengan Sultan Abdul Jalil IV dan berakhir denga Sultan Ali pada 1877.
Seterusya takhta Johor dipegang oleh Wangsa Temenggung bermula pemerintahan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim Ibni Temenggung Abdul Rahman.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan Sultan Johor ke-25 dan Sultan ke-5 dari Wangsa Temenggung bermula tahun 2010.

Sultan Ibrahim  Johor

2) Kesultanan Perak
1528-kini: Bermula dengan Sultan Mudzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Melaka sebagai Sultan Pertama. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahulah Shah merupakan Sultan Perak ke-34 yang bermula 3 Februari 1984.



Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Perak
3) Kesultanan Pahang
1470-kini: Bermula dengan Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Mansur Shah Melaka sebagai Sultan Pertama, namun pemerintahan langsungdari keturunan Diraja Melaka secara faktanya tamat pada tahun 1617 apabila Sultan Ahmad Shah Ibni Sultan Abdul Kadir Alaudin Shah ditawan oleh Sultan Iskandar Muda dari Aceh.
Pahang kemudiannya diletakkan dibawah pemerintahan Sultan Johor sehingga tahun 1699. Bermula tahun 1688, Wangsa Bendahara telahpun menguasai pemerintahan Negeri Pahang oleh Tun Habib Abdul Majid Bin Sayyid Zainal Abidin Bin Sayyid Abdullah Al-Idrus sehinggalah perlantikan Tun Abdul Jalil Bin Tun Habib Abdul Majid sebagai Sultan Johor pada 1699.
Pada tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad secara rasmi ditabalkan sebagai Sultan Pahang Wangsa Bendahara pertama dengan gelaran Sultan Ahmad Muazzam Shah Ibni Raja Bendahara Tun Mutahir.
Kini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah merupakan Sultan Pahang ke-5 dari Wangsa Bendahara.

Sultan Haji Ahmad Al-Musta'in Billah Pahang
Empayar Melayu Srivijaya yang mula diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa telah melalui detik-detik kegemilangan yang agung. Demi memastikan kelangsungan warisan keagungan Empayar Melayu Srivijaya bertahan sebagai bukti kehebatan bangsa Melayu, titisan zuriat diraja agung ini terpaksa mengharungi pelbagai peristiwa getir. Meskipun telah lahir bermacam-macam Kesultanan Melayu sebagai pewaris Srivijaya, ternyata Kesultanan Melayu Perak merupakan survival tunggal yang masih bertahan.

Istimewa tentang Empayar Srivijaya ialah, seorang Maharajanya telah mengutus surat kepada Khalifah Islam meminta disebarkan dakwah Islam di jajahannya, jauh beratus tahun lebih awal dari permintaan Maharaja Mutsuhito Meiji dari Jepun.

Pada tahun 100 Hijrah (718 Masihi), Maharaja Sri Indravarman telah menghantar sepucuk surat kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang berbunyi:

" Dari Raja segala Raja (Malik Al-Amlak)- yang berketurunan seribu raja, yang kandangnya berisi beribu gajah, dan kawasan taklukannya adalah dua sungai, yang mengairi tanam-tanaman, wangi-wangian, pohon pala, dan kapur barus, yang harumnya semerbak 12 batu jauhnya. Kepada Raja Arab, yang tidak menyekutukan tuhan selain tuhan yang satu (Allah), beta telah menghantar hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan, dan beta berharap agar anda mengirim seseorang yang dapat mengajarkan ajaran Islam dan undang-undangnya."
*( Catatan Ibnu Rabbih: 860-940M)

1 comment:

  1. Saya ada membaca sebuah buku tulisan Syed Naquib al-attas terbitan UKM. Sejarah Islam dalam budaya Melayu. Bagus buku tu untuk bacaan anda. Antara isi yang saya suka, Syed Naquib menekankan bahawa Hindu-Buddha tidak pernah memajukan masyarakat Melayu seluruh pelusuk kerana pertama bahasa yang digunakan iaitu bahasa Sanskrit yang terhad kepada golongan raja sahaja. Kedua, ia hanya bersifat seni sahaja.

    Apabila Islam datang, orang Melayu mula mendapat pendidikan menyeluruh dari peringkat bawah hingga atas kerana al-Quran bersifat menyeluruh. Disuruh baca dari rakyat biasa sampailah Sultan.

    Kerana itu banyak manuskrip falsafah Melayu banyak ditulis dalam tulisan Jawi dan bukannya Jawa ataupun Sanskrit. Hanya ukiran sahaja banyak Hindu-Buddha.

    ReplyDelete