Itu Janji (Bahagian 1)
"Kau ni kenapa Iem? Tak senang duduk aku tengok kau?" Teguran Afi mematikan langkahnya.Pening kepalanya melihat si Iem ni.Petang ini dia nekad untuk mengetahui masalah sahabatnya itu.
"Perlu ke aku cerita pada dia?" Hatinya berbisik.
" Dah seminggu aku tengok kau macam ni. Bila kau online Facebook je mesti kau macam ni?Kenapa?"
Afi tetap bertanya.Dia mahu tahu punca keresahan sahabatnya itu.Bukan baru sebulan dua,ataupun setahun dua,sudah 14 tahun mereka kenal.Sejak dibangku sekolah menengah lagi sampailah mereka bersama-sama di menara gading,dan kini tinggal serumah dalam berkerjaya ragam si Iem ni sudah hadam olehnya."Aku..aku nak kahwin.." teragak-agak Iem meluahkan juga isi hatinya. Afi tergamam.Tidak disangka sahabatnya ini dah nak berkahwin.Setahunya, sahabatnya ini tidak bercinta.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hai,banyak skandal kau ye? Untung jadi hotstuff." Usik Afi sebaik melangkah masuk ke dalam bilik.
"Banyaklah kau punya skandal.Tu semua kawan aku lah.Yang dua orang budak batch lain tu adik-adik angkat aku lah." Tutur Iem menafikan.
"Mula-mula adik angkat,lama-lama terangkat kau nanti..hahaha." Galak Afi mengusik Iem.
"Sudah-sudah,jangan nak mengusik aku sangat nanti aku hebohkan satu kampus yang kau dengan Nina syok sakan berchenta chentun baru kau tau!" Iem tersengeh memberi amaran.Afi terdiam.
"Kurang ajaq hang! Ok, aku tak cakap dah pasal skandal ni semua.Ala bro,jangan marah ye.Aku tau la kau ni bukan jenis yang suka bercinta ni semua,kan?" Afi akhirnya mengalah."Iem,jangan risaulah,aku main-main je,tapi kan,kenapa kau takut bercinta ea?Dulu bukan main lagi,baru Tingkatan Dua kau dah bercouple.hehehe." Teringin juga Afi mahu tahu puncanya.Iem sememangnya tidak suka dalam hal percintaan ini. Bukan kerana hatinya tidak terpaut pada mana-mana wanita,tetapi pengalaman lalu menjadikannya begini.
"Kau nak tahu juga ke?Tapi jangan cerita pada sesiapa tau?Janji?" Iem ingin janji diikat supaya rahsianya selama ini tetap tersimpan rapi."Okay,trust me,sahabat kan?" Afi mengikat janji.
"Semuanya sebab peristiwa dua tahun lepas..'' Iem mula membuka rahsianya.-------------------------------------------------------------------------------------------------
Iem tersenyum melihat seorang kawan perempuannya datang.Sudah pasti ada sesuatu yang dikirim dari wanita yang dipujanya.Macam bercinta zaman dulu-dulu pulak,main berkirim-kirim dekat orang.Mana taknya,masing-masing duduk berjauhan,tidak boleh bertemu.Nasib baiklah Iqa mempunyai rakan yang satu sekolah dengan wanita idamanya itu.
"Iem,nah surat dari dia.Apalah korang ni,zaman moden pun main bersurat-surat lagi.Hahaha." galak Iqa ketawa mengusik Iem.
"Alah,nak buat macam mana,aku pun tak tau dia nak bagi surat,selalu contact guna handphone je,aku pun pelik ni." Jujur,Iem sendiri tidak tahu mengapa kali ini surat yang dikirim.
"Hmm..yelah tu.Ok lah,aku pergi dulu tau,ada hal ni." Ujar Iqa dan berlalu pergi.Iem menatap sepucuk surat bersampul merah.Tertera namanya sebagai penerima warkah itu.
Kepada: Muhammad Al-Hakiem Bin Haji Umar
" Assalamualaikum.. Akhi, pertama sekali ana ingin memohon maaf andai warkah ini akan membuatkan anta kecewa dan memarahi ana. Akhi, ana minta maaf kerana selama ini mempermainkan hati anta,bukan niat ana ingin melukakan hati anta. Akhi, sebenarnya ana tidak mencintai anta. Selama ini ana hanya berpura-pura sahaja. Ana minta maaf, tapi kita kena akhiri semua ini.Ana mahu berjaya,dan semestinya anta juga sebegitu,tapi ana tak rasa apa yang kita lakukan ini berada dalam keredhaan Allah. Akhi, sebuah kejayaan itu perlu ada keredhaan Allah. Akhi, CINTA ITU JANJI. Ana harap anta memahami apa yang ana ingin sampaikan. Mohon maaf.
yang benar,
Sal. "Air mata bertakung di tubir mata. Nyaris air mata jantannya tumpah. Kecewa dengan apa yang berlaku.Dia tidak marah,cuma kecewa diperlakukan sebegitu rupa. Dia redha jika cintanya ditolak,tetapi dia tidak dapat menerima bahawa dia diperlakukan sedemikian rupa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
"Kau nak kahwin? Biar betul?" Afi seakan tidak percaya.Ya,Iem telah jatuh cinta,"Siapa perempuan tu?" Afi teruja ingin tahu.
"Ya,.Semalam mak aku telefon aku,dia nak aku kahwin cepat."Iem bercerita lagi.
"Hah?? Kau biar betul? Dengan siapa kau nak kahwin? " Terlopong mulut Afi mendengarnya. Ok,yang ni memang tahap serius,gila apa ni?!
"Next week,family aku akan masuk meminang. Perkahwinan yang diatur. Macam dalam novel kan?Nak tak nak,aku kena ikut jugak. Pilihan Abi aku."Iem melemparkan pandangannya ke halaman luar. Abi..air hangat mengalir dipipinya.Abi disahkan menghidap barah hati tahap akhir sejak setahun lalu. Iem sememangnya anak yang paling rapat dengan Abinya itu. Menolak permintaan Abi supaya dia mengahwini wanita yang tidak dikenalinya itu ternyata amat sukar.
"Oh, I see. I hope you can make a best decision. Iem, aku tak tahu nak cakap macam mana. Nah, dengar lagu ni."
MP3 jenama Sony itu bertukar tangan. Earphone disumbat kedalam telinga. Punat "PLAY" ditekan lembut. Perlahan melodi menerjah ketelinga. Lagu Permata Yang Dicari nyanyian Dehearty mula dihayati.
Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi..Hatinya tiba-tiba terasa sesuatu.Sukar digambarkan.
Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku mendekatinya Kesopanannya memikat dihati Mendamaikan jiwaku yang resah ini. Benar,saat melihat dan mengenangkan kesopanan tutur bicaranya,hatinya terpaut.Tenang dan damai saat itu. Ya Allah jika dia benar milikku Dekatkanlah hatiku dengan hatinya Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.
Iem tiba-tiba tersentak. Lirik ini seperti mengajarnya sesuatu. Dialah permata yang dicari selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia akanku miliki. Hatinya tiba-tiba tersentap. Benar,dia tidak mengetahui rencana Ilahi. Dia tidak tahu apa yang Allah sedang rencanakan dalam perkahwinan yang diatur itu.
------------------------------------------------------------------------------------------
"Assalamualaikum. Ni saya tunang awak." Talian disebelah sana hanya menjawab salam dan kembali diam.
"Saya mahu tanya, awak betul-betul ke mahukan pernikahan ni?" Soal Iem tidak berlengah-lengah.
Dia tidak mahu kemudian hari dia akan berlaku zalim terhadap bakal isterinya itu. Dia tidak mahu jika bakal zaujahnya itu perlu mengorbankan cintanya pada lelaki lain.
"Tak apa,saya setuju dan rela dengan pernikahan ni. Awak jangan risau." Lembut tutur dari talian disebelah sana. Iem memejamkan matanya.
"Kalau macam tu, terima kasih.Assalamualaikum." Talian dimatikan.
"Dia" memejamkan matanya."Betulkah keputusan aku ni?" Hatinya berbisik.Satu keluhan halus terhembus.
"Dia" teringat kisah lalu yang sekian lama tersimpan rapi dalam diari hidupnya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya.Tapi, tindakannya saat itu adalah wajar demi menjaga hubungan dengan Allah. Hatinya gundah.
Kaki dipaksa melangkah ke bilik air. Selang dua minit kemudian "dia" melangkah keluar. Telekung dicapai dan sejadah dibentang. " Allahuakbar.." perlahan dia mengangkat takbir, tapi masih boleh didengari dek telinganya.
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Maaf sebab saya tak beritahu tentang kedatangan saya ni." Iem mula membuka bicara. Dia nekad untuk melakukannya.
"Tak apa, tak jadi masalah pun. Tetamu, apa yang nak dikecohkan." Tersenyum Haji Idris memandang Iem.
Hajah Faridah melangkah masuk sambil menatang dulang berisi seteko air, tiga biji gelas dan sepiring kuih sebagai kudapan buat tetamunya.
"Pakcik,Makcik..sebenarnya saya.." Diam.Lidahnya tiba-tiba kelu.Haji Idris dan Hajah Faridah hanya tersenyum.Sabar menanti anak muda itu menghabiskan ayatnya.
"Saya ingin melamar anak Pakcik dan Makcik. Demi Allah, izinkan saya menikahinya meskipun kami saling tidak mengenali hati budi kami." Terluah jua. Hatinya kini lega. Dia yakin dengan pilihan Allah.
Haji Idris dan Hajah Faridah saling berpandangan. Senyuman terukir dibibir masing-masing. Syarat yang anak gadis mereka tetapkan agar Iem sendiri datang melamarnya telah dipenuhi.
Terlopong dirinya saat Hajah Faridah menelefon sebentar tadi. Sungguh tak disangka tunangnya itu sanggup datang berjumpa Ayah dan Ibunya. Benar, mereka telah bertunang, tapi dia hanya bersetuju untuk mengahwini Iem sekiranya Iem sendiri datang melamarnya, dan kini dia serba salah. Dalam tempoh dua bulan lagi mereka akan bernikah. Bernikah walaupun masing-masing menyimpan rasa yang berbeza.
----------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, semua sibuk menyediakan kelengkapan. Barang-barang dimasukkan kedalam but kereta.
Iem yang segak berbaju Melayu putih,bersampin benang perak hanya mendiamkan diri. Dia seolah patung bernyawa. Hanya membiarkan abang dan kakaknya membetulkan pakaiannya.
Punggung dilabuhkan kedalam kereta. " Bismillahilazi sakhorolana haza wamakunnalahu mukrinin wainnaila rabbana lamunqalibun." Doa diaminkan.
Satu demi satu kereta dari sebelah pihak lelaki memasuki perkarangan masjid. Iem yang sememangnya telah berwudhuk sedari rumah terus melangkah masuk ke dalam masjid.Kakinya menapak ke satu sudut yang agak terceruk. "Allahuakbar.." Takbir diangkat.
Sepasang mata leka memerhati gelagat Iem. Seusai solat sunat memasuki masjid, Iem sekali lagi mendirikan solat sunat dua raka'at. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
"Assalamualaikum..awak yakin nak bernikah dengan saya? Belum terlambat untuk membatalkannya."
"Wa'alaikumussalam..saya yakin akan pernikahan ini. Awak datang melamar saya atas nama Allah, dan saya menerima awak juga atas nama Allah."Iem memandang bakal zaujahnya di belakang."Subhanallah! Cantik. Dengan sepasang baju kurung biasa berwarna putih, bakal zaujahnya itu benar-benar kelihatan ayu.
"Aku terima nikahnya Saliha Hanis Binti Haji Idris dengan mas kahwinnya 500 Ringgit tunai."Dengan sekali lafaz, mereka kini sah bergelar suami isteri. Iem mendekati zaujahnya itu. Sebentuk cincin dikeluarkan. Jari manis zaujahnya dicapai dan cincin disarungkan. Tenang hatinya saat Sal mencium tangannya. Spontan, bibirnya mengucup dahi zaujahnya itu.
" Saya tahu pernikahan ini atas kehendak keluarga, dan kita menerimanya atas nama Allah. Jika dalam hati tiada cinta, saya harap kita dapat menjaga hubunngan ini dihadapan semua orang."Bisik Iem memimpin zaujahnya itu melangkah keluar masjid.
"Awak telah melafaz satu janji tadi, kita cuba untuk penuhi janji itu. Awak, cinta itu janji." Balas Sal dan menapak menuju ke kereta. Iem terdiam.
"Cinta itu janji.." Bisik hatinya.
terharu la.. kalau buat sambungan dia lagi best.. huhu ..gud job!! teruskan..!! XD
ReplyDeleteeh ko buat la byk2.. pastu share kat fb.. hehe boleh la nk baca selalu ke kan.. ;p
ReplyDeletewoho...jiwang la akim...! haha... thumbs up la..!! tak sangke ade mengalirnye darah penulis dlm salur darah ko tu yek... haha... btl la inaz ckp,kene wat smbungan ni....cm tergantung.. ke..tak?? huhu..pape pon, tabik spring toing2 la for this story... (^_^)
ReplyDeletetgah buat part II le..lepak le..tgu2..hahaha
Deletepanjang gila!!!!
ReplyDeletenk wat smbungan???rajin.....jgn smpai tak study udah... da siap gtau!! hehe
ReplyDelete