BERUAS: Peradaban Yang Dimitoskan
Beruas kini merupakan sebuah mukim kecil dalam Daerah Manjung. Berkurun sebelum itu, Beruas merupakan tapak dua buah kerajaan purba yang menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa. Gangga Negara dan Kerajaan Melayu Beruas yang gemilang dengan kapal-kapal dagang berlabuh. Banyak bahtera mudik ke pelabuhan tidak terkira berapa banyaknya. Dari ketinggian istana di atas bukit, terpancarlah kemegahan dan kepesatan dua kerajaan, diatas tapak yang sama tetapi dengan susur masa yang berbeza.
Beruas merupakan tapak awal pensejarahan beradaban Melayu Perak. Bahkan, Beruas merupakan pusat kemasukan Islam dan mewujudkan sejarah Islam dan Melayu di Perak. Dua buah kerajaan purba iaitu
Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Melayu Beruas pernah bertapak dan wujud di
Beruas dengan pembuktian artifak-artifak sejarah yang kini dipamerkan di Muzium
Beruas. Namun begitu, bukanlah mudah untuk merungkai misteri tarikh serta
lokasi kewujudan dan keberadaan kedua-dua kerajaan ini.
GANGGA NEGARA
Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Haji Abdul
Hamid Zamburi, berdasarkan buku Geographike
Huphegesis yang ditulis oleh Ptolemy sekitar 150M ada menyebut tentang
sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea
Cheronesvs (Golden Khersonese/Semenanjung Emas; iaitu merujuk kepada
Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan Coconagara seakan-akan menyamai
sebutan Gangga Negara. G. Coedes dalam The
Indianized States of Southeast Asia berpendapat bahawa Coconagara itu
terletak di tebing Sungai Dinding, sementara Kolonel Low pula mencadangkan
ianya terletak di Sungai Dinding dan Beruas. Jika perkara ini tepat, maka
ketamadunan Melayu di Beruas telah wujud sekurang-kurang sejak abad kedua tahun
Masihi, iaitu merujuk kepada tahun penulisan Ptolemy.
Menurut catatan Hikayat Merong
Mahawangsa, Gangga Negara telah diasaskan oleh anakanda Merong Mahawangsa yang
bernama Raja Ganjil Sarjuna. Kerajaan ini terletak di kawasan Beruas, sekitar
selatan Gunung Bubu, kea rah timur Bukit Segari dan di tepi Sungai Dendang.
Kerajaan ini turut merangkumi kawasan Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Bidor,
Tanjung Rambutan dan Sungai Siput, selain berubah-ubah dipercayai ekoran
perubahan aliran sungai.
Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan
Melayu-Hindu. Gangga Negara dipercayai sempena nama Sungai Ganges di India,
manakala negara bererti negeri dalam
bahasa Sanskrit. Empayar Gangga Negara musnah ekoran serangan dan penjarahan
Raja Rajendra Chola Deva I dari Coromandel, India sekitar 1025-1026. Dipercayai
bahawa Raja Gangga Negara, iaitu Raja Gangga Shah Johan terkorban dalam
peperangan tersebut.
KERAJAAN MELAYU BERUAS
Gangga Negara digantikan oleh
sebuah kerajaan Melayu-Islam yang terkemudiannya, iaitu Kerajaan Beruas. Sebelum
Kerajaan Beruas ditubuhkan, kawasan ini dikenali sebagai Belukar Sambang. Nama
ini disebabkan kawasan bekas Kerajaan Gangga Negara yang gersang. Seterusnya,
kawasan ini dikenali sebagai Beruas, bersempena pokok Beruas yang banyak tumbuh
di sekitarnya. Beruas ialah sejenis buah menyerupai manggis.
Buah Beruas |
Menurut catatan, Kerajaan Beruas
diasaskan oleh Malik Al-Mansur, iaitu seorang putera dari Samudera-Pasai (dalam
wilayah Acheh) yang dibuang negeri oleh kekandanya, Sultan Malik Al-Mahmud.
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan bahawa selepas kemangkatan Sultan
Muhammad Az-Zahir sebagai pemerintah Kerajaan Pasai, ayahandanya Sultan Malik
Al-Salih (Merah Silu) menyatukan pemerintahan Kerajaan Samudera dan Kerajaan
Pasai.
Setelah kedua-dua putera Sultan Muhammad Az-Zahir dewasa, Sultan Malik
Al-Salih akhirnya menyerahkan takhta Kerajaan Pasai kepada Sultan Malik Al-Mahmud,
manakala taktha Kerajaan Samudera diserahkan kepada Sultan Malik Al-Mansur pada
1336. Pada tahun 1346, Sultan Malik Al-Mahmud dari Kerajaan Pasai telah
menyerang dan mengusir Sultan Malik Al-Mansur dari Kerajaan Samudera. Hal ini
disebabkan tindakan Sultan Malik Al-Mansur yang mengambil seorang perempuan
(berkemungkinan gundik) dari Istana Pasai milik Sultan Malik Al-Mahmud. Sultan
Malik Al-Mansur meninggalkan Samudera dan menubuhkan Kerajaan Beruas. Oleh itu,
adalah diperkirakan bahawa Kerajaan Beruas ditubuhkan diantara tahun 1346-1347,
iaitu sebelum Kesultanan Melaka bermula.
Sultan Malik Al-Mansur turut
dibantu oleh dua sahabat baik baginda, iaitu Samsul Baharin dan Daik Ismail
sebagai pembesar negeri. Pemerintahan Beruas diteruskan oleh Shamsul Baharin
dan Daik Ismail selepas ketiadaan Sultan Malik Al-Mansur. Sehingga kini, masih
terdapat sebuah bukit yang bernama Bukit Shamsul Baharin sebagai bukti
kewujudan tokoh ini.
Kerajaan Beruas berkembang
sebagai sebuah kerajaan perdagangan dengan pelabuhan yang besar dan hasil
utamanya adalah bijih timah. Seteru utama Kerajaan Beruas ialah Kerajaan
Manjung yang berjiran dengannya. Menurut Sejarah Melayu, seorang Raja Beruas
pernah datang menghadap Sultan Mahmud Shah (1488-1511)
di Melaka memohon bantuan untuk menyerang Kerajaan Manjung. Sultan Mahmud
Shah berkenan membantu dan menyerang Kerajaan Manjung. Kerajaan Manjung
akhirnya diperintah oleh Kerajaan Beruas dibawah pengawasan Melaka. Raja Beruas
dikurniakan gelaran Tun Aria Bija Diraja. Sebagai balasan terhadap naungan keatas
Beruas, Raja Beruas membayar ufti sebanyak enam ribu timah setiap tahun.
Hubungan Kekerabatan Kesultanan
Johor Lama, Perak dan Beruas dapat dilihat melalui perkahwinan kerabat diraja
Beruas yang terakhir dengan kerabat-kerabat Bendahara Johor Lama dan Kesultanan
Perak.
Keluarga Diraja Beruas
(yang dapat dikesan di
penghujung keberadaan Kerajaan Beruas)
1) Tun Aria Bija Diraja Beruas,
Raja Beruas mempunyai anak:
1A) Tun Said
1A) Tun Said
1B) Orang
Kaya Tun Rana; mengahwini Tun Minda Binti Sri Nara Wangsa Tun Abdullah Bin Seri Nara Diraja Tun Ali. Mempunyai seorang anak, Dato’ Singgora.
1C)
Tun Lela Wangsa
1D)
Tun Mah
2) Tun Sebat (Puteri Siat), saudara perempuan Raja
Beruas.
Dikahwinkan dengan Tun Isap
Berakah Bin Bendahara Paduka Raja Tun Khoja Ahmad Bin Bendahara Paduka Tuan
Tun Pikrama Bin Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Perkahwinan ini dikurniakan tiga
orang putera;
2A) Tun Amat (Tun Pikrama Wira)
2B) Tun Mahmud (Seri Akar Diraja), berkahwin dengan Tun Mah Binti Tun Aria Bija Diraja Beruas
2C) Tun Biajid (Bendahara Seri Maharaja Johor), mengahwini Tun Munah Binti Tun Hassan Bin Tun Biajid Rupat Bin Bendahara
Seri Maharaja Tun Mutahir dan dikurniakan empat puteri:
1) Tun Hidap, mengahwini Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai
Bin Bendahara Tun Nara Wangsa Tun Mahmud Bin Bendahara Seri Nara Diraja Tun
Tahir Bin Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali; dikurniakan anak:
1A) Tun
Jahid
1B) Tun Kechil (Tun Dharmapala
Johara), mengahwini Raja Mahmud Bin Raja Asif Bin Sultan Khoja Ahmad
(Sultan Siak). Dikurniakan putera; Sultan
Mudzaffar Shah II Jalilullah, Sultan Perak kesepuluh.
2) Tun Cateria, mengahwini Seri Akar
Diraja Tun Merkah. Dikurniai anak bernama Tun Sadah.
3) Tun Mas Ayu, mengahwini Raja Muhammad
Bin Sultan Mudzaffar Shah I Ibni Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak).
4) Tun Mas Jiwa, mengahwini Temenggung Tun
Ibrahim dan dikurniai seorang anak, Dato’ Botan.
Penerokaan sejarah Beruas menjadi
makin aktif selepas lawatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfurlah ke Beruas pada awal tahun 1986. Ekspedisi arkeologi di Beruas
turut mencuri tumpuan Raja Muda Perak ketika itu, Almarhum Raja Ahmed Sifuddin
Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah.
Sehingga kini, telah ditemui
pelbagai artifak dan bukti arkeologi di sekitar Beruas. Serpihan tembikar, manik,
wang lama, meriam dan pelbagai lagi dipamerkan di Muzium Beruas. Terdapat kesan
bangunan di sekitar Bukit Shamsul Baharin seperti dinding batu, selain kawasan
persekitarannya yang seakan-akan lembah. Terdapat juga sebuah tasik (sungai
mati) bernama Mani Dendang di sebelah
Sekolah Kebangsaan Gangga Negara, dan pernah ditemui sauh kapal. Sebuah binaan
kapal sepanjang 2.1 meter pernah ditemui di Kampung Ara, selain keberadaan
Padang Antah Berantah yang dikatakan menjadi medan pertempuran antara tentera
Rajendra Chola dan Gangga Negara, serta Kota Kulit Kerang yang hanya boleh
dilihat kesannya sahaja. Di Kampung Kota, masih terdapat makam-makam lama
dengan batu nisan Acheh, terutama makam dua orang Raja Beruas.
Seperti aliran sungainya yang telah berubah dan lesu yang ditinggalkan, begitulah keadaan Beruas kini tenggelam dalam kelesuan rajanya. Terkuburlah misteri raja-raja Beruas dan Gangga Negara tanpa dirungkai sepenuhnya.
Makam Raja Beruas |
Artifak zaman Gangga Negara |
Rujukan:
1) http://hikmahmelayu.blogspot.com/2014_12_01_archive.html
2) http://melayuonline.com/ind/history/dig/63/kesultanan-samudera-pasai
3) http://ahistoryofperak.blogspot.com/2012/03/chapter-ii-coming-of-malays.html
4) http://www.sma2bangkinang.blogspot.com/2008/04/kala-roboh-kota-melaka.html
5) http://www.royalark.net/Malaysia/malacca5.htm
6) http://www.royalark.net/Malaysia/perak2.htm
Amat menarik sekali sejarah dan peradaban silam di Beruas ini. Tahniah dan setinggi kalungan bunga diucapkan.
ReplyDeleteOh ya, di Permatang Raja, Pantai Remis tak jauh dari Beruas dan Pengkalan Bharu terdapat sebuah kerajaan silam bergelar 'Negeri Pelindung'. Raja negeri ini bernama Raja Abdullah, seorang kerabat di raja Johor dipercayai telah berpindah dan mangkat di Beruas. Kajian lanjut masih dijalankan.
salam, bolehkah saya mendapatkan maklumat berkaitan makam diraja di permatang raja bagi tujuan kajian tesis saya. sekiranya mempunyai bahan boleh emailkan pada nuradiraahmad@gmail.com.
DeleteAmat menarik sekali sejarah dan peradaban silam di Beruas ini. Tahniah dan setinggi kalungan bunga diucapkan.
ReplyDeleteOh ya, di Permatang Raja, Pantai Remis tak jauh dari Beruas dan Pengkalan Bharu terdapat sebuah kerajaan silam bergelar 'Negeri Pelindung'. Raja negeri ini bernama Raja Abdullah, seorang kerabat di raja Johor dipercayai telah berpindah dan mangkat di Beruas. Kajian lanjut masih dijalankan.
Ada cerita mengenai istana yg di bins dgn kulit cengkerang..di beruas.betulkah?
ReplyDeletekota kulit kerang. ada disebut dan ditemui bukti-buktinya. Turut diceritakan di Muzium Beruas ttg kota kulit kerang ini.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBismillahirohmanirohim...di perkisahkan oleh moyang kami yang telah menetap di sg.tuntung hampir 200th.dahulu, tentang kedatangan wakil kerajaan pasai dari acheh beserta persalinan dan alat kebesaran di raja telah sampai di sini dan telah menjemput warisnya untuk menduduki tahta kerajaan...kisah ini adalah benar..tentang maklumat en hashim shuib yg megisahkan yg kerabat di raja johor memerintah sebuah kerajaan silam 'negeri pelindung'adalah tidak benar sama sekali....kami adalah pewaris yg telah lama mendiami di sini telah banyak mendegar cerita2 serta kisah2 silam dari datok moyang kami yg masih waras bercerita ketika itu.......cerita berakhir dengan kisah sedih kerana 'yang hak dinafikan..yang tiada di adakan..yang lemah di lemaskan..yang kuasa di butakan..yang benar di fitnahkan..yang tinggal hanyalah kuasa yang di tunggang..
ReplyDeleteTuan/Cikpuan Aurea, boleh saya dapatkan kisah yang lebih lanjut tentang kisah ini. Boleh hubungi saya nasrullah.rosnizam@gmail.com. Mohon seribu kemaafan andai mengganggu dan ucapan terima kasih didahulukan atas keprihatinan dan kesudian Tuan/Cikpuan.
DeleteAssalam sdr I Aurea, boleh hubungi saya Di emel berikut, lynnrahman03@gmail.com
DeleteUtk berinteraksi lanjut tentang Raja2 Beruas Dan susurgalurnya.
Tkasih.
Tuan becerita tentang nenek moyang tuan yang telah lama menetap di Sg. Tuntung. Saya mengisahkan sebuah kerajaan di Permatang Raja, bukan di Sg. Tuntong!
DeleteSbenarnya cucu cicit shamsul bahrin masih ada lg.
ReplyDeleteAssalam sdr Malek Ras. Boleh hubungi saya Di emel berikut, lynnrahman03@gmail.com
DeleteUntuk kesah berkaitan Raja Syamsul Bahrin.
Tkasih
boleh saya tahu lebih lanjut tentang kejatuhan kerajaan beruas
ReplyDelete