E-mail: KimPutra.94@gmail.com

Kenali Tugu Negara dan Tugu Peringatan


“Negara ini pusaka bangsa. Jagalah bersama-sama walau apa pun perbezaan fahaman politik. Inilah ibu pertiwi. Jangan biarkan negara ini diwarisi selain bangsa Melayu!”- Tan Sri Osman Aroff, mantan Menteri Besar Kedah ke-6 (1985-1996)

Sejak tahun 2010, sambutan Hari Pahlawan telah diadakan di Putrajaya. Keputusan ini bersesuaian dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 6-7 Oktober 1987 yang memutuskan bahawa upacara meletak kalungan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara adalah perbuatan syirik dan khurafat.

Monumen Peringatan Pahlawan: KOMPLEKS TUGU NEGARA
- Terletak berhampiran Parlimen dan Tasik Perdana.
- Cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
- Dibina sekitar tahun 1963-1966
- Merangkumi:
~ Tugu Peringatan (Cenotaph)
~ Tugu Negara
~ Kolam Air Pancut
~ Astaka
~ Taman Tambahan

1) Tugu Peringatan (Cenotaph) 

- Dibina pada 1920-1921 oleh pihak British bagi memperingati tentera-tentera British yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918).
- Lokasi asal ialah di Jalan Tugu (Bulatan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur)
- Asalnya tercatat ukiran "To Our Glorious Death" dan plate logam tertulis "1914 (FMS) 1918" dan diikuti senarai nama tentera British yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama.
- Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, terdapat tambahan ukiran yang menjadikan terukir "1914-1918" dan "1939-1945" (berturut ke bawah) dan tambahan senarai nama tentera British yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua.
- Kemudian, selepas tamat darurat, ditempa pula "1948-1960" oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada cenotaph tersebut.
- Kerajaan Malaysia pada 1963 mengambil keputusan untuk menempatkan cenotaph di Kompleks Tugu Negara memandangkan tugu ini mempunyai rekod peperangan yang melibatkan pendudukan Jepun dan darurat menentang komunis di Tanah Melayu selain memberi ruang pembinaan 'flyover' di tapak asal tugu berkenaan.
- Menjelang perasmian Komples Tugu Negara, ayat "Untok Mengingati Jasa Pahlawan-Pahlawan Yang Gugor" diatas "To Our Glorious Death".
- Kini cenotaph secara rasminya dikenali sebagai Tugu Peringatan.

2) Tugu Negara

- Idea pembinaan Tugu Negara dicetuskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra ketika mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat pada tahun 1961.
- Idea ini tercetus ketika lawatan Almarhum Tunku ke Tugu Peringatan Perang Iwo Jima.
- Felix de Weldon, pengukir Tugu Peringatan Perang Iwo Jima ditugaskan untuk mengukir Tugu Negara.
- Untuk tujuan tersebut, Tan Sri Osman Aroff (ketika itu merupakan Setiausaha Sulit kepada Menteri Luar, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan menuntut pengajian Diploma Sains Politik di Washington DC) diminta oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi model dan menggayakan beberapa aksi sebagai panduan untuk mengukir patung pada Tugu Negara.
- Tugu Negara merangkumi 7 biji patung gangsa; 5 askar Melayu dan 2 komunis.
- Patung gangsa yang berdiri dan mengibarkan bendera Malaysia merupakan satu-satunya patung yang menggunakan Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai model, manakala 6 patung yang lain menggunakan Tan Sri Osman Aroff sebagai model.

Tan Sri Osman Aroff

- Pembinaan tugu ini bagi memperingati perjuangan anggota keselamatan dan rakyat Malaysia dalam memerangi komunis.
- Bahagian segi empat tugu: Disebelah kiri terukir " Dedicated To The Heroic Fighters In The Cause of Peace and Freedom, May The Blessing of Allah Be Upon Them", ditengah-tengahnya jata negara dan dikanannya terukir dalam tulisan jawi "Memperingati Perwira-Perwira Yang Berjuang Untuk Menegakkan Keamanan dan Kebebasan. Moga-Moga Allah Cucurkan Rahmat Keatas Mereka."
- Pernah diletupkan oleh komunis pada 26 Ogos 1975 kira-kira jam 5.00 pagi.

* Isu tentang Tugu Negara pernah dibangkitkan di Parlimen Malaysia apabila seorang Ahli Parlimen membangkitkan isu bahawa patung-patung Tugu Negara diukir tidak mengikut paras askar Melayu. Tan Sri Ahmad Kamil yang menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat yang berada bersama Almarhum Tunku ketika sesi fotograsi aksi-aksi untuk Tugu Negara mendedahkan individu yang menjadi model ukiran Tugu Negara.

Sumber:
1) Tugu Negara dan Tugu Peringatan: http://xpressminda.wordpress.com/2011/09/05/tugu-negara-tugu-peringatan/
2) Akhirnya Rahsia Osman Terbongkar:
http://www.antalhaq.com/2012/08/akhirnya-rahsia-osman-terbongkar.html
3) Tugu Negara:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tugu_Negara

4 comments:

  1. bercanggah la fakta ni..
    ade sumber mengatakan individu model yg lain ialah warga RAMD
    salah satunya bernama Zainal Bin Buyong

    ReplyDelete
  2. rahmatilahya Allah roh pejuang2 kedaulatan negara bangsa dan ugama.Amiin yrb

    ReplyDelete
  3. Batu peringatan mmg utk perang dunia pertama dan semua nama² pd plaka adalah org2 british dan org2 india yg khidmat di negeri2 melayu bersekutu sebelum perang. Tahun perang dunia kedua dan darurat di tambah pd zaman tunku bila batu peringatan di pasang balik dari bulatan depan stesen keretapi kl. Masa itu ditambah tahun perang dunia pertama dan darurat.

    ReplyDelete
  4. Harrah's Cherokee Casino Hotel - Mapyro
    Free WiFi and free parking at Harrah's Cherokee 과천 출장샵 Casino Hotel. 정읍 출장샵 Rating: 3 · ‎7 reviews · ‎Price range: $ (Based on 수원 출장마사지 Average 사천 출장마사지 Nightly Rates for a Standard Room from our 제천 출장샵 Partners)

    ReplyDelete