E-mail: KimPutra.94@gmail.com

Itu Janji (Bahagian 2)


Prraannnggg!! Iem tersentak. Cemas dia berlari ke dapur. Kaca berderai dilantai.
“Mana Sal?” Hatinya berbisik cemas. “ Sal! Sal!” Tidak berjawab. Iem mula cemas.
“Sal! Sal!” Laungnya lagi. “ Ye awak..kenapa?” Sal tiba-tiba muncul dari belakangnya.
Iem menarik nafas lega. “Ermm..err..tak ada apa-apa. Saja je.” Iem cuba berhelah. Takut kerisauannya dihidu.
“Kalau awak lapar, makanlah kuih tu dulu. Saya tak sedar dah pukul 12 tengah hari.  Jap saya nak masak.” Selajur itu Sal pantas menuju ke rak. Periuk nasi dicapai. Sungguh,dia ralit mengemas barang-barang yang dibawa.Baru seminggu tinggal bersama, terasa sedikit lelah menguruskan rumah sendiri. Baru setapak kakinya melangkah, Iem bersuara.
“Tak apalah, hari ni kita makan dekat luar je lah.” Tangannya perlahan mengambil periuk nasi tadi dan diletakkan kembali ke tempat asal. “Awak nak makan tak? Cepat la siap.” Iem berpaling ke belakang apabila menyedari zaujahnya itu hanya berdiam diri, tidak bergerak.

Sal mengemas barang-barang yang masih tidak bersusun. Barang-barang milik zaujnya diasingkan dan dikumpulkan. Dia tidak berani untuk mengusik apa-apa, takut jika tersilap cara, lain pula jadinya.
Tiba-tiba sebuah kotak kayu sebesar kotak tisu terjatuh dari susunan barang-barang milik Iem. Penutupnya terbuka. Isi perut kotak isu berselerak di atas lantai. Matanya tertancap pada sekeping sampul surat berwarna merah. Hatinya berdegup kencang. Dia kenal benar dengan tulisan pada surat itu. Matanya terpandang satu lagi sampul berwarna ungu. “ Kepada : Saliha Hanis Binti Haji Idris?” Hatinya dihurung tanda tanya. Perlahan sampul itu dibuka, bahagian demi bahagian isi surat itu dibacanya. Sesekali dia menyeka manik-manik jernih yang menitis dari tubir matanya.
“ Assalamualaikum..Sal..Saya faham apa yang awak ingin katakan pada saya. Saya tak marah pada awak. Tapi saya cuma kecewa. Saya kecewa dengan apa yang telah awak buat pada saya. Saya tahu bahawa awak ingin mengejar redha Allah. Cuma satu yang saya ingin awak tahu, dalam mengejar redha Allah, hati sesama insan tetap perlu dipelihara. Terima kasih atas apa yang awak sudah buat. Cinta itu janji, dan InsyaAllah jika ada jodoh, kita bertemu."
                                                                                                                                                                                                       Yang Benar,
                                                                                                                                                                                Iem

“Assalamualaikum..” Sal menyeka air matanya. “ Wa’alaikumussalam. Kejap! Sal turun.”


“Awak..” Sal mula bersuara. Iem yang sudah baring di atas katil bangun duduk sambil bersandar di kepala katil. Sal berada di hujung kiri kakinya. Duduk sambil memandang lantai.
“ Kenapa?” Iem pula bersuara. Dipandang zaujahnya itu. “Dia rasa tak selesa dengan pernikahan ni ke?” Bisik hatinya. Risau juga.
Baby you light up my world like nobody else The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But you when smile at the ground it ain’t  hard to tell You don’t know You don’t know you’re beautiful
Alunan korus lagu What Makes You Beautiful nyanyian kumpulan One Direction dari telefon bimbit Iem mematikan perbualan mereka. Iem melihat nama pemanggil yang tertera di skrin. “ Umi?” Terkejut melihat nama Umi yang sedang menelefonnya pada waktu sebegini.
“ Assalamualaikum. Ada apa Umi?” Ada nada risau pada pertanyaan itu.
“Iem, esok cuti kan? Balik rumah Umi kejap ya. Ada perkara yang Abi nak katakan.” Lembut suara Umi dari talian sebelah sana.
“Emm..InsyaAllah Umi, pagi esok kami balik.” Panggilan dimatikan. Telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja sudut di tepi katil.
Dipandang Sal yang kini sudah terbaring di tepinya. Zaujahnya itu suda lena agaknya. Perlahan, bibirnya mengucup dahi zaujahnya itu. Wajah ayu tanpa sebarang mekap itu ditatap. “ Kalaulah awak tahu perkara sebenar, mesti kita tak jadi macam ni.” Hati kecil Iem mengeluh.
Matanya dipejam rapat. Tenang saat zaujnya itu mengucup dahinya. Dia tidak pernah merasai perasaan sebegini. Ini kali pertama selepas majlis pernikahan mereka. Air mata terharu mengalir .
“ Saya minta maaf awak.” Hatinya berasa amat bersalah saat ini. Merahsiakan segala-galanya hanya kerana keegoan amat menyakitkan.

“Iem, kamu ok tak ni?” Pertnyaan Abi mematikan lamunannya.
“ Eh, emm.. Ok je. Kenapa Abi?” Iem cuba mengawal reaksi terkejutnya.
“ Iem, jujur dengan Abi, kamu bernikah ni sebab Abi semata-mata, atau dengan rela?” Abi menggenggam erat tangan anak kesayangannya itu.  Sungguh, Haji Umar amat menyanyangi anak bongsunya itu. Bukan kerana dia anak yang paling kecil, tapi kerana sifat Iem yang selalu menurut kata dan kehendak Abi dan Uminya itu.
“Abi, Iem bernikah kerana Allah. Abi jangan risau, Allah telah tunjukkan pada Iem yang Saliha itu jodoh Iem.” Senyuman dibuat-buat bagi menenangkan hati Abinya itu.
“Iem, dalam pernikahan itu kita cuma perlukan keyakinan, bukan cinta. Kalau kita saling meyakini bahawa pasangan kita itu adalah anugerah terindah yang Allah beri, insyaAllah kamu akan bahagia Iem.”
Iem memandang wajah pucat Abi. Perlahan, bahu Abi dirangkul. Seperti zaman kanak-kanak dulu, Iem merindui pelukan Abi.


“ Awak tak patut sentuh kotak tu tanpa kebenaran saya!” Iem melenting. Kotak kayu yang menyimpan segala memori itu dirampas kasar dari pegangan Sal.
“Saya tahu pernikahan ni bukan atas kehendak awak kan? Tapi kenapa awak buat saya macam ni?”
Mengalir air mata Saliha tatkala terbaca surat cinta yang dihantar oleh seorang wanita kepada suaminya itu. Dia boleh terima kalau surat itu adalah kengan lama, tapi membaca tarikh surat itu ditulis menyakitkan hatinya. Surat itu ditulis kira-kira seminggu lalu.
“Itu bukan hak awak! Jangan campur urusan saya!” Suara Iem meninggi. Sememangnya dia benar-benar tidak suka barangnya diusik tanpa kebenaran, terutama sekali kotak itu. Kotak yang membuat dia tersenyum dan kecewa dengan pelbagai kenangan selama ini.
“Tapi saya isteri awak!” Sal masih tidak mengalah.
“Isteri? Dua bulan kita bernikah, saya belum sentuh awak tau?” Sinis Iem mengingatkat zaujahnya tentang sejauh mana hubungan mereka selama ini.
Dummm! Daun pintu kamar dihempas kasar.
Sal terduduk. Pedih saat mendengar ucapan sinis dari zaujnya sendiri. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Murahnya dia dengan air mata. Tidak pernah dia melalui saat sepedih ini.

“ Kepada zaujku, CINTA ITU JANJI. Dua bulan lalu awak dah lafazkan satu janji.”

Iem terpandang pada satu nota yang diselit di bawah daun pintu bilik tetamu yang didiaminya. Sejak tiga malam lalu dia tidur sendirian. Hatinya mula dihambat rasa bersalah. Nota itu dicapai.
“Cinta itu janji. Hmm.” Keluhan halus disembur. “ Dia pernah cakap dia tak cintakan aku, tapi kenapa nak kecoh pasal surat tu? Gelabah betul perempuan ni.” Hatinya tertanya-tanya.
Iem melangkah menuju ke kamar isterinya. Pintu dikuak. Kelihatan Sal sedang sujud. Kakinya berhenti menapak. Menanti Sal selesai beribadah, matanya tidak lepas dari merakam segala tingkah laku isterinya.
“ Ya Allah, Engkau telah menentukan dia sebagai teman hidupku. Engkau juga tahu bahawa aku menerima lamarannya atas nama-Mu, selamatkanlah pernikahan ini ya Rabbi.” Sayu hatinya tatkala bersungguh-sungguh meminta pada Ilahi.
Tanpa disedari, rintik-rintik mutiara jernih mengalir di pipi Iem. Sebak dan terharu mendengar rintihan zaujahnya itu. Perlahan, Iem melangkah merapati Sal yang sedang menyangkut kain telekung dan membelakanginya .
Sal tersentak tatkala pinggangnya dirangkul oleh sepasang tangan. Hatinya berdebar-debar. Terasa hangat nafas suaminya berhembus di tengkuknya.
“ Surat itu tidak membawa apa-apa makna pada saya. Surat itu hanyalah secebis kisah lama saya. Dia bukan kekasih saya. Wanita yang menjadi kekasih saya dari dulu hanya seorang, iaitu Sal.” Tenang dan lembut Iem menuturkan rahsia hatinya.
Sal memejam erat matanya. Air matanya tumpah lagi. Kali ini tanda keharuan. Tidak disangka suaminya selama ini tidak membencinya. Meskipun dia sendiri telah mencalar hubungan sebelum ini, dia sendiri turut terasa pedihnya.
“Sal minta maaf sebab kecewakan dan permainkan awak sebelum ni. Demi Allah, Sal menerima lamaran Iem kerana rasa yang sama dengan Iem. Sal cintakan Iem.”
Sal berpusing menghadap Iem. Mata mereka yang masih mengalirkan air mata saling berpandangan. Iem tersenyum. Dakapan dieratkan.
“Semoga Allah memberkahi dan menyelamatkan pernikahan ini.”


“ Sal ok tak ni? Kita pergi kliniklah ye?” Iem mulai risau melihat keadaan zaujahnya itu.
“Tak  apa awak. Ok je ni.” Sal menolak ajakan Iem untuk ke klinik.
Iem menggelengkan kepala. “ Degil juga isteri aku ni.” Iem mengomel dalam hati. Tangan Sal dipegang dan ditarik menuruni anak tangga rumah mereka. Dompet dan kunci kereta yang berada atas meja di ruang tamu dicapai.
“ Dah, masuk dalam kereta.” Iem mengarahkan isterinya. Sal tanpa banyak cakap hanya menuruti kata-kata Iem. Enjin kereta dihidupkan. Mobil itu perlahan-lahan meninggalkan perkarangan banglo dua tingkat itu.
“Macam mana isteri saya Doktor?” Iem terus menyoal Dr. Syaina yang memeriksa Sal.
“Isteri awak ok, tak  ada masalah, Cuma..” “ Cuma apa Doktor?” Belum sempat Dr. Syaina menghabiskan kata-katanya Iem telah memintas. Cemas.
“ Cuma saya nak ucapkan tahniah, isteri awak hamil dua bulan.” Dr.Syaina tersenyum manis.
Iem terkejut. Bibirnya terus mengukir senyuman tatkala matanya bertaut dengan pandangan mata isterinya. Seulas senyuman dibalas. Sal mengangguk perlahan. Hatinya terasa bahagia saat mendengar khabar gembira itu.
Usai sahaja segala urusan, Iem menggenggam tangan Sal. Erat. Mereka berpimpin tangan menuju ke kereta.


7 bulan telah berlalu, hari-hari yang dilalui terasa indah bagi mereka. Ralit menghitung hari, menunggu saat yang membahagiakan, saat penyeri hidup yang dinantikan lahir ke dunia.
“Awak, rehatlah dulu, dari tadi asyik bergerak je.” Iem menggamit zaujahnya agar menghampirinya yang sudah berbaring di atas katil.
“Jom, kita dengar lagu ni. Saya suka la lagu ni, saya nak awak dengar juga.” Seraya, sebelah earphone dihulurkan.
Punat ‘Play’ ditekan. Perlahan-lahan alunan muzik mula kedengaran.

Hanya Dirimu yang ku cinta Takkan membuat aku jatuh cinta lagi Aku merasa kau yang terbaik buat diriku

Iem memandang wajah Sal. Dia tersenyum. Jemarinya membelai rambut Sal. Sal merapatkan mukanya ke dada Iem. Terasa hangat. Matanya dipejamkan. Lagu Tuhan Jagakan Dia nyayian Motif Band itu dihayati.

Walauku tahu kau tak sempurna takkan membuat aku jauh darimu Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Iemmerapatkan wajahnya merapati ubun-ubun zaujahnya. Tangannya erat merangkul bahu Sal. Matanya turut terpejam.

Tuhan jagakan dia Dia kekasihku,kan tetap milikku Aku sungguh mencintai Sungguh menyanyangi setulus hatiku





“Awak, sakitlah.” Perlahan-lahan Sal menapak menghampiri Iem yang sedang menonton siaran televisyen. Iem segera menoleh. Wajahnya bertukar cemas. Wajah Sal berombak menahan sakit.
Iem segera mendapatkan Sal. Kain yang dipakai zaujahnya kelihatan basah berwarna merah. Cemas.
Rintik-rintik peluh mula menerbit di wajah Sal. Iem mempercepatkan langkahnya seiringan dengan stretcher.
Kakinya tidak berhenti dari menapak. Dia mundar-mandir dihadapan pintu dewan bersalin. Haji Umar, Haji Idris, Hajah Aminah dan Hajah Faridah hanya memerhatikan gelagatnya.
Baru punggungnya hendak berlabuh di kerusi, pintu dewan bersalin dikuak dari dalam. Cepat-cepat Iem melangkah mendekati Dr. Syaina yang baru melangkah keluar.
Dr.Syaina tersenyum memandang wajah Iem.
“Tahniah, isteri encik selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik,  cuma isteri encik masih lemah dan perlu berehat.” Ujarnya sambil tersenyum menyerlahkan sikap profesionalnya itu.


Wajah Iem kelihatan lesu dan pucat. Mungkin kerana tidak cukup rehat. Hajah Aminah dan Hajah Faridah tersenyum melihat raut wajah kegembiraan pasangan muda itu.
“ Ha Iem, cepatlah azankan budak tu,bila lagi kamu nak tunggu?” Tegur Haji Umar tersenyum.
Iem tersenyum malu. Gembira menimang zuriat pertama sehingga terlupa tanggungjawabnya itu. Bayi kecil itu diambil dan dibawa melangkah ke sebuah tingkap. Bibirnya didekatkan di telinga kanan pewarisnya itu.
“Allahuakbar Allahuakbar..” Perlahan dia mengalunkan azan di telinga bayi itu. Seusai azan dan iqamat, Iem berjalan menuju ke katil isterinya.
“Saya nak namakan anak kita ni dengan nama Muhammad Aish Akalil - Mahkota Kehidupan Yang Terpuji, setuju?” Iem menyatakan hasratnya sambil tersenyum.
Sal hanya mengangguk lemah sambil tersenyum. Sungguh, dia juga setuju dan menyukai nama itu.
“Saya nak pergi solat Subuh kejap.” Iem mengucup dahi Sal, kemudian beralih mengucup bayi mereka.
Iem menapak perlahan. Matanya tiba-tiba kabur. Mulutnya tidak henti-henti menyebut nama Allah, Tuhan Yang Menghidupkan dan Mematikan.
Pranggg!! Bertabur peralatan perubatan yang tersusun di atas troli. Kelihatan Iem terbaring bersebelahan troli yang terbalik itu. Darah merah segar mengalir dari hidungnya.
Haji Umar dan Haji Idris bergegas mendapatkan Iem yang terbaring kaku. Hajah Faridah Dan Hajah Aminah segera ke arah yang sama.

Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Kelihatan beberapa orang saudara terdekat dan kenalan meninggalkan tanah kubur yang masih merah itu.
Hajah Aminah masih duduk di tepi kubur itu. Hajah Faridah turut bersamanya saat itu. Dari jauh kelihatan Saliha Hanis bersama bayinya yang berusia 5 bulan menuju ke arah ibu dan ibu mertuanya itu.
“Umi, kita balik ye?” Sal berusaha memujuk Hajah Aminah.
“Sal, beratnya ujian Allah pada Umi.” Hajah Aminah meluahkan rasa dukanya.
“Umi, sabarlah ya? Allah pasti menyayangi Umi.” Sal tetap berfikiran positif. Dia tahu apa yang dirasakan Hajah Aminah saat ini. Bahkan pastinya lebih menyeksakan.
Tiba di rumah, Hajah Aminah terus masuk ke kamar tidurnya. Dia menangis teresak-esak persis anak kecil yang dimarahi orang tuanya.
Sal dan Hajah Faridah memasuki kamar itu. Hajah Aminah cuba ditenangkan.
“ Sal, baru 5 bulan arwah Iem tinggalkan Umi, sekarang Abi pula tinggalkan Umi.” Hajah Aminah dibasahi air matanya sendiri. Dia tidak betah diuji sedemikian rupa.
“Umi,semua ini ujian Allah, sabarlah ya, semua ini mesti ada hikmahnya.” Sal tetap berusaha menenangkan ibu mertuanya itu. Hatinya turut dihambat pilu saat nama Iem disebut.
Iem pergi meninggalkan dia dan Aish hanya beberapa jam selepas putera tunggal mereka itu dilahirkan. Doktor mengesahkan bahawa Iem meninggal akibat barah otak yang dihidapinya sejak dua tahun lalu. Seorangpun tidak tahu hakikat yang disembunyikan oleh Iem.
“Sal,janji pada Umi yang Sal takkan pisahkan Umi dengan Aish ya?” Hajah Aminah meminta satu janji.Lagaknya seperti anak kecil.
“Insya-Allah Umi, Sal takkan sekejam tu. Aish sebahagian dari Umi juga.” Sal berusaha menenangkan Hajah Aminah.
Kelihatan Sal sedang berteleku diatas sejadah. Air matanya mengalir lagi saat terkenangkan arwah zaujnya yang talh pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu. Dia tertidur diatas sejadah itu.
“Tuhan Jagakan Dia.” Telinganya menangkap suara yang amat dirinduinya itu. Iem berjubah putih tersenyum padanya.
“Kita jumpa disana, tak lama lagi.” Iem tersenyum seraya menapak pergi.

0 comments: