E-mail: KimPutra.94@gmail.com

WANITA: Antara Anugerah dan Fitnah


Wanita adalah golongan yang mudah untuk berada dalam dua keadaan. Allah dan Kekasih-Nya Muhammad S.A.W kerap membicarakan hal-hal berkaitan wanita.

Wanita boleh jadi termasuk dalam golongan 'Anugerah' dan boleh jadi juga tergolong sebagai 'fitnah' di dunia ini. Wanita telah dipermudahkan oleh Allah untuk menjadi ahli syurga, dan juga dipermudahkan untuk menjadi ahli neraka.

Wanita adalah anugerah: (Petikan hadis-hadis Rasulullah S.A.W)

1) Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. (Riwayat Muslim)

2) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka kahwinilah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung.

3) Wanita apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan dalam bulan Ramadan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. 
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani dan Anas Bin Malik)

4) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat dan patuh pada suaminya dan diredainya (serta menjaga solat dan puasanya.)

5) Mana-mana wanita yang berdiri atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 
(Riwayat dari Muaz Bin Jabal)

8) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun lebih awal) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan dari syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

9) Rasulullah berpesan pada puterinya: Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum oleh Allah akan dia dari sungai syurga, diringani oleh Allah akan sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman syurga dari taman-taman syurga serta dicatatkan baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi Siratul Mustaqim.

10) Apabila seorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

11) Apabila seorang wanita mulai sakit untuk bersalin, maka dicatatkan baginya pahala jihad fi sabilillah.

12) Apabila seorang wanita melahirkan anak, maka keluarlah dosa-dosa darinya bagaikan ketika ia baru dilahirkan dari perut ibunya.

14) Sebaik-baik wanita ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senaang hati (gembira), apabila kamu perintah ia patuh dan apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan hartamu.

15) Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah yang murah mas kahwinya, mudah nikahnya dan elok pekertinya. Wanita yang jahat ialah yang mahal mas kahwinnya, susah nikahnya dan buruk pekertinya.


Wanita adalah fitnah: (Petikan hadis-hadis Rasulullah S.A.W)

1) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudia ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi (bukan muhrimnya), agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

2) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suami dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur (cahaya) di wajahnya. (Riwayat Tarmizi)

3) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya, sehinggalah ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (memohon maaf). (Riwayat dari Hassan)

4) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya; ''tidak pernah aku mendapat dari engkau suatu kebajikan sekalipun'', maka Allah akan menghapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa di siang hari dan beribadah pada malam harinya.

5) Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

6) Wanita yang memandang jahat terhadap suaminya (menuduh atau menaruh syak dan bersangka buruk pada suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat kelak.

7) Seorang wanita yang tidak memenuhi kemahuan suaminya di tempat tidur atau menyusahkan urusannya atau mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang hitam,mata yang kelabu,ubun-ubunnya terikat pada kedua-dua kakinya di dalam neraka.

8) Seorang wanita yang mengerjakan solat dan berdoa hanya untuk dirinya sahaja tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan solatnya itu.

9) Seorang wanita yang ditimpakan padanya musibah, lalu ia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama-sama dengan isteri Nabi Nuh a.s dan isteri Nabi Luth a.s dan tiada harapan bagi mereka untuk mendapat syafaat daripada sesiapapun.

10) Seorang wanita yang berzina akan dicambuk di hadapan semua makhluk di dalam neraka pada hari kiamat, dan tiap-tiap perbuatan zina akan dicambuk dengan delapan puluh cambuk dari api neraka.

11) Diceritakan bahawa pada suatu hari Fatimah telah membuatkan suaminya, 'Ali Ibnu Abi Thalib terguris hati. Menyedari itu, ia segera berlari-lari anak mengelilingi 'Ali sambil memegang kedua-dua belah telinganya serta memohon maaf. Melihat tindakan Fatimah, 'Ali seraya tersenyum dan memaafkan isterinya. Apabila perkara tersebut sampai kepada Rasulullah, baginda lantas berkata pada puterinya; ''Ya Fatimah, seandainya engkau mati dan 'Ali belum memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan engkau (jenazahmu)."

12) Wanita yang meminta cerai dari suaminya tanpa sebab (yang syari'e) maka haram baginya mencium bau syurga. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

13) Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri dengan apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya. (Riwayat Nasa'ie)

14) ''...dan wanita-wanita yang berpakaian, tetapi hakikatnya bertelanjang, melenggang-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, dan kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta.Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak mencium baunya, sedangkan bau syurga itu sudah dapat dihidu dari jarak seribu tahun perjalanan..." 
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

15) Allah telah mengutuk wanita yang memakai rambut palsu dan meminta dipakaikan rambut palsu. (Riwayat Al-Bukhari)


Sebenarnya banyak lagi hadis Nabi yang menceritakan  kelebihan wanita dalam mendapatkan ganjaran Syurga dan pahala. Tetapi, banyak juga hadis baginda menceritakan keburukan yang amat mudah wanita lakukan yang menjerumuskan mereka ke dalam kemurkaan Allah dan neraka.

Begitulah wanita, mudah untuk mendapat syurga, dan mudah pula untuk mendapat neraka. Segala-galanya terletak pada tangan setiap wanita sama ada mereka mahu menjadi anugerah Allah di muka bumi ini, atau menjadi fitnah di dunia.

Kepada semua wanita, anda mahu menjadi ANUGERAH atau FITNAH?




p/s: Jika ada diantara hadis-hadis ini adalah hadis yang dhaif ataupun hadis palsu, mohon untuk diperbetulkan

0 comments: